Jiwang Corner :)

Rabu, 17 April 2013

Cabaran Catur Cilik Bistari : Team B SKTM mara tempat ke-3 peringkat negeri Johor

Perasaan bengkek bin bengang masih menghantui. Kepala mula nak berdenyut. Muka peserta team A diperhati satu persatu memikirkan bagaimana perasaan mereka setelah tahu tentang penyingkiran itu nanti. Ketua Team A dipanggil lalu perkara yang sebenar diperjelaskan. Dia agak panik namun masih dapat mengawal perasaan.

Dia memberitahu rakan2 lain dalam pasukannya. Mereka nampak sedih sambil memerhatikan aku dan sahabat. Aku memang turut simpati dengan nasib mereka. Disebalik itu aku positifkan minda bahawa ketentuan itu Allah SWT dah tulis. Mungkin rezeki mereka tidak dicatatkan di situ. Allahu Akbar!

Dalam pada itu pengacara majlis memulakan tugasnya. Kami memang tidak dapat fokus apa yang disampaikan olehnya. Selepas ucapan perasmian oleh Ketua Eksekutif Johor Corporation acara penyampaian hadiah diteruskan. Pengacara mengumumkan nama2 sekolah yang menjadi pemenang cabaran Cilik Bistari. Kami telah sangkal Team B SKTM memang akan ada dalam senarai pengacara.

Alhamdulillah nama SKTM Team B disebut lantang oleh Mr MC. Pemain Team B, aku dan sahabat tampil ke atas pentas bagi menerima hadiah. Actually cikgunya jadi pengiring je pun.Hahahahaha....So pemenang menerima medal, baucer KFC PIZZA sebanyak RM80 dan sijil penghargaan.

Semasa turun dari pentas, ramai rakan2 guru yang mengucapkan tahniah. Ada juga yang berkata, " Lepas ni SKTM naik pentas lagi. " Ceh, ayat itu buat kami terbakar semula kerana mereka tidak tahu yang Team A kami telah disingkirkan. Aku hanya tersenyum pahit biarpun ada kemenangan di situ.

Persoalannya di sini,  bagaimana sekolah yang menjadi Johan Cilik Bistari itu mampu membuat kutipan aset dan wang tunai sejumlah RM 3.3 bilion? Jauh sangat bezanya dengan peserta daripada kumpulan sebagaimana catatan aku :

Johan : SKPZ daerah Muar ( RM 3.3 b )
Naib Johan : SK Convent Muar ( RM 59 juta )
Ketiga : SK Taman Molek, daerah Pasir Gudang ( RM 41 juta )
Keempat : SK Sg Tiram, daerah Pasir Gudang ( RM 34 juta )
Kelima : SK Kg Sawah Pekan Nenas daerah Pontian ( RM 31 juta )

# Mood : Musykil Terlampau!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan