Jiwang Corner :)

Sabtu, 6 April 2013

Berkunjung ke Home Fair @ Persada Johor

Selepas menghantar semua murid balik dari pertandingan Cabaran Cilik Bistari, aku dan rakan meneruskan perjalanan ke Persada Johor. Apa tujuan sebenar aku ek?
Haaa...aku sebenarnya nak kunjungi Home Fair yang sedang berlangsung di sana. Aku bercadang nak tengok tawaran pagar automatik. Hah...berangan je pun. Nak survey harga je dulu. Nanti senanglah nak rancang perbelanjaan.
Sampai di sana kira2 jam 6 petang. Agak lewat juga. Aku terus ke surau untuk menunaikan solat Asar terlebih dahulu. Lepas tu kami mula berjalan cuci mata di setiap boot yang ada di situ. Kelihatannya boot wall paper menguasai pameran. Banyak sungguh wall paper dengan corak moden yang dapat menarik perhatian aku. Namun untuk mendapatkannya, aku terpaksa pendam memandangkan ada banyak lagi keperluan lain yang lebih penting untuk dibeli.
Jalan punya jalan, akhirnya objektif aku tidak tercapai. Namun aku pasrah mungkin ada banyak hikmah yang terlindung di depan sana. Isha Allah jika ada rezeki yang lebih baik aku akan perolehinya juga. Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan