Jiwang Corner :)

Rabu, 17 April 2013

Hari Bistari : SKTM muncul Naib Johan Anugerah Kecemerlangan DB Negeri Johor

Pagi ini aku dan dua orang sahabat bersedia menjadi guru pengiring peserta Didik Bistari lagi. Hari ini merupakan hari kemuncak bagi program Didik Bistari, Tunas Bistari dan Siswa Bistari anjuran Johor Corporation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor.

Semalam pihak penganjur telah berpesan kepada kami agar membawa semua sepuluh pemain Cilik Bistari. Hah, bukan je 10 orang malah kami tambah lagi 2 orang peserta menjadikan 12 orang kesemuanya. Alhamdulillah, moga 2 orang pelapis ini akan cuba mengutip pengalaman sebaik mungkin semasa dalam majlis nanti.

Kira2 jam 9.15 pagi kami pun sampai ke Persada Johor. Selepas pendaftaran setiap guru diberi cenderamata berbentuk beg, sebotol mandian secret garden dan vaucer KFC PIZZA bernilai RM5. Alhamdulillah rezeki di pagi hari. Kemudian kami dihidangkan dengan Bihun Singapura, sandwich, kuih muih dan air kopi. Aku? Tak kan nak tengok jerk. Pinggan ada, sudu garfu ada, cawan pun ada, maka cedok  makan je lah. Hikhikhik....


Selesai makan, kami masuk ke Dewan Tanjung Puteri untuk sama2 meraikan majlis perasmian bersama Ketua Eksekutif Johor Corporation dan Pengarah Pelajaran Negeri Johor bersama ahli2 korporat yang lain. Wah, rasa macam enggang dengan pipit jerk!

Apa yang aku nak kongsikan adalah kegembiraan pada hari ini. Tanpa disangka, rezeki kami datang tanpa diduga. Jika semalam kami kecewa dan bersedih tapi hari ini Allah anugerahkan kejayaan yang lebih besar kepada kami. Syukur sangat2 atas apa yang kami capai. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, yang penting kita kena bersabar.
Hadiah disampaikan semula pada perhimpunan sekolah

SKTM NAIB JOHAN KESELERUHAN DIDIK BISTARI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012? Kenapa? Tak percaya? Itulah anugerah atas penah lelah kami selama ini. Peserta 10 orang itu dianugerahkan jam tangan BUM setiap seorang, pingat dan baucer KFC PIZZA bernilai RM 200. Terharu dalam gembira mengiringi aku semasa bersama2 peserta tampil naik ke atas pentas bagi menerima anugerah dan sijil. Atas tugas yang lebih penting, wakil pentadbir SKTM tidak dapat hadir untuk bersama2 meraikan kejayaan kami.


Nampaknya selepas ini, perjuangan Didik Bistari SKTM perlu terus diperluaskan. InsyaAllah atas berkat usaha bersama semua perkara yang dirancang akan dipermudahkan olehNya. Amin...


Nak kabor nih! Ada yang nak join ke? Iskh...malu le sikit. Nak kabor mende nih! Hahahaha....gimiklah pulak. Actually baucer KFC PIZZA kami semakin bertambah. Johan Daerah RM 150, tempat ketiga negeri RM 80 dan Naib Johan keseluruhan RM200. So jumlah keseluruhan : RM 430.



# Mood : Jom, MAKAN BESARRR!



1 ulasan:

  1. Tahniah cikgu...boleh kongsi tips dan cara untuk bimbing murid? nanti kalo kesempatan..emel saya ya? terima kasih cikgu....cikgu mmg berjiwa kental ;)

    BalasPadam