Jiwang Corner :)

Selasa, 2 April 2013

Incik Nazir datang lagi

Pagi tadi warga SKTM didatangi oleh 3 orang nazir negeri. Pepandai plak aku gelarkan dia Incik Nazir sebab semuanya ialah lelaki. Jika perempuan jadi Puan Nazirah pulaklah gamaknya. Hehehehe...jangan marah eh. Ini gurauan semata-mata. Sekadar nak menghiburkan hati sendiri.

So kedatangan mereka pada kali ini adalah untuk membuat pencerapan. Semalam kami dah diberitahu oleh pentadbir yang 2 orang guru subjek MT, 2 orang guru subjek SN dan 2 orang guru subjek BI akan dicerap. Mungkin 3 orang guru sesi pagi dan 3 orang lagi guru sesi petang.

Aku? Menarik nafas lega. Bukan aku yang nak dicerap tapi seorang guru Matematik tahun 6 yang terbaik. Aku hanya dipanggil untuk menjawab soal selidik tentang SKPM 2010. Apa itu SKPM 2010®? Nantikan pads entry aku yang akan datang.

Incik Nazir pulang pada jam 3.30 petang. Moga setiap perkara yang  dinilai dapat memenuhi kehendak penilaian semasa. TQ :)

2 ulasan:

  1. SKPM 2010 pernah juga saya amik tau kat internet....tapi nazir dtg tanye isu apa ya? hrp dpt kongsi soalan nazir dgn cikgu. sekolah saya belum dtg nazir lagi sepanjang saya berada di Sabah ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf cikgu Mustaqim kerana lewat memberi respon. Biasanya Incik Nazir akan membuat tindakan seperti berikut :

      1) mencerap PdP guru terutamanya guru tahun 6
      2) menyemak semua fail SPSK
      3) menyemak semua fail koko
      4) kenalpasti pencapaian akademik murid
      5) menyediakan borang soal selidik
      6) meletakkan markah penilaian terhadap sekolah

      Padam