Jiwang Corner :)

Sabtu, 6 April 2013

Cilik Bistari : SKTM mara ke peringkat negeri

Pagi ini aku dan 2 rakan mengiring 10 orang peserta yang akan bertanding dalam Cabaran Cilik Bistari ke peringkat daerah Pasir Gudang. Pertandingan diadakan di SMK Agama Johor Bahru. Kira-kira 20 kumpulan peserta daripada sekolah-sekolah dalam daerah Pasir Gudang menyertai pertandingan ini. Ada yang menghantar murid-murid tahun 4, 5 mahupun 6.


Sebelum pertandingan dijalankan, pihak JCorp mengadakan kursus simulasi dan asas keusahawanan kepada semua peserta termasuk guru. Setiap murid dibekalkan fail dan tag peserta. Alhamdulillah semua peserta dari SKTM nampak tenang biarpun baru kembali darip
ada perkhemahan unit unifrom di Kluang semalam.

Perlawanan dijalankan mengikut kumpulan masing-masing. Team A dan Team B SKTM bermain dengan lancar. Maklumlah mereka memang sudah ada pengalaman bermain berbanding ada sesetengah peserta yang memang tidak biasa bermain. Aku ditugaskan menjadi banker SKTPP B manakala rakan aku di SKST. Guru dari SKST telah menjadi banker Team A SKTM manakala guru dari SKTPP telah menjadi banker Team B SKTM.

Permainan dijadualkan berlangsung selama sejam setengah. Semua pemain bermain dengan baik. Selesai pertandingan, kami diberi makan dan ruang masa untuk solat Zohor. Selesai itu kami kembali ke dewan SMKAJB untuk mengetahui keputusan Cabaran Cilik Bistari dan Catur Bistari disamping mengikuti kursus yang berkaitan dengan keusahawanan. 

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah sampai kira2 jam 3.00 petang bagi merasmikan majlis disamping menyampaikan hadiah kepada pemenang. Perasaan semakin berdebar-debar kerana terlalu percaya yang peserta SKTM akan mendapat tempat. Ternyata apa yang telah dijangka Team A SKTM telah diumum menjadi Johan Cilik Bistari peringkat daerah Pasir Gudang manakala Team B hanya mendapat saguhati. Peserta Johan menerima sijil dan baucer KFC Pizza bernilai RM150.00 Alhamdulillah...

Keputusan :

Johan : SK Taman Molek ( RM18juta+ )
Naib Johan : SK Tmn Pasir Putih ( RM16juta+ )
Ketiga : SK Kota Masai ( RM1juta+ )


2 ulasan:

  1. TAHNIAH cikgu....seronok nya saya dapat tahu murid sekolah cikgu dapat tembus ke peringkat negeri.. ALHAMDULILLAH....tahniah...moga berjaya...chaiyuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu Mustakim sebab banyak memberi sokongan. In sha Allah apa yang kami capai akan saya kongsikan bersama.

      Padam