Jiwang Corner :)

Selasa, 30 April 2013

Awek Photostat

Selesai pulang dari sekolah aku singgah ke Tesco Plentong untuk membeli beberapa barang keperluan. Aku ke sana ditemani oleh seorang rakan.
Setelah membeli barang2 keperluan aku dan rakan keluar lalu memandu menuju ke rumah masing2. Sebelum sampai ke rumah aku perlu singgah ke Pusat Fotostat yang berdekatan dengan rumah. Aku dah janji untuk ambil semua bahan fotostat yang aku tempah. Lagipun aku memang memerlukannya sebagai bahan PdP untuk kelas tuisyen malam nanti.
Sesampainya di kedai fotostat itu, awek tu pun ke kaunter untuk mendapatkan aku. Awek itu kelihatan muda remaja. Dengar loghatnya dia berasal dari Terengganu. Tentu korang tau kan macamana loghat mereka. Ala...ikang makang tu...hehehe...org Ganu jangan marah eh.
" Saya punya bahan dah siap?," tanya aku pada awek tersebut. Dia tersenyum manis lalu menjawab, " Cikgu, betul ke cikgu nak buat 65 set? Ada banyak ni. Kalau 65 set harganya dah RM100+...Saya buat 30 set je." Aku terkejut sebab dalam hati aku berbisik sudah tentu dia tak buat. Aku memerhati kertas tempahan yang dia catat semalam. Memang betul dia tulis 65 set. Aku mula bengkek sebab aku nak gunakan bahan itu malam nanti.
" Kalau kena RM100+ apa masalahnya?" tanya aku semula. " Saya nak gunakannya malam nanti. Jadi macamana? " tambah aku lagi. " Saya minta maaf sebab saya tak yakin cikgu nak 65 set. Cikgu boleh tunggu tak?", tambahnya lagi. Mukaku mula berkerut. Jam menunjukkan hampir jam 6 petang. Dua orang pelanggan yang mungkin juga guru memerhatikan aku dari awal.
"Saya tak boleh tunggu. Saya nak bersiap di rumah. Lepas maghrib nanti saya kena ke sekolah untuk kelas tuisyen, " tegas aku. Awek itu nampak takut. Namun aku terpaksa bertegas kerana aku nampak dia agak cuai. Akhirnya aku ambil 30set itu dahulu sementara bakinya aku akan ambil pada hari Khamis.
Sebelum pulang dia meminta maaf kepadaku sekali lagi. Aku menganggukkan kepala dan terus berlalu.Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu.

Isnin, 29 April 2013

Penyampaian Hadiah 3 dalam 1

Pagi ini perhimpunan seperti biasa. Majlis perhimpunan pagi ini agak lama kerana ada penyampaian hadiah. Hadiah disampaikan kepada semua peserta yang memenangi anugerah dalam pelbagai bidang. Antara yang terlibat adalah

Bola Sepak - Johan Daerah Pasir Gudang, peserta individu turut menerima hadiah penjaring gol terbanyak dan penjaga gol terbaik

Bola Tampar - Naib Joan Daerah Pasir Gudang Kategori Lelaki  dan Perempuan

Johan Individu Cabaran Cilik Bistari menerima sebuah set Catur Cilik Bistari. Tempat kedua hingga ke lapan menerima sebuah beg Catur Bistari  setiap seorang tajaan Johor Corporation.

Pemenang tempat kedua berkumpulan

Pemenang tempat ke-2 berkumpulan

Pemenang tempat ke-3 berkumpulan

- Saguhati menerima alat tulis. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Ahad, 28 April 2013

Mood Mengundi



Langkah 1: Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk


Langkah 2: Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari


Langkah 3: Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil


Langkah 4: Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih


Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga


Langkah 5: Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja


Langkah 6: Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen


Langkah 7: Keluar segera dari tempat Mengundi


Syarat-syarat mendaftar sebagai pengundi ialah:

Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya (Mengikut alamat dalam kad pengenalan)
Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang

Tip Mengundi 
 
Semak nama dalam Daftar Pengundi dan semakan boleh dibuat di Tempat Mengundi atau di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui laman web SPR dua minggu sebelum hari mengundi. Laman Web SPR- http://www.spr.gov.my

Datang awal ke tempat mengundi dan bawa salah satu dari dokumen-dokumen berikut :
-Kad Pengenalan atau
-Pasport Terhad atau
-Pasport Antarabangsa atau
-Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9) atau
-Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (JPN 1/11) atau
-Lesen Memandu.

Undi anda amat dihargai. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang boleh menghalang anda dari membuang undi. 

Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.
Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, anda akan diberi slip menyatakan nombor siri daftar dan saluran mengundi anda. 

Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada kerani pengundian pertama yang akan meneriakkan nama dan nombor Kad Pengenalan atau nombor siri anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat dua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut. 

Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan turunkan tanda “X” pada petak kosong di atas kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calon yang anda pilih. 

Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi 

Keluarlah melalui pintu yang disediakan.

Peraturan Mengundi

Beratur
Sentiasa senyap di kawasan pusat mengundi
Mengundi hanya sekali
Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat anggota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, abang, adik, suami atau isteri yang telah diberikan kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. Wakil ini mesti menandatangani Perisytiharan identiti.
Pemilih cacat penglihatan dan cacat anggota yang tidak ditemani saudara juga juga boleh mengundi. Mereka boleh meminta pertolongan Ketua Tempat Mengundi untuk membantu mereka membuang undi. 

YANG DILARANG SEMASA MENGUNDI

Jangan menerima sebarang imbuhan berupa wang atau barangan
Jangan masuk ke pusat mengundi memakai lencana atau simbol parti yang besar.
Jangan berbual-bual atau bertanya ketika di dalam saluran mengundi. Dapatkan pertolongan Ketua Tempat Mengundi sekiranya anda perlukan bantuan.
Jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuang undi.
Jangan bazirkan kertas undi anda.
Jangan tunjukkan kertas undi kepada sesiapa setelah anda selesai mengundi.
Anda hanya mengundi sekali sahaja dalam satu-satu pilihan raya.
Jangan mengundi lebih dari sekali kerana tindakan itu adalah satu kesalahan yang besar.

Pendaftaran Pemilih

Pendaftaran pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu membolehkan Pemilih Berdaftar yang bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih yang sudah disahkan.


Bagaimana Hendak Menyemak Status Pendaftaran Anda:

Seseorang pemilih boleh menyemak status pendaftaran melalui cara-cara berikut:
-Melalui laman web SPR di http://www.spr.gov.my. Melalui semakan itu, pemilih akan memperolehi maklumat-maklumat berikut: 

Nama,
Nombor K/P ( baru dan lama; jika ada) :
Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokalisi.
-Datang sendiri ke Ibu Pejabat SPR atau ke Pejabat Pilihan Raya Negeri
-Menyemak Buku Daftar Pemilih yang dijual oleh SPR
-Menelefon ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat Pilihan Raya Negeri
-Melalui Unit Bergerak SPR

Untuk makluman lanjut, sila layari laman web SPR di http://www.spr.gov.my atau hubungi:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4 – 5 Blok C7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
Tel : 03-88856500

Guru - Contohi Cara Rasulullah SAW

Guru patut contohi cara Baginda tangani masalah secara berhemah

Rasulullah SAW seorang pendidik yang cemerlang. Hasil didikan Baginda SAW, lahir tokoh ternama dan tersohor seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar al-Khattab, Saidina Othman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Tholib serta sahabat yang lain.


Dicontohi sepanjang zaman

Guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya," Imam al-Ghazali

Banyak kisah dan peristiwa dilalui Rasulullah SAW mempamerkan perwatakan luhur pendidik yang unggul untuk dicontohi dan diteladani sepanjang zaman. Allah SWT telah merakamkan beberapa ayat dalam al-Quran mengenai peranan Rasulullah SAW sebagai guru atau pendidik.

Firman Allah SWT: “Dialah Tuhan yang telah mengutuskan kepada kaum ummi (buta huruf) seorang Rasul daripada kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, (berjuang) menyucikan mereka serta mengajarkan mereka kitab dan hikmah. Sesungguhnya mereka (sebelum diutus Muhammad) benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Jum’ah, ayat 2)

Selain nas al-Quran, Nabi SAW juga bersabda: “Sesungguhnya aku telah diutuskan (oleh Allah) sebagai seorang guru (pendidik manusia).” (Riwayat Ibnu Majah)

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik: “Sedang kami berada dalam masjid bersama Rasulullah SAW, seorang Badwi datang dan duduk mencangkung membuang air kencing dalam masjid. Sahabat berkata kepada lelaki Badwi itu: Berhenti! Berhenti! Namun Rasulullah SAW berkata: Jangan ganggu dan biarkan dia sendiri. Oleh demikian, mereka pun membiarkan saja lelaki itu selesai membuang air kencingnya. Kemudian Rasulullah SAW memanggil lelaki berkenaan dan berkata kepadanya: Di dalam masjid tidak dibenarkan melakukan perkara seperti membuang air kencing atau membuat kerosakan kerana masjid tempat beribadat kepada Allah, tempat solat dan membaca al-Quran. Kemudian Rasulullah SAW mengarahkan seorang lelaki supaya mengambil sebaldi air untuk membasuh kawasan tempat lelaki Badwi itu kencing.”
Berpandangan jauh

Iktibar yang boleh diambil daripada kisah itu ialah jangan bersikap terburu-buru terhadap orang yang melakukan kesalahan, terutama guru. Rasulullah SAW dalam peristiwa itu jelas mempamerkan sikap berpandangan jauh dalam menghadapi sesuatu keadaan.

Menegur kesalahan seseorang dengan cara berhemah dan lemah lembut disertakan penjelasan terperinci mengenai kesalahan dilakukan adalah prinsip pendidikan yang dibawa Nabi SAW dan inilah contoh seharusnya diikuti guru.

Kisah Rasulullah SAW itu juga mengajar perlunya bersikap lemah lembut apabila mengendalikan seseorang yang jahil dan mestilah mengajar orang seperti itu perkara yang patut diketahuinya tanpa memarahinya, selagi dia tidak menunjukkan sikap berdegil.

Imam al-Ghazali pernah menggariskan beberapa kriteria unggul seorang pendidik antaranya, guru harus sabar menerima pelbagai masalah pelajar dan menerimanya dengan baik. Guru hendaklah bersifat penyayang dan tidak pilih kasih terhadap anak didiknya.

Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru akan menyedari bahawa sabar memberkati usaha gigihnya mendidik. Selain itu, guru perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik.

Diriwayatkan daripada Abu Musa, Rasulullah SAW mengatakan: “Sesungguhnya perumpamaan hidayah (petunjuk) dan ilmu Allah yang menjadikan aku sebagai utusan itu seperti hujan yang turun ke bumi. Di antara bumi itu ada sebidang tanah subur yang menyerap air dan sebidang tanah itu rumput hijau tumbuh subur. Ada juga sebidang tanah yang tidak menumbuhkan apa-apa, walaupun tanah itu penuh dengan air. Pada hal Allah menurunkan air supaya manusia dapat meminumnya, menghilangkan rasa haus dan menanam. Ada juga sekelompok orang yang mempunyai tanah gersang yang tidak ada air dan tidak tumbuh apapun di tanah itu. Gambaran seperti orang yang mempunyai ilmu agama Allah dan mahu memanfaatkan sesuatu yang menyebabkan aku diutuskan oleh Allah, kemudian orang itu mempelajari dan mengerjakannya. Dan seperti orang yang sedikitpun tidak tertarik dengan apa yang telah menyebabkan aku diutuskan oleh Allah. Dia tidak mendapat petunjuk dari Allah yang kerananya aku utusan-Nya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Proses pengajaran

Ini menjelaskan kepada kita proses pendidikan dan pengajaran adalah satu metodologi yang perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti psikologi, sosiologi dan daya membuat pertimbangan seseorang pelajar.

Gabungan ilmu pengetahuan itu membolehkan guru mengajar dengan berkesan dan menarik minat pelajar mengikuti pengajaran.

Sumber FB

Sabtu, 27 April 2013

Sekolah Ganti - Cabaran Cilik Bistari

Hari ini sekolah ganti. Biarpun letih bekerja 6 hari setiap minggu pengorbanan harus diteruskan. Pelbagai aktiviti perlu difikirkan untuk mengganti kelas guru yang cuti belajar.
Hari ini JK RIMUP sekolah dengan kerjasama Kelab Didik Bistari telah menjalankan pertandingan Cabaran Cilik Bistari peringkat sekolah. Seramai 110 orang peserta iaitu 22 buah kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut. Murid2 yang tidak terlibat hanya menjalani proses PdP di dalam kelas seperti biasa.
Sepuluh orang guru telah terlibat sebagai juruwang manakala selebihnya dibantu oleh ahli Kelab Didik Bistari. Perlawanan diadakan di ruang kantin SKTM. ( duduk bersila beralaskan tikar, namun syukur dengan apa yang ada sebab takde tempat yang lebih baik ).
Selepas ucapan perasmian oleh GB, semua peserta mula bermain. Sahabat aku merekod masa di mana perlawanan dimulakan pada pukul 10.30 pagi dan dijadual tamat pada jam 11.30 pagi. Memandangkan ada peserta yang tidak pernah atau tidak biasa bermain, sahabat aku telah memberi taklimat simulasi teknik bermain yang betul.
Alhamdulillah pertandingan berjalan dengan lancar. Pemenang2 telah dikenalpasti dan penyampaian hadiah akan diadakan secara rasmi semasa perhimpunan pada hari Isnin nanti. InshaaAllah...
# Alhamdulillah sebahagian besar hadiah dan sijil ditaja oleh Johor Corporation.

Jumaat, 26 April 2013

Si Comel Sambut Birthday

Selepas pulang dari sekolah tadi, aku ambil masa untuk membeli sedikit keperluan dapur. So aku hanya berkunjung ke AEON Big yang terletak berhampiran dengan tempat aku bertugas ( jangkaan aku tak sampai 3km pun ).

Dalam masa yang sama aku sebenarnya nak sambut birthday Si Comel. Nampaknya pada 29 April ini usia Si Comel dah genap 9 tahun. Ini bermakna tahun ini adalah tahun yang ke 10 Si Comel akan terus berkhidmat pada aku. Wah, setianya aku bersama Si Comel!


Aku beratur menunggu giliran di Pejabat Pos. Sampai giliran, aku menghulurkan bil elektrik dan geran Si Comel kepada kerani yang bertugas.  Tetiba kerani di kaunter itu berkata, "Kak nak renew roadtax yea. Mintak maaf sebab line slow sangat ni. Nanti akak datang semula dalam jam 4, boleh?" Aku hanya menganggukkan kepala. Alamak, tekanan lah pulak. So aku terpaksa settlekan bil2 terdahulu. Ke mana aku nak renew yea?

Bersambung...

10 Golongan Manusia diusir Dari Padang Mahsyar


Renungan bersama...

Photo: Semoga kita tidak tergolong dalam 10golongan tersebut . Allahu Akbar~

--
Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad <3

  :- Ismee Nafisah


Khamis, 25 April 2013

Analisis Statistik Pertukaran Guru Jun 2013




Sumber maklumat : http://apps.moe.gov.my/epgo/papar_statistik.cfm?kod_bhg=212

Projek Kraf Hari Guru

Hari ini otak di kepala ini membawa aku detik2 menjahit kraf sempena Hari Guru tahun lepas. Huh...sungguh mengusik jiwa bila mengenangkannya. Mana tidaknya aku tidak menang tangan menjahit tempahan biarpun hingga lewat malam. Sakit pinggang juga dibuatnya.


Untuk tahun ini aku bercadang untuk tidak menjahitnya sendiri. Aku fikir lebih baik aku ambil tempahan sahaja dan tempah kepada pembekal. Mungkin itu lebih baik biarpun tidak dapat untung yg lebih banding kita hasilkan sendiri.


So aku cuba dapatkan pembekal yang boleh siapkan tempahan aku. In sha Allah dalam proses tempahan. Antara produk yang aku fikirkan sesuai untuk murid adalah penanda buku, keychain dan fridge magnet.
# Alhamdulillah jumpa pembekal yang berdekatan dengan rumah melalui FB.

Uniform Petugas PRU13

Sebelum pulang ke rumah tadi, ketua kerani pusat mengundi aku mengedarkan uniform SPR. Alu terpaksa mengambil tshirt yang bersaiz XL itu memandangkan hanya saiz L dan XL sahaja yang dibekalkan.


Anyway aku tak kisah sangat biarpun saiz sebenar aku adalah M bukannya XL. Selain itu kami menerima topi. Yahooo....terima kasih SPR!

10 Pesanan Imam Syafie

Wasiat beliau , " Barangsiapa ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat hendaklah mengamalkan 10 perkara :


1 . Hak kepada diri sendiri - Mengurangkan tidur , makan , percakapan dan berpada - pada dengan rezeki yang ada .

2 . Hak kepada malaikat maut - Mengqada kewajipan tertinggal , mendapatkan kemaafan dari orang dizalimi , membuat persediaan untuk mati dan merasai cinta kepada Allah .

3 . Hak kepada kubur - Membuang tabiat suka menabur fitnah , memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang dizalimi .

4 . Hak kepada Munkar dan Nakir - Tidak berdusta , berkata benar , meninggalkan maksiat dan nasihat - menasihati .

5 . Hak kepada mizan ( neraca timbangan amalan pada hari kiamat ) - Mengawal kemarahan , banyak berzikir , ikhlas beramal dan sanggup menahan kesusahan .

6 . Hak kepada sirat ( titian merintangi neraka pada hari kiamat ) - Membuang tabiat suka mengumpat , suka membantu orang beriman dan suka berjemaah .

7 . Hak kepada Malik ( malaikat penjaga neraka ) - Menangis lantaran takutkan Allah , berbuat baik kepada ibu bapa , bersedekah dan memperelokkan akhlak .

8 . Hak kepada Ridhzuan ( malaikat penjaga syurga ) - Redha kepada qada Allah , sabar menerima bala , bersyukur atas nikmat diberikan dan bertaubat dari melakukan maksiat .

9 . Hak kepada Nabi Muhammad - Sentiasalah berselawat , berpegang kepada syariat , bergantung kepada sunnah , menyayangi para sahabat .

10 . Hak kepada Allah - Mengajak manusia ke arah kebaikan , mencegah kemungkaran , menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan .

# Semoga ini dapat membantu kita mempersiapkan diri sebelum kita kembali kepada Pencipta kita , INSYAALLAH . ♥


Sumber FB : Hidup Biar Bermaruah, Mati Biar Syahid

Daripada Wanita Untuk Wanita

Suatu Hari..

Seorang anak gadis bertanya kepada ibunya: “Ibu, ajarkan anakmu ini untuk memilih pasangan hidup?”

Si ibu tersenyum, dan dengan bijak menjawab, “Anakku , jangan kau menikahi seorang lelaki hanya kerana ketampanannya, kelak akan kecewa, kerana ia pasti akan tua. Nak, jangan pula memilihnya hanya dia dikagumi banyak wanita, kerana kau belum tahu apa kekurangannya. Tidak pula kerana kekayaan atau kerana nasabnya, kerana kekayaan tidak pernah kekal, nasab tidak menjamin kemuliaan dirinya.”

“Nak, pilihlah si dia kerana akhlaknya yang mulia. Pilihlah dia kerana imannya."


“Bu, bagaimana ingin tahu dirinya akan membuatku bahagia, padahal belum tentu dia kaya, tampan, terkenal?” Tanya sang anak lagi.

“Nak, ketampanan dan kecantikan ada pada hati yang merasa. Kaya ada pada hati yang Qonaah. Terkenal di hadapan manusia belum tentu mulia di hadapan-Nya.”

“Perbaikilah akhlakmu, perbaharuilah niatmu, kuatkan imanmu, perbanyak amalmu… Lalu jika hari itu tiba…

Terimalah pemuda yang berani melamarmu. Setidak-tidaknya dia berniat baik kepadamu, bukan menggodamu. Namun kerana keinginannya menjaga kesucian cinta. Kau tentu boleh memilih, namun ingatlah, jika kau alihkan cintamu pada harta, ketampanan, juga keturunannya, maka kamu pasti akan kecewa. Kerana boleh jadi itu hanya topeng darinya.”

“Istikharahlah.. Dan.. Jika pilihanmu mantap padanya.. Berkahwinlah nak, kerana itu adalah sebaik-baik penawar fitnah kau akan rasakan kebahagiaan kerana memenangkan Allah dalam pilihanmu.. Rasailah cinta bersamanya… Kelebihannya membuatmu tersenyum bahagia.. Kekurangannya akan menjadi bibit-bibit cinta di antara kalian.. Kerana kalian tercipta untuk saling mengisi.. Saling memperbaiki akhlak.. Semangati langkahnya, kukuhkan semangat juangnya.. Harungi bahtera rumah tangga dengan senyum ceria.. Kelak didiklah anak-anakmu untuk menjadi pejuang yang setia pada cinta yang Mulia.. Lahirkan keturunan yang kuat tauhidnya, mulia akhlaknya, kukuh azamnya.. Dan.. Kelak, ibumu ini akan bahagia menimang cucu seorang pejuang sejati..”

~untuk semua wanita ....

Program bersama Produk Knorr

Pagi ini semua murid tahun 4 diberi taklimat tentang pemakanan oleh staff Knorr. Mereka didedahkan tentang khasiat setiap pengambilan makanan dan pentingnya sarapan pagi.



Hakikatnya mereka ni sedang buat promosi tentang produk mereks terutamanya bubur ayam cendawan. Selepas aktiviti bersenam bersama Mr Corn, semua murid tahun 4 dengan jumlah kehadiran kira2 300 orang itu, diberi secawan kecil bubur ayam untuk dimakan dan semangkuk bubur untuk dibawa pulang.





# Mood : Seronok dapat semangkuk bubur dan bergambar dengan Mr Corn. Ngeeeh :)





Rabu, 24 April 2013

Kena Cubit

Pagi ini aku masuk ke kelas 6 Berjaya. Masa yang diperuntukkan tidak lama iaitu hanya 30 minit. So aku dah rancang nak bincangkan jawapan kerja rumah yang aku berikan semalam. Actually aku hanya beri 4 soalan tajuk perimeter.

Aku meronda untuk periksa satu persatu buku murid2 aku. Aku rasa sedih dan terkilan kerana 4 soalan yang aku berikan itu tidak siap. Menyirap juga darah aku. Nakku rotan tapi takut dihentam. So hanya kata2 yang boleh aku hentam mereka. Kalau berkesan kira syukurlah.

Namun kesabaran aku diuji. Aku tak tahan sangat sebabb mereka tidak langsung rasa bersalah. Lastly aku cubit seorang demi seorang. Tak kira lelaki atau perempuan semuanya aku cubit sama rata.


Aku denda mereka menyiapkan kerja sekolah hingga mereka lewat rehat. Rasa bersalah tetap ada tapi ada masanya hukumnn perlu dilakukan  agar mereka dapat berubah jadi murid yang lebih baik.

# Aku cuba cubit diri sendiri. Aduhhhh....sakit juga cubitan aku tadi. Hehehehe....

Selasa, 23 April 2013

Jom, Perbaharui Pasport!

Selepas selesai mengadakan kelas tambahan tahun 6 pada jam 2 petang tadi, aku dan dua orang rakan lain bersiap sedia menuju ke Bangunan Kementerian Dalam Negeri di Setia Tropika JB. Hah, dah tentu ke Bangunan Blok 1 untuk ke Pejabat Imegresin.

Aku dan rakan beratur sebelum mendapatkan borang. Selepas mengisi borang aku mendapatkan nombor giliran di kaunter. Encik yang dalam lingkungan 50an itu melayan kami dengan baik. Dia memberi nombor giliran dan mengarahkan kami naik ke tingkat 3. Alhamdulillah...


Sampai di Aras 3, kami terus menuju ke kaunter kerana nombor giliran kami telah sampai. Kelihatannya tidak ramai orang yang membuat urusan di situ. So selepas mendapatkan pengesahan melalui kad pengenalan dan cap jari, kami membuat bayaran sebanyak RM100 di kaunter berikutnya.

Resit dikeluarkan dan pegawai yang bertugas memberitahu agar dapat kembali semula ke kaunter yang berkenaan selepas 1 jam berikutnya. Masa dicatatkan di resit pembayaran. So kami ada masa selama 1 jam untuk merehatkan minda di kafe bangunan tersebut :)

Bersambung...

E- filing : Siap dihantar

Akhirnya aku siap mengisi E-filing LHDN. Anda bagaimana ? Nampaknya potongan cukai pada gaji bulanan aku terlebih daripada yang sepatutnya. So, ini bermakna aku akan terima semula pulangan lebihan ptongan itu sebanyak RM346.78. Yahoo...

Ahad, 21 April 2013

JB Berselawat

Malam tadi aku dan rakan2 ke program JB Berselawat sempena Maulidur Rasul di Taman Desa Harmoni JB. Jam 8.20 malam kereta aku telah mendarat di parkir berhampiran padang bola di mana majlis diadakan.


Majlis bermula kira2 jam 9.15 malam di mana kehadiran Mufti Johor diraikan bersama tetamu2 jemputan daripada Bandung, Indonesia. Kumpulan Maulid turut hadir bagi memeriahkan program. Para tetamu yang hadir semakin ramai. Alhamdulillah sambutan begitu memuaskan.


Seronok dapat berselawat bersama mereka. Banyak yang aku kagumi dengan ilmuan Islam seperti mereka. Di mana aku, di sisiMu ya, Allah...








# Mood : Alhamdulillah dapat menghabiskan masa hingga program selesai biarpun sampai rumah kira2 jam 1.30 pagi. Mudah2an apa yang kami lakukan Allah terima sebagai satu ibadah. Allahu Akbar !



Sabtu, 20 April 2013

Sukantara 2013

Hari ini sukantara dijalanlan diperingkat sekolah. Semua murod dari tahun 3 hingga tahun 6 diwajibkan menyertai acara yang dipertandingkan iaitu lumba lari 100m dan lompat jauh.
Tahun ini rumah sukan aku dah bertukar. Jika sebelum ini aku mewakili guru penasihat rumah Jengking tapi kini aku mewakili rumah Tebuan.

Penangan Politik

Lepas pulang dari sekolah semalam, aku ke Pasar Borong Smart untuk membeli jambu batu. Kepala berdenyut2 la pulak. Bila cuaca panas begini migrain mulalah menyerang. Huhuhu....

Aku menuju ke kedai buah yang aku biasa singgah. Aku mula membelek dan memilih buah jambu batu yang akan dijual pada hari esok- Didik Bistari. Selesai memilih kira2 30 biji jambu, aku ke tempat buah pisang. Aku memilih pisang emas sebab teringin pula nak makan cekodok.

Tiba2 pakcik yang sedang memilih pisang di sebelah aku merungut dalam bebelan. " Apalah UMNO ni. Mentang-mentang dah lama memerintah, dah mula kurang ajar pulak!, " kata pakcik itu. Dia mula menyambung rungutannya namun aku tak ambil fokus dan tidak dengar dengan jelas apa yang sedang diperkatakannya.


Selepas dia membayar harga pisangnya, abang yang menjual pisang itu berkata," Panatik sangat pakcik tu. Jadi emosi plak dibuatnya. Akak sokong mana?" Alamak, dia dah mula tanya aku soalan. Aku tersenyum lalu dia berkata, " Akak tak mengikuti politik ke?" Aku pantas menjawab," Eh, undi adalah rahsia."

"Eh, mana ada rahsia2, kak! Akak pilih apa? ¨ Jawapan aku ringkas," Undi pemimpin yang betul lah,"Aku tersenyum lalu membuat bayaran harga pisang yang aku beli tadi. Hah...penangan PRU13 sampai ke Pasar Borong!

Tetamu Hari Ini

Selepas selesai aktivti sukantara di sekolah tadi, empat orang rakan telah bersetuju untuk datang bermalam ke rumah aku. Tambahan pula malam nanti ada program JB Berselawat sempena majlis Maulidur Rasul. So bolehlah pergi beramai2.
Seorang daripada mereka memang tidak pernah sampai di rumah aku lagi. Seorang lagi tidak pernah sampai setelah rumah aku siap diubahsuai. Hah, ini masanya untuk mereka skodeng segala bagai. Ada aku kesah? Hehehehehe....

Jumaat, 19 April 2013

Mari Beli : Jambu Batu, Air 100+ dan Roti

Malam ini aku usahakan memotong 30 biji jambu batu yang akan diniagakan pada esok hari. Ini bukan bisnes aku tapi bisnes kelab Didik Bistari. Sebagai salah seorang guru pembimbing, aktiviti jualan ini merupakan antara aktiviti yang perlu diusahakan.


Selari dengan objektif kelab, murid2 ini memang dibimbing untuk menjadi seorang usahawan. So mereka memang dah biasa dengan aktiviti jual beli malahan tertunggu2 untuk mereka bertugas.

Pagi ini, ahli Kelab Didik Bistari terutamanya tahun 5 diamanahkan untuk berniaga. Pengurusannya nampak cekap biarpun ramai murid yang menyerang meja jualan kami. Maklumlah lepas acara larian dan lompat jauh,  murid2 nescaya akan haus.


Menu jualan kami hari ini adalah roti pizza, roti kacang merah, roti sosej, roti serunding, jambu batu potong dan air 100+. Alhamdulillah lebih kurang setengah jam jualan kami dah habis. Semua 102 bungkus jambu, 170 bungkus roti dan 96 tin air 100+ telah licin di meja jualan. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan urusan kami.



Khamis, 18 April 2013

Istanbul Aku Datang :)

Pagi ini rezeki aku agak murah. Mana tidaknya murid yang sensitif dalam kelas aku mengejar memanggil nama aku. " Cikgu, cikgu...saya ada cenderahati untuk cikgu. Ini cenderahati dari Istanbul."

Aku tersenyum lebar. " Terima kasih. Istanbul aku datang! " kata aku. Dia tersenyum lalu berkata, "Sama- sama, cikgu," jawabnya sambil berlalu. " Bila awak balik Malaysia?" " Semalam, cikgu." Ini bermakna dia berada di Istanbul selama 6 hari. Menurutnya dia mengikuti bapanya yang kena bertugas di sana.

Begitulah rezeki cikgu jika ada murid yang belikan cenderamata jika balik dari melancong. Bukan kita nak harap sangat tetapi agak terharu sebab mereka ingat pada kita. Bukan mudah nak dapat murid yang murah hati walaupun dalam kalangan orang berada. Setelah aku intai bungkusan itu isi dalamnya adalah sehelai tudung. Memang cun...macam tau2 je pilihan warna kegemaran aku :)


Sejak dia menumpang belajar di dalam kelas Aktif sikapnya menjadi lebih positif. Aku dah boleh nampak dia tersenyum dan mula serasi berkawan dengan rakan2 yang ada dalam kelas itu. Syukurlah....

Rabu, 17 April 2013

Hari Bistari : SKTM muncul Naib Johan Anugerah Kecemerlangan DB Negeri Johor

Pagi ini aku dan dua orang sahabat bersedia menjadi guru pengiring peserta Didik Bistari lagi. Hari ini merupakan hari kemuncak bagi program Didik Bistari, Tunas Bistari dan Siswa Bistari anjuran Johor Corporation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor.

Semalam pihak penganjur telah berpesan kepada kami agar membawa semua sepuluh pemain Cilik Bistari. Hah, bukan je 10 orang malah kami tambah lagi 2 orang peserta menjadikan 12 orang kesemuanya. Alhamdulillah, moga 2 orang pelapis ini akan cuba mengutip pengalaman sebaik mungkin semasa dalam majlis nanti.

Kira2 jam 9.15 pagi kami pun sampai ke Persada Johor. Selepas pendaftaran setiap guru diberi cenderamata berbentuk beg, sebotol mandian secret garden dan vaucer KFC PIZZA bernilai RM5. Alhamdulillah rezeki di pagi hari. Kemudian kami dihidangkan dengan Bihun Singapura, sandwich, kuih muih dan air kopi. Aku? Tak kan nak tengok jerk. Pinggan ada, sudu garfu ada, cawan pun ada, maka cedok  makan je lah. Hikhikhik....


Selesai makan, kami masuk ke Dewan Tanjung Puteri untuk sama2 meraikan majlis perasmian bersama Ketua Eksekutif Johor Corporation dan Pengarah Pelajaran Negeri Johor bersama ahli2 korporat yang lain. Wah, rasa macam enggang dengan pipit jerk!

Apa yang aku nak kongsikan adalah kegembiraan pada hari ini. Tanpa disangka, rezeki kami datang tanpa diduga. Jika semalam kami kecewa dan bersedih tapi hari ini Allah anugerahkan kejayaan yang lebih besar kepada kami. Syukur sangat2 atas apa yang kami capai. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, yang penting kita kena bersabar.
Hadiah disampaikan semula pada perhimpunan sekolah

SKTM NAIB JOHAN KESELERUHAN DIDIK BISTARI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012? Kenapa? Tak percaya? Itulah anugerah atas penah lelah kami selama ini. Peserta 10 orang itu dianugerahkan jam tangan BUM setiap seorang, pingat dan baucer KFC PIZZA bernilai RM 200. Terharu dalam gembira mengiringi aku semasa bersama2 peserta tampil naik ke atas pentas bagi menerima anugerah dan sijil. Atas tugas yang lebih penting, wakil pentadbir SKTM tidak dapat hadir untuk bersama2 meraikan kejayaan kami.


Nampaknya selepas ini, perjuangan Didik Bistari SKTM perlu terus diperluaskan. InsyaAllah atas berkat usaha bersama semua perkara yang dirancang akan dipermudahkan olehNya. Amin...


Nak kabor nih! Ada yang nak join ke? Iskh...malu le sikit. Nak kabor mende nih! Hahahaha....gimiklah pulak. Actually baucer KFC PIZZA kami semakin bertambah. Johan Daerah RM 150, tempat ketiga negeri RM 80 dan Naib Johan keseluruhan RM200. So jumlah keseluruhan : RM 430.



# Mood : Jom, MAKAN BESARRR!



Cabaran Catur Cilik Bistari : Gosip Musykil Terlampau

"Cikgu, cikgu jadi banker di kumpulan SKPZ tadi kan?" tanya aku kepada guru lelaki itu. " Ya, cikgu," jawabnya ringkas sambil tersenyum. Mungkin dia dah tahu apa yang aku nak tanya padanya. " Maaflah, saya cuma nak tanya skit. Macamana budak2 tu main sampai leh dapat RM 3.3b ek? Macam pelik jerk. Peserta johan sekolah menengah yang main Catur Bistari itu pun baru kutip RM 336 juta. Hiskh....musykil nih!

" Saya tengok diorang main macam biasa jerk. Ikut flow yang betul. Tp tak tau le bila jumlahkan leh dapat jumlah sebanyak tu," kata guru lelaki itu lagi. Sebenarnya hanya 6 buah sekolah sahaja mendapat banker dalam kalangan guru. Ini disebabkan bilangan pelajar STF yang sepatutnya menjadi banker kontrak tidak mencukupi. " Murid diorang tak habis pun beli aset daripada kad Pilihan Bistari. Seingat saya, aset diorang ada RM 300 ribu sahaja. Tapi seorang daripada pesertanya dapat mengumpul hampir 2 bilion, " tambahnya lagi.

Tiga dari kiri : Guru yang menjadi banker SKPZ

" Aik? Saya memang musykil la. Tak puas hati sebab peserta sekolah saya disingkirkan. Samalah macam sekolah cikgu, kan? " Aku cuba meluahkan rasa kecewa. Rakan2 yang lain turut bercerita dan bertanya dan bercakap dan dan dan.... perkara yang sama. Datang pula guru yang menjadi banker Team B SKTM.  Dia menggamatkan lagi suasana di situ. Walaupun peserta sekolah dia tidak beroleh kemenangan, namun dia berpihak kepada kami kerana musykil dengan jumlah aset SKPZ.


Sebelum itu kami ada meluah rasa tidak puas hati itu kepada pihak penganjur namun dia tidak berpihak kepada mana2 kerana dia terpaksa akur dengan pihak juri. Apakan daya, kami dah tak upaya, tak mampu nak buat apa2,  selain berserah pada yang Esa walaupun telah berusaha. 

Bercakap punya bercakap akhirnya guru lelaki yang menjadi banker SKPZ itu dipersalahkan. Dalam gurauan, banker itu diperli habis2an. Kahkahkahkah......suasana menjadi riuh dengan gelak tawa hingga masuk ke dalam lif. Tempat makan pun masih bicara gelak bersama mereka. Secara tak langsung kami jadi berbaik pula.


Lastly kami rasa happy sikit lepas bergelak ketawa. Kuranglah sikit rasa bengkek kecewa bengang pada awal tadi. Kakak banker itu nak hubungi pihak penganjur kemudian hari untuk meluah dan mencadang bagi perjalanan program akan datang. Ini bertujuan agar kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi kerana ia melibatkan pertandingan peringkat negeri.


Kami pulang kira2 jam 5.45 petang setelah aku dan sahabat menghantar semua peserta sampai ke rumah masing2. Aku sampai di rumah kira2 jam 6.20 petang. Cuaca yang panas menyebabkan rasa keletihan menguasai diri. Namun aku perlu ke sekolah semula pada jam 7.30 malam kerana kelas tuisyen Matematik tahun 6 akan bermula pada jam 8.00 malam.


# Mood : Berkorban apa sahaja untuk anak bangsa :)

Cabaran Catur Cilik Bistari : Team B SKTM mara tempat ke-3 peringkat negeri Johor

Perasaan bengkek bin bengang masih menghantui. Kepala mula nak berdenyut. Muka peserta team A diperhati satu persatu memikirkan bagaimana perasaan mereka setelah tahu tentang penyingkiran itu nanti. Ketua Team A dipanggil lalu perkara yang sebenar diperjelaskan. Dia agak panik namun masih dapat mengawal perasaan.

Dia memberitahu rakan2 lain dalam pasukannya. Mereka nampak sedih sambil memerhatikan aku dan sahabat. Aku memang turut simpati dengan nasib mereka. Disebalik itu aku positifkan minda bahawa ketentuan itu Allah SWT dah tulis. Mungkin rezeki mereka tidak dicatatkan di situ. Allahu Akbar!

Dalam pada itu pengacara majlis memulakan tugasnya. Kami memang tidak dapat fokus apa yang disampaikan olehnya. Selepas ucapan perasmian oleh Ketua Eksekutif Johor Corporation acara penyampaian hadiah diteruskan. Pengacara mengumumkan nama2 sekolah yang menjadi pemenang cabaran Cilik Bistari. Kami telah sangkal Team B SKTM memang akan ada dalam senarai pengacara.

Alhamdulillah nama SKTM Team B disebut lantang oleh Mr MC. Pemain Team B, aku dan sahabat tampil ke atas pentas bagi menerima hadiah. Actually cikgunya jadi pengiring je pun.Hahahahaha....So pemenang menerima medal, baucer KFC PIZZA sebanyak RM80 dan sijil penghargaan.

Semasa turun dari pentas, ramai rakan2 guru yang mengucapkan tahniah. Ada juga yang berkata, " Lepas ni SKTM naik pentas lagi. " Ceh, ayat itu buat kami terbakar semula kerana mereka tidak tahu yang Team A kami telah disingkirkan. Aku hanya tersenyum pahit biarpun ada kemenangan di situ.

Persoalannya di sini,  bagaimana sekolah yang menjadi Johan Cilik Bistari itu mampu membuat kutipan aset dan wang tunai sejumlah RM 3.3 bilion? Jauh sangat bezanya dengan peserta daripada kumpulan sebagaimana catatan aku :

Johan : SKPZ daerah Muar ( RM 3.3 b )
Naib Johan : SK Convent Muar ( RM 59 juta )
Ketiga : SK Taman Molek, daerah Pasir Gudang ( RM 41 juta )
Keempat : SK Sg Tiram, daerah Pasir Gudang ( RM 34 juta )
Kelima : SK Kg Sawah Pekan Nenas daerah Pontian ( RM 31 juta )

# Mood : Musykil Terlampau!

Selasa, 16 April 2013

Cabaran Catur Cilik Bistari : Hampa + Kecewa

Selesai tunaikan solat Zohor, kami ke ruang pertandingan semula. Hati mula berdebar- debar menantikan keputusan. Adakah SKTM layak bergelar Johan atau Naib Johan atau tempat ke-3 atau tempat ke-4 atau ke-5? Sangat mencemaskan!

Tidak lama kami duduk tiba-tiba urusetia memanggil nama SKTM dan SKS untuk tampil menemui urusetia. Encik A berkata, " Boleh kita berjumpa di tempat yang agak tersorok sikit?" Kami berenam masih terpinga2 sambil memerhatikan borang jumlah aset pemain di tangannya. Tanpa berlengah kami pun bergerak ke bahagian penjuru tepi pentas.

" Cikgu, sekolah cikgu merupakan top 5 yang dapat mengumpul aset tertinggi tapi....tapi cikgu......pihak kami terpaksa membatalkan penyertaan daripada kumpulan cikgu." " Saya tau cikgu mungkin dah dapat meneka sekolah cikgu akan menang. Begitu juga harapan murid2 cikgu yang menjangkakan mereka akan menang," sambungnya lagi.


Aku mula berkerut. Terkejut pun ada. Sahabat aku yang merupakan orang kuat pasukan kami mula berubah muka. " Tapi kenapa??? " Encik A cuba menerangkan, " Jumlah aset dalam permainan catur ini sepatutnya tidak melebihi RM 1.7 juta. Sekarang ni, jumlah aset sekolah cikgu mencatatkan nilai lebih daripada itu. SKS pun saya terpaksa batalkan atas sebab yang sama."

Aku terus terdiam. Hampa kecewa dan tak terkata kerana kumpulan itu adalah harapan kami. Cikgu2 dari SKS turut terpinga2 namun nampak redha dengan keputusan juri. Sahabat saya terus mencelah, " Mana boleh buat macam ini? Tadi saya turut membantu banker mengira semua jumlah aset dan wang tunai daripada kumpulan saya. Saya rasa tidak ada masalah. Semuanya dicatat oleh banker. Kalau perkara begini berlaku, ia telah menjatuhkan semangat anak murid saya. "

Encik A terus menegakkan keputusannya lalu menunjukkan borang tersebut. " Murid cikgu telah menurunkan tandatangan pengesahan di dalam borang ini. Jadi pihak juri telah mengambil keputusan untuk membatalkan penyertaan kumpulan cikgu. Aku terkedu lalu terpacul dari mulut aku, " So, it means disqualified? " " Yes, disqualified, tambah Encik A. Sahabat aku nampak kecewa dan marah lalu menyambung kata2, " Encik tidak boleh buat macam ni. Banker tadi pun tak tahu dan tak pernah main catur Cilik Bistari ni. Tengok pun tak pernah. Macamana dia boleh jadi banker? Tadi saya ada tanya pada dia sendiri, " tambahnya lagi.


Encik A menjawab, " Saya dah cuba cari dan hubungi banker itu tadi tapi tak dapat. Jadi kami dah buat keputusan dan nak buat cikgu maklumlah. Takut cikgu terkejut dan tertunggu2 kenapa sekolah cikgu tidak diumum menang nanti walaupun jumlahnya tinggi. InsyaAllah perkara macamni tidak berulang pada masa akan datang. Kami akan cuba perbaiki kelemahan."

Akhirnya kami terpaksa akur dengan keputusan juri biarpun rasa tidak puas hati menguasai dalam diri. Kami berlalu dan duduk di tempat kami semula dengan rasa kecewa, marah, bengkek dan segala bagai perasaan negatif yang lain.


Bersambung....

Cabaran Catur dan Cilik Bistari Peringkat Negeri Johor

Hari ini hari yang penuh mendebarkan. Pagi tadi aku dan 2 rakan lain berkumpul di kantin sekolah untuk mengiringi 10 orang peserta pertandingan Cilik Bistari peringkat negeri Johor bagi sesi 2012. Untuk pengetahuan, 10 orang murid ini bertanding mewakili daerah Pasir Gudang yang mana mereka telah menjadi Johan dan tempat ketiga dalam daerah pada akhir tahun 2012 yang lalu.

Pemanduan berjalan dengan lancar. Kami sampai di Galeria atau lebih dikenali dengan kompleks Kotaraya JB pada jam 9.10 pagi. Pendaftaran dibuatkan di ruang legar pintu masuk kompleks. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki masuk ke kompleks ini. Nampaknya kompleks Galeria ini masih belum siap diubahsuai sepenuhnya.

Selesai taklimat oleh pihak JCorp, banker yang terdiri daripada pelajar Sekolah Tun Fatimah mengambil tempat masing2. Rasa lega juga sebab aku terselamat daripada menjadi banker. Lagipun matlamat aku nak tengok dan sokong murid2 aku bermain disamping meninjau corak permainan pasukan lain.


Perlawanan dimulakan pada jam 11.30 pagi dan dijadualkan berakhir pada jam 1.30 petang. Aku berdiri memberi sokongan di meja pasukan SKTM B sementara seorang rakan lagi di meja SKTM A. Perjalanan permainan berjalan lancar. Aku cuba memberi isyarat muka kepada peserta aku jika perlu berbuat sesuatu. Banker yang ditugaskan di kumpulan SKTM B ini merupakan guru pengiring dari SK Kota Jaya. Nampaknya dia ada banyak pengalaman bermain dan agak tegas.

Aku rasa lega bila pasukan aku merupakan antara enam peserta yang awal naik ke laluan Jihad Bisnes dan seterusnya ke laluan. ......Aku cuba jalan meninjau ke meja2 kumpulan lain untuk melihat perkembangan pergerakan permainan mereka. Rasa macam ada keyakinan sebab corak permainan peserta yang lain agak perlahan. Ermmmm....perasanlah plak.


Permainan ditamatkan tepat pada jam 1.30 petang. SKTM A berjaya mengumpul aset dan wang ringgit berjumlah RM 69 juta sementara SKTM B mengumpul RM 41 juta. Aku harap dan yakin bahawa kedua2 pasukan SKTM yang mewakili daerah Pasir Gudang ini akan memperoleh nombor lima teratas dari hampir 30 kumpulan.


Kami berhenti rehat untuk makan nasi ayam KFC yang diedarkan sekotak seorang. Selepas itu kami diberi masa untuk menunaikan solat Zohor.

Mood : Tak sabar nak dengar pengacara umumkan pemenang.


Bersambung...