Jiwang Corner :)

Isnin, 3 Disember 2012

Si Raja Durian

27/11- Musim durian tiba lagi. Entah kali ke berapa untuk tahun ni yea? Aku pun tak pasti. Mungkin kali ke-3 kot. Kalau aku termerapu maaf lah yea..huhuhu

So cuti kali ini aku puas menikmati Si Raja Durian. Masa sampai ke kampung hari tu dah ada selonggok kat dapur. Dua hari kemudian datang lagi selonggok. Lusa pula tiba lagi selonggok. Wah...itulah kemewahan rezeki. Kebetulan juga mak muda saya punyai kebun durian.

Memandangkan ada durian yang kurang sedap rasanya dan masih separuh masak, aku pun terfikir untuk masak bubur kacang durian. Erm...sedap juga tu. Masak punya masak tak habis pula kami makan. Jadi...aku terfikir untuk proses ia.
So korang tau aku buat pe?

BUBUR KACANG + DURIAN = AISKRIM BUBUR KACANG DURIAN.

Ada yang tak tau nak masak bubur kacang durian ni ke? Hah..aku kongsikan di sini.

BAHAN-BAHANNYA

2 cawan kacang hijau, cuci dan rendam beberapa jam supaya lebih cepat empuk
1/2 ketul gula melaka, hiris kecil
1/2 cawan gula pasir atau terpulang ikut manis tekak masing2
1 helai daun pandan disimpul
2 cawan air
8 ulas durian
Sedubit garam
1 liter santan
Air jika perlu ditambah

CARA MEMBUATNYA

Rebus kacang hijau hingga kembang,
kemudian masukkan air gula, daun pandan dan durian, masak hingga mendidih.

Tambah santan dan secubit garam. Rasa dan jika kurang manis, tambah sedikit lagi gula.Masak sekejap dan jika pekat tambah air sedikit lagi. Rasa dan jika ok, boleh matikan api. Hidangkan sejuk atau panas.

Hah..akhirnya tercapai matlamat aku untuk buat aiskrim tersebut. Hanya masukkan ke dalam plastik aiskrim. Sebelum tu sempat juga aku makan dengan roti. Ermmmm...sedap!  InsyaAllah aku akan upload gambar aiskrim tu. Tunggu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan