Jiwang Corner :)

Sabtu, 22 Disember 2012

Belilah, belilah!

Petang tadi cuaca mendung. Aku menonton tv sementara menunggu Mr Rocker call aku untuk ambil si Comel. Yeah...tak sabar nak tengok si Comel!

Tiba-tiba...

"Assalammualaikum....assalamualaikum..." Eh, ada orang datang! Kenapa takda bunyi kenderaan? Hairan juga nih, bisik hati aku. Aku pun menjawab salam tersebut. Tapi aku tidak munculkan diri ke muka pintu walaupun dekat. Aku minta abah yang ada di tepi aku untuk menjenguknya.

" Pakcik, sy jual barang. Nak beli?" kata perempuan itu. Aku melihat muka abah. Abah kata kat perempuan itu, " tak pa lah..." Perempuan itu tidak berganjak. Malah dia berkata, " belilah...belilah..." Aku naik musykil.

Abah terus berkata, " tak apa lah...jangan marah eh." Aku pun bingkas bangun. Sementara menuju ke pintu perempuan itu berkata, " Saya Siti lah pakcik." Hehehe....kawan aku rupanya. Walaupun dia ada datang ke rumah aku beberapa kali, abah masih tidak cam wajahnya. Ketawa besar aku dibuatnya.

Aku pun segera jemput sahabat itu masuk. Berbual2 seketika. Rupanya dia dari rumah saudaranya yang tidak jauh dari rumah aku. Sementara dia nak pulang ke JB dia singgah ke rumah abah. Lawak sungguh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan