Jiwang Corner :)

Jumaat, 14 Disember 2012

Ziarah ke Kubur Arwah Mak

Pagi Jumaat ini agak redup. Ini memudahkan aku untuk ziarah ke kubur mak. Seperti biasa aku akan memetik bunga yang ada dikeliling rumah. Bunga-bunga tersebut secara faktanya ditanam oleh arwah mak. Waktu2 cuti seperti ini aku akan memantau dan membajanya.

Kali ini 4 pokok orkid mak berbunga. Aku cuba petik untuk di bawa ke kubur mak. Bunga lain yang ada termasuklah bunga kenanga, melur, siantan, bunga kertas dan sedikit bunga sunday monday.

Suasana yang tenang di kawasan perkuburan membuat hatiku sayu. Aku sedekahkan al-Fatihah buat semua ahli kubur lantas melangkahkan kaki ke pusara mak. Aku sedekahkan Yaasin panjatkan doa agar roh mak tenang dan sentiasa mendapat rahmat dariNya. Begitulah aktiviti aku jika pulang ke kampung. Pasti aku curi masa untuk ziarah pusara mak.

Rindu pada arwah mak memang tidak terhingga. Hampir dua tahun aku tidak lagi melihat wajah mak apatah lagi memeluk mak. Namun, hingga kini airmata ini akan mengalir setiap kali aku sedekahkan al-Fatihah selepas selesai solat. Pengorbanan mak tidak terhingga. Seorang wanita tabah dan tidak pernah putus asa lalui kesusahan dlm hidup. Apa yang pasti arwah inginkan anak2nya berjaya.

Coretan tentang arwah mak nyata membuat airmata ini tumpah. Tidak mampu untuk dibendung lagi. Aku memang rapat dengan mak. Setiap hari aku pasti berhubung melalui telefon dengannya. Setiap kali cuti pula aku pasti akan bawanya bersiar2. Tapi kini semuanya tinggal kenangan. Aku hilang tempat mengadu apatah lagi untuk bermanja. Hanya Allah yang tahu apa yang aku rasakan kini...

Ya, Allah!  Cucurilah rahmat ke atas roh arwah mak, Salamah binti Baba. Lapang luaskanlah kuburnya, kurangkan hisabMu atas kejahilannya semasa di hayatnya. Janganlah Kau seksa mak atas dosa2 aku. Ya, Allah! ampuni dosa2 mak. Sesungguhnya Kau mengetahui setiap penderitaan yang mak lalui sepanjang hidupnya. Allahu Akbar!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan