Jiwang Corner :)

Jumaat, 7 Disember 2012

Kota Bahru aku datang ( part 3 )

30/11 - Hampir 12 jam perjalanan kami pun sampai. Di masjid tempat kami solat Subuh tadilah aku bersihkan apa yang patut pada wajah terutamanya. So sampai di KB ni takdalah comot sangat. Hehe....

"Tubik,tubik!" Kedengaran suara pemandu bas sambil memandang ke arah kami. Tinggal lebih kurang 8 orang sahaja lagi. Penumpang yg lain telah pun turun sblm tiba di stesen bas. Kami kekeliruan seketika. " Kenapa pakcik pemandu ni suruh turun? Mana bus stand? " bisik hati aku.

" Kami nak turun di stesen bas," kata salah seorang drp kami. "Sinilah stesen bah," kata pemandu itu. " Tak nampak bas stand pun?" tanya rakan aku lagi. " Nuh, sano tuh," kata pemandu bas itu sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah stesen bas.

Kami pun turun. Pemandu teksi sudah sedia di muka pintu bas. Mereka mencari rezeki seawal pagi. " Nok g mano?" tanya seorang pakcik. "Dakpo pakcik. Ada saing jemput", balas aku. Hampir sejam menunggu sahabat aku pun sampai.
Kami terus ke Khalifa Inn di Wakaf Che Yeh untuk check in. Rasa puas hati sebab biliknya luas dan harganya sangat berpatutan.

Selepas rehat beberapa jam kami ke stesen bas semula. Kami menjemput seorang lagi rakan yg sampai dari Kuala Terengganu. So muatan MyVi rakan aku bagaikan ikan sardin. Kini kami sudah berenam! Harap2 abang polis tak muncul. Hikhikhik...

Selepas itu kami ke KB Mall untuk membeli cenderahati kepada pengantin. Apa yang kelakarnya kami dibenarkan untuk membungkus sendiri hadiah tersebut di kaunter perkhidmatan pelanggan. Wakaka....

Aktiviti malam : ronda Wakaf Che Yeh till 11.30 mlm. Utk mlm ni aku dapat beli baju kelawar dan sehelai tudung sahaja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan