Jiwang Corner :)

Jumaat, 7 Disember 2012

Kota Bahru aku datang ( part 4 )

1/12 - Pagi ni kami turun untuk sarapan pagi. Seperti biasa menu pagi kat sini adalah makanan berat. Jarang pula aku lihat ada menu mee gerong ke roti canai ke apatah lagi lontong atau soto. Hahaha...terlebih sudah. Ingat KB sama dengan JB ke?

So menu pilihan aku adalah nasi dagang kerana semalam aku telah menikmati nasi kerabu.
Berlaukkan daging goreng dan ayam goreng aku cuba bersyukur dengan menu yang ada. Namun selera aku terhenti di pertengahan. Daging tu manis...tekak aku mula rasa satu macam! Akhirnya makanan tersebut tidak dapat dihabiskan. Huhuhu....

Lepas makan kami pulang ke bilik semula. Kami terpaksa mengemas barang2 kami. Kami kena check out!  Bilik itu telah ditempah oleh pelanggan lain. Huahuaaaa....

Bermulalah episod berjalan kaki untuk check in ke hotel yang berhampiran. Mujurlah banyak hotel di situ. Akhirnya kami mendapatkan bilik di Hotel Sri Seroja. Argh....dapat bilik aras bawah merangkap bawah tangga! Macam dok bawah kolong gitu.

Bila orang naik tangga memang kami jadi mangsa pencemaran bunyi. Tok, tok,tok! Tak selesanya aku. Tambah pula katil aku memang betul2 bawah tangga tu. Bilik yang sempit dengan katil 2 queen dan 1 single membuatkan kami tambah sesak untuk bernafas. Nak solat pun terpaksa ikut giliran.

Bilik mandi belum cerita lagi. Punyalah sempit. Kalau body slim macam kitaorang memang takda masalah. Tapo kalau saiz XL dan ke atas memang masalah lah. TV pula jadi sekadar perhiasan. Apa siaran pun tak dapat. Kat pintu masuk hotel siap berlabel ada Astro dan Wifi. Mujurlah ada wifi.Bila report kat receptionist tentang tv tu dia kata dia pun tak tahu. Tunggu technicion datang katanya.

Memandangkan tiada hotel lain pada waktu itu, maka kami terpaksa layan. Huhuhu...nasib badan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan