Hari demi hari meninggalkan kita. Semalam telah menggenapkan bilangan hari dalam tahun 2012. Kini 2012 telah meninggalkan kita. Muncul pula 2013 membawa harapan baru.
Aku harap tahun ini akan membawa rezeki dan tuah yang lebih baik untuk aku, keluarga mahupun rakan2ku. Meskipun azam, keinginan, dan kehendak tahun lalu masih belum tercapai, namun semuanya tidak boleh menjadikan kita berputus asa.
Hidup perlu diteruskan. Azam demi azam perlu direalisasikan bagi mencapai kehendak dan keperluan semasa. Namun janganlah sekadar mengejar dunia kerana akhirat menunggu di depan sana. Pepatah Dato Hj Fadzilah Kamsah, jika kita kejar akhirat insyaAllah dunia akan mengejar kita.
Azam aku tahun ni ada 5. Hah, leh ke nak kongsi kat sini? Takyahlah kan...malu :)
So apa azam korang tahun nih?
# Renungan bersama...
Melalui kepayahan,
kutemui kemudahan,
Melalui kesusahan,
Kutemui kesenangan,
Melalui keresahan,
Kutemui ketenangan,
Melalui kepahitan,
Kutemui kemanisan,
Melalui kesakitan,
Kutemui kesembuhan..
Melalui ujiab daripadaMU TUHAN,
Kutemui dan kukenali KESABARAN....
Alhamdulillah...♥♥♥
Tiada ulasan:
Catat Ulasan