Kira2 jam 3 petang aku bergerak ke rumah baharuku. Sebenarnya aku ada appointment dengan pembuat grill rumah aku. Aduh...susah betul nak berurusan dengan pembuat grill ini. Semalam aku cuba hubungi taukehnya tapi susah betul untuk dia terima panggilan.
Biarpun Cina pembuat grill telah datang mengambil ukuran tingkap dan pintu rumahku, hatiku masih tidak puas. Perkhidmatannya tidak memuaskan. Banyak betul panggilan telefon yang terpaksa diterima olehnya. Lama pulak tu dia bercakap ditelefon. Letih aku tunggu! Huhuhu....
Setelah siap membuat ukuran, aku minta dia membuat kiraan kos sebenar grill rumah aku. Aku hanya memilih pintu utama yang diperbuat daripada wrough ion manakala yang lain hanya besi biasa. Itu pun kosnya dah mencecah RM4k.
Apa yang merisaukan aku adalah tempoh dia nak datang pasang grill itu. Aku minta dia pasang sebelum Mac sebab aku bercadang nak pindah dalam bulan itu. Namun jawapannya seakan menidakkan cadangan aku kerana mereka akan bercuti sempena Tahun Baru Cina.
# Mood : sangat risau!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan