Jiwang Corner :)

Rabu, 30 Januari 2013

Saring Kelas Tahun 4

Aku terus meluahkan segala bagai yang ada dalam kerja-kerja aku dalam coretan aku di sini. Masih algi berfokus tugas-tugas semasa pendidik. Kadang-kadang aku rasa bengang juga jika orang di luar sana yang tidak tahu tugas sebenar seorang pendidik. 

Kini aku berasa masih mengantuk berikutan tidur hampir jam 2.30 pagi malam tadi. Kemudian, jam 6 pagi aku dah kena bangun untuk bersiap ke sekolah. Letihnya mata dan otak aku yang ada masanya aku terpaksa gunakannya ke tahap maksimum. Inilah tugas seorang guru. Bila kita mengeluh orang akan kata kita tidak ikhlas bekerja. Namun, hanya Allah yang tahu. 


Hasil kerja aku malam tadi dibawa ke perhimpunan pagi tadi. Sebagai tugas penyelaras aliran tahun 4, aku cuba edarkan senarai nama murid yang telah disaring mengikut kelayakan selepas ujian diagnostik. Maka bermulalah detik bagi murid-murid yang terlibat itu belajar di dalam kelas yang baharu dan berjumpa dengan rakan-rakan yang baru.

Kelihatan ada yang suka, ada yang berduka dan ada yang cool as blue. Apa yang berlaku sedikit pun mereka tak kisah. Bahkan mungkin dalam hati mereka berkata, " ada aku kesah ? " Hehehe...
Bila bermulanya guru kelas menerima murid baharu di dalam kelas, maka kerja guru kelas semakin bertambah. Kerja-kerja bagaikan beratur menunggu giliran untuk disiapkan. Antaranya rekod kehadiran, kenaikan kelas selepas saring dalam data APDM, data SMM, borang G pinjaman buku teks, rekod TOV dan ETR murid, cetak keputusan ujian diagnostik murid dan bla...bla...bla...Sabar ekk...

Ya, Allah permudahkan urusan kerja aku. Sihatkan tubuh badanku agar aku dapat diselesaikan setiap kerja yang menanti dengan mudah. Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan