Petang ni jiran rumah baharuku telefon minta aku temaninya berjumpa dengan kontraktor ubah suai rumah. So, kami bergerak kira-kira jam 3 petang. Aku sempat masuk ke rumah baharuku untuk melihat jika ada perubahan baharu.
Nampaknya rangka kabinet batu aku telah siap. Barang-barang pekerja juga telah diambil. So, hanya kena tunggu pintunya dipasang, begitu juga dengan kabinet atas.
Selepas membuat urusan dengan kontraktor tersebut kami menuju ke kedai lampu dan kipas. Aku telah bersetuju memilih lampu-lampu dan kipas di kedai yang terletak di Bandar Seri Alam itu. Pilih punya pilih hari telah menjelang ke senja. Begitu cepat masa berlalu.
Setelah dijumlahkan kos perbelanjaan aku, pemilik kedai itu mengeluarkan invoice kepada ku. Hah, banyak juga pulus yang kena keluar. Kos kipas, lampu dan upah pemasangan mencecah RM2500. Grrr...apapun, alah membeli menang memakai. So, semua peralatan tersebut hanya akan dipasang setelah adanya bekalan elektrik di rumah baru aku. Untuk itu aku hanya membayar RM200 sebagai deposit kepada taukeh Hup Seng Lighting & Electrical Supplier itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan