Jiwang Corner :)

Memaparkan catatan dengan label aktiviti pengajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti pengajaran. Papar semua catatan

Khamis, 13 Mac 2014

SISC+ dan Aku

Semalam jurulatih SISC+ berkunjung ke sekolah aku. Jurulatih SISC+ ini merupakan perjawatan baharu di PPD. Aku mulanya tak faham juga tapi bila sudah diterangkan, barulah aku faham objektif mereka.


So, jurulatih yang datang ke sekolah aku berfokus kepada subjek BM dan Matematik. Kenapa dia nak datang ke sekolah aku bukan sekolah hebat yang lain? Rupanya tugas mereka adalah membantu guru dalam meningkatkan prestasi akademik. Maklumlah impak peratus daerah dalam UPSR nanti sedikit sebanyak akan mempengaruhi kedudukan daerah mengikut negeri. Bilangan calon seramai  293 orang sangat mencemaskan. GPS perlu ditingkatkan. InsyaAllah aku cuba yang terbaik lantas merelakan diri menjadi mentee mereka.


So kat bawah ni aku kongsikan serba sedikit maklumat tentang SISC+  ( School Improvment Specialist Coaches  bukan Suka Intip Salah Cikgu, yea )

 Apa itu SISC+? School Improvment Specialist Coaches +

Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang telah dilantik sebagai Pegawai SISC+ ini akan mendapat latihan berterusan dalam memantapkan lagi ilmu pedagogi dan kurikulum. Mereka ini ditugaskan memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah (khususnya sekolah berprestasi rendah) iaitu dalam band 6 dan 7.

Apa perbezaan SISC dan SISC+?

Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.


Bagaimana SISC+ dapat menjadi agen mengupaya JPN dan PPD?

Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat. Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS, KSSR dan sebagai penghubung terus pihak Kementerian dengan sekolah.


Jumaat, 22 Jun 2012

Seminar " Speed Maths "

Selesai aktiviti hari terbuka tengah hari tadi, aku ditugaskan pula memantau peserta program Speed Maths. Program ini bukanlah anjuran panitia Matematik namun dianjurkan oleh pihak luar dengan kebenaran Guru Besar.

Kira-kira jam 2.00 petang aku telah sampai ke sekolah semula. Penceramah telah pun sampai. Aku cadangkan seminar ini diadakan di perpustakaan sekolah. Peserta yang mendaftar dengan aku kira-kira 100 orang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6 dengan bayaran sebanyak RM20 seorang. 


Walaupun seminar ini melibatkan subjek Matematik, namun aku agak terkilan kerana hanya aku seorang yang menghadirkan diri. Ada rakan yang terpaksa ke PPD atas urusan rasmi dan tidak dapat hadir bersama. Namun, rakan yang lain hanya menghilangkan diri atau tiada arahan atau tidak tahu atau buat-buat tidak tahu? Aku sendiri tidak pasti. Apa yang aku rasakan waktu itu hanya kasihankan murid-murid aku.


Namun, aku sedikit bangga di sini kerana sedikit sebanyak aku telah mendapat ilmu mengira dengan cepat dalam topik pendaraban dua digit. 

Wonder pet, wonder pet...InsyaAllah aku cuba kongsikan teknik spedd maths ni pada episod akan datang...

Isnin, 23 April 2012

Rombongan Ilmu

Hari ini aku ditugaskan sebagai pengiring murid ke program Panitia Matematik Daerah Zon Johor Jaya. Program ini sebenarnya berfokuskan kepada calon2 UPSR tahun ini. 



Seramai 40 orang murid GALUS dan 40 orang murid nearmiss cemerlang mengikuti program ini. Ia di adakan di dua sekolah yang berbeza iaitu di SK Tmn Mohor Jaya 1 dan SK Tmn Johor Jaya 5. 

Teknik menjawab soalan telah didedahkan kepada calon2 dari 4 buah sekolah ini oleh guru-guru matematik di sekolah berkenaan. Apa yang aku harapkan peluang ini dapat membuka minda murid-murid aku untuk menjawab soalan dengan lebih serius.

Jumaat, 24 Februari 2012

Ganti Kelas Akhir Punya Cerita

Hari ini terpanggil untuk aku menulis tentang aktiviti aku semasa mengganti kelas seorang guru yang bertugas di luar. Ini first time aku masuk ke kelas akhir dalam aliran tahun 4 bagi tahun ini.

Sampai sahaja ke kelas mereka memang sedang keriangan dengan aktiviti mereka sendiri. Maklumlah tiada guru di dalam kelas. Aku masuk, mereka pun terus terdiam sebab aku tak mengajar mereka sebelum ini. aku memberi salam dan merenung muka mereka satu seorang demi seorang. Ada yang layu, ada yang comot, berbau, namun tetap ada beberapa murid yang kekal bersih walaupun pada hari akhir minggu persekolahan. 

Aku beri arahan supaya mereka mengeluarkan buku Matematik. Aku cuba lihat buku latihan mereka untuk memastikan topik yang perlu aku ajarkan. Maklumlah aku telah ajarkan topik 'Fractions' pada murid dalam kelas pertama.


So, aku ambil keputusan untuk ajarkan topik tambah. Aku soal seorang demi seorang penambahan dalam lingkungan 10 diikuti dengan 20. Aku pun soal, " 5+4 = ?" Mulalah mereka keluarkan jari jemari mereka. Suka pulak aku tengok. Hehehe... 

Aku beri mereka latihan dalam lingkungan 1000 sebanyak 6 soalan. Namun aku cuba perhatikan murid di depan aku. Dia duduk diam sambil menggigit pensil tanpa mengeluarkan bukunya. Aku cuba tegur. Kawannya pula sibuk keluarkan bukunya dari dalam begnya.

Budak itu seakan tidak ada perasaan. Aku cuba tegur dan mula naik marah sampai tercakap padanya, " Saya geram je tengok awak. Rasa macam nak makan-makan jerk." Namun tiada kesan. Dia hanya mengambil sehelai kertas dan membuat garisan. Sehinggalah aku keluar, dia tidak buat langsung soalan yang aku berikan sedangkan rakan lain dah siap aku tanda. 

Seorang rakannya berkata, " Cikgu, dia memang pemalas. Cikgu BM selalu marah dia. Kalau kacau orang dia memang terror tp buat keje tak nak !" Hahahaha....Ada pulak reporter dalam kelas. 

Kesimpulannya, aku memang tabik pada guru yang mengajar kelas-kelas belakang ini. Aku pernah melaluinya dan skekarang pun sedang melaluinya. Tambahan pula kelas UPSR. Sifat kesabaran itu perlu diletakkan pada tahap teratas. 

Bukan senang nak ubah seseorang tapi yang penting kena ubah diri sendiri dulu...

Rabu, 14 September 2011

Catur Bistari

Hari ini hari kedua calon-calon SKTM menjawab soalan Matematik kertas 1 UPSR. Bagi mereka yang telah cukup bersedia, maka tersenyumlah mereka saat keluar dari bilik peperiksaan. Kedengaran ada yang mengeluh susah dan ada juga yang tersenyum mengatakan soalan yang telah dijawab tadi senang.Bagi saya, apa yang telah diusahakan pasti akan mencapai hasilnya. InsyaAllah...Itulah harapan dan doa daripada setiap guru. 

Bagi murid-murid tahun 4, saya mengambil kesempatan ini untuk mendedahkan kepada mereka tentang permainan Catur Bistari ( memandangkan pengajaran ditangguhkan memandangkan suara murid-murid sedikit sebayak boleh mengganggu suasana peperiksaan UPSR yang sedang dijalankan.

Bagi yang masih belum terdedah dengan permainan Catur Bistari ini, saya cuba kongsikannya di sini. Saya pernah sertai permainan ini semasa saya menyertai program Didik Bistari anjuran Johor Corperation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada tahun 2006 dan 2007 dahulu. Sekarang program ini diteruskan di peringkat sekolah namun dikendalikan oleh guru penasihat yang lain.
Monopoly, Checkers dan Scrabble memang popular sejak dulu sebagai permainan menguji minda dan kemahiran berstrategi yang boleh disertai semua dan 'board games' ini boleh melibatkan sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur.
Menggunakan konsep dan pendekatan serupa, "Catur Bistari" mahu dikenali seperti itu, dengan menyediakan pelbagai jenis dan tahap kesukaran permainan, daripada yang paling asas untuk kanak-kanak hinggalah yang lebih kompleks.

Johor Corporation membangun dan memperkenal permainan Catur Bistari ini yang bukan sekadar permainan yang menyeronokkan, tetapi mempunyai matlamat sampingan bernilai tinggi.Istilah "catur" digunakan untuk memberi maksud ciri peraturan atau penyusunan strategi dalam perniagaan. Petak dan perjalanan permainan umpama "monopoli", memerlukan bilangan peserta empat hingga enam orang.

Istilah juruwang, jurubank, kad fitrah, pelaburan, bisnes amal, barakah, wang tunai dan gaji adalah ciri-ciri utama di dalam permainan perniagaan ini yang sesuai untuk seisi keluarga.Rangkaian restoran perkhidmatan makanan segera KFC Holdings (Malaysia) Bhd membantu mempromosi dan menjual set Catur Bistari ini dan mempopularkannya dengan menganjurkan Cabaran Catur Bistari. Cabaran Catur Bistari KFC ini akan dijadikan acara tahunan.

Catur Bistari diperkenal dan dikaryakan bukan sahaja untuk menanam minat menjadikan bisnes sebagai kerjaya pilihan, lebih penting lagi ia membentuk ciri-ciri kecemerlangan usahawan berdasarkan nilai-nilai Islam.

Catur Bistari juga menyedarkan betapa pentingnya mendapatkan hikmah bisnes untuk berjaya selain mendedahkan hubung kait bisnes dengan beramal jariah.Catur Bistari juga dicipta dengan hasrat mendidik bakal usahawan memikirkan tindakan secara jangka panjang dan mengambil tindakan strategik.

Johor Corporation mengambil masa setahun untuk membangunkan Catur Bistari dengan menghimpunkan semua pengalaman sebenar perniagaan Johor Corporation dan syarikat di bawahnya.

Johor Corp juga sedang mengusahakan versi junior untuk Catur Bistari yang dijangka siap menjelang akhir tahun selain mengkaji prospek untuk mengalih bahasa Catur Bistari kepada Bahasa Inggeris dan Arab untuk pasaran antarabangsa. Set Catur Bistari boleh dibeli dengan harga RM89.90 satu set di semua Restoran KFC seluruh negara.
sumber : http://kpdnkk.bernama.com

Selasa, 13 September 2011

Projek Kayu KH Tahun 4 : Bekas Alat Tulis

Alhamdulillah, projek kayu untuk anak-anak didik tahun 4 Arif  telah berjaya disiapkan awal bulan Mac lalu. Namun, hari ini saya baru berkesempatan untuk berkongsi dengan rakan-rakan apa yang telah mereka hasilkan.
Projek kayu ini dijalankan secara individu. Namun, apa yang mereka hasilkan ini merupakan tugasan  yang agak mudah .Ini disebabkan mereka hanya memasang bahagian-bahagian tertentu sahaja untuk membentuk sebuah bekas alat tulis.

Maka di sini mereka tidak berpeluang menggunakan gergaji untuk memotong kayu. Selain itu, mereka juga tidak berpeluang untuk mengetuk paku untuk mencantum setiap bahagian kayu. Mungkin kemahiran menggergaji dan menukul paku tersebut akan saya terapkan kepada mereka semasa tahun 6 nanti. InsyaAllah...


Apa yang mereka hasilkan sehingga peringkat terakhir amat membanggakan saya. Pelbagai jenis bentuk bekas alat tulis yang saya bekalkan dan inilah hasilnya... 
Syabas 4 Arif...



Saya akan cuba kongsikan aktiviti atau kerja projek KH yang lain jika ada masa terluang. InsyaAllah...

Ahad, 21 Ogos 2011

Projek Lego Suka2

Dalam kesibukan harian sempat saya jalankan satu aktiviti dalam Topik Bentuk dan Ruang tahun 4 Arif. Sebelum ini, saya telah dedahkan kepada mereka tentang bentuk 3D. Pada waktu itu, setiap kumpulan berjaya membina bentuk kubus dan kuboid menggunakan manila kad yang disediakan.

Dalam pada itu, murid2 juga berjaya membina replika-replika daripada bahan terbuang berunsurkan bentuk2 3D yang telah mereka pelajari seperti kubus, kuboid, dan silinder.



Ekoran daripada topik ini, saya jalankan juga aktiviti mencipta replika robot atau sebagainya menggunakan lego. Apa agaknya hasil kreativiti mereka yea? Mari kita lihat hasil kerja murid-murid saya.












Khamis, 26 Mei 2011

Kegunaan & Kebaikan Peta Minda

Peta minda merupakan suatu pembinaan yang dibuat di atas sehelai kertas, idea penting diletakkan di tengah- sebagai pusat utama dan idea lain yang berkaitan dikembangkan di luar idea utama dengan menggunakan pusat kecil, garisan, bongkah geometri, warna dan sebagainya



  • Peta minda dibentuk berdasarkan otak manusia memproses maklumat. 
  • Penyelidikan menunjukkan bahawa otak manusia memproses dan merakamkan maklumat berbeza dengan komputar 
  • Otak manusia memproses maklumat dengan cara linear, membuat pengelolaan yang menyeluruh, menghubungkait, membanding, menganalisis dan sebagainya 
  • Dalam peta minda, maklumat penting adalah disusun dengan cara keseluruhan supaya menghasilkan struktur pola yang kreatif 
  • Ia selaras dengan cara otak memproses dan merakamkan maklumat 
  • Penyelidikan-Otak menggunakan pengelolaan keseluruhan untuk menghubungkaitkan idea penting 
  • Maklumat yang disusun mengikut struktur organik otak adalah lebih mudah dirakamkan dalam ingatan jangka panjang daripada maklumat yang disusun secara linear Cara linear 
Kegunaan Peta minda
  • Menyampaikan persembahan 
  • Mengambil nota semasa ceramah, kuliah 
  • Daya ingatan meningkat 50% 
  • Membuat perancangan-dalam pembelajaran, pengajaran, membaca buku , kuliah, mesyuarat dll 
Kebaikan Peta Minda
  • Boleh menggabungkan fungsi otak kiri dengan bahagian otak kanan 
  • Tingkatkan daya ingatan 
  • Idea lebih fleksibel, kreatif dan menarik, idea mudah dikembangkan
  • Hubungan idea dalam peta minda mudah dikenalpasti kerana dilengkapkan dengan simbol, rajah, bongkah dan warna menarik
  • Penyelidikan- Semua idea atau maklumat yang telah dialami adalah dirakamkan dalam ingatan, peta minda sebagai kunci membuka pintu ingatan 
  • Boleh meningkatkan daya pemerhatian dan pemusatan fikiran-semua anggota bersedia dan terlibat 
  • Sangat penting semasa membuat ulangkaji pelajaran atau bahan bacaan- ia ringkas, memberi makna yang nyata dan tersirat



Selasa, 24 Mei 2011

Alat Berfikir

Keberkesanan sesuatu pengajaran banyak bergantung kepada bagaimana guru merancang sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya murid akan seronok untuk mengikuti P&P jika pembelajaran itu menarik dan bermakna bagi mereka. 


" Adakah kita berjaya membuatkan murid kita seronok belajar dengan kita ? "

Oleh itu, pengajaran guru terutamanya dalam perancangan perlulah memberi fokus kepada bagaimana murid boleh melibatkan secara aktif dalam P&P yang akan dilaksanakan. Penglibatan aktif yang dimaksudkan bukanlah hanya berfokus kepada aktiviti manipulatif atau fizikal seperti melaksanakan eksperimen, tetapi juga penglibatan mental mereka.



Sebagai seorang guru, kita biasanya cenderung untuk mengguna dan menerapkan pemikiran konvergen yang menjurus kepada cara pemikiran yang tersusun rapi ke arah mencapai satu jawapan sahaja. Pemikiran konvergen memang penting. Namun, guru juga perlu mengguna dan menerapkan pemikiran divergen yang yang memerlukan individu melihat, menilai dan meneniliti aspek secara terbuka sebelum membuat keputusan. 

Pendekatan seperi ini perlu diterapkan dalam P&P kerana dalam kehidupan harian, sesuatu perkara atau masalah tidak hanya boleh diselesaikan dengan satu cara sahaja. Dalam kebanyakan keadaan, pelbagai jalan penyelesaian atau jawapan boleh dikemukakan dan digunakan.

Bagi membantu memudahkan pendekatan P&P berfikir ini, ramai ahli fikir yang telah memperkenalkan pelbagai alat yang sesuai digunakan dalam bilik darjah. Diantara alat-alat berfikir yang biasa digunakan ialah :
  • CoRT ( Cognitive Research trust )
  • soalan dan penyoalan
  • peta minda
  • pengurusan grafik
  • 6 Topi Berfikir
Kajian-kajian menunjukkan bahawa alat-alat ini mengukuhkan cara pemikiran sambil merangsangkan pembelajaran yang bermakna. Ia membantu murid dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Huraian lebih lanjut tentang alat berfikir ini akan saya catat pada tulisan akan datang. InsyaAllah :)