Jiwang Corner :)

Khamis, 13 Mac 2014

SISC+ dan Aku

Semalam jurulatih SISC+ berkunjung ke sekolah aku. Jurulatih SISC+ ini merupakan perjawatan baharu di PPD. Aku mulanya tak faham juga tapi bila sudah diterangkan, barulah aku faham objektif mereka.


So, jurulatih yang datang ke sekolah aku berfokus kepada subjek BM dan Matematik. Kenapa dia nak datang ke sekolah aku bukan sekolah hebat yang lain? Rupanya tugas mereka adalah membantu guru dalam meningkatkan prestasi akademik. Maklumlah impak peratus daerah dalam UPSR nanti sedikit sebanyak akan mempengaruhi kedudukan daerah mengikut negeri. Bilangan calon seramai  293 orang sangat mencemaskan. GPS perlu ditingkatkan. InsyaAllah aku cuba yang terbaik lantas merelakan diri menjadi mentee mereka.


So kat bawah ni aku kongsikan serba sedikit maklumat tentang SISC+  ( School Improvment Specialist Coaches  bukan Suka Intip Salah Cikgu, yea )

 Apa itu SISC+? School Improvment Specialist Coaches +

Program SISC ataupun dikenali sebagai Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (School Improvement Specialist Coaches) telah dimulakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak awal tahun 2011 di bawah inisiatif sub NKRA GTP 1.0. Guru-guru yang telah dilantik sebagai Pegawai SISC+ ini akan mendapat latihan berterusan dalam memantapkan lagi ilmu pedagogi dan kurikulum. Mereka ini ditugaskan memantau dan membimbing guru-guru di sekolah-sekolah (khususnya sekolah berprestasi rendah) iaitu dalam band 6 dan 7.

Apa perbezaan SISC dan SISC+?

Rentetan daripada kejayaan program SISC di bawah GTP 1.0, kelangsungan bidang keberhasilan utama NKRA diteruskan di bawah GTP 2.0 dan jawatan SISC+ diperkenalkan secara sepenuh masa dan bertugas di Pejabat Pelajaran Daerah, dengan 2 negeri rintis telah pun berjalan sepenuhnya di Kedah dan Sabah pada tahun 2013. Menjelang 2014, program ini akan dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara.


Bagaimana SISC+ dapat menjadi agen mengupaya JPN dan PPD?

Kewujudan jawatan ini juga adalah di bawah anjakan ke 6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN dan PPD. Guru-guru yang terpilih akan ditempatkan sepenuh masa di PPD, tetapi tidak akan terlibat langsung dengan pengurusan PPD. SISC+ ini akan memantau sekolah di bawah jagaan nya 4 hari untuk seminggu. Manakala 1 hari lagi diperuntukkan untuk berada di pejabat, membuat laporan dan juga bermesyuarat. Buat sementara waktu ini, SISC+ ini hanya dibuka untuk 3 subjek teras sahaja, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Bidang tugas mereka adalah untuk membimbing guru dalam aspek pedagogi, PBS, KSSR dan sebagai penghubung terus pihak Kementerian dengan sekolah.


2 ulasan:

  1. Tahniah cikgu.
    Moga terus maju dan tingkatkn usaha dgn bilangan calon yg begitu ramai.
    Syabas.

    BalasPadam
  2. mengapa tiada sisc bagi mp sains

    BalasPadam