Ini aku kongsikan pula teks pengerusi majlis untuk perhimpunan bulanan kami yang akan di adakan pada hari Rabu 19 Mac 2014 nanti. Jika rakan-rakan guru ada yang lebih baik untuk dikongsikan, boleh lah kongsi sama :)
Perhatian...
1) Diminta semua guru mengambil
tempat masing-masing.
2) Semua murid diminta bersedia
kerana perhimpunan akan dijalankan sebentar lagi
Komendan bagi arahan sedia
kepada semua murid
Baris, baris sedia
Baris, senang diri,
Baris, rehatkan diri,
Baris, ke kanan lurus
Pandang..depan
3) Yang berusaha, Tn Syed
Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek, Pn Rosni binti Gani, PK
Pentadbiran, Pn Soh Rosie, PK Hal Ehwal Murid, Pn Hjh Rokiah binti Md Isa, PK
Kokurikulum, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalammualaikum dan selamat
sejahtera.
4) Bersyukur kita kehadrat Ilahi
kerana masih dapat bertemu pada pagi ini. Walaupun negara dalam keadaan
kesulitan dengan fenomena kemarau, jerebu dan kehilangan MH370, kita masih mampu
berdiri di sini dengan aman. Mudah-mudahan setiap apa yang kita usahakan
dipermudahkan oleh Allah.
5) Bagi memberkati majlis
perhimpunan kita pada pagi ini, dijemput
Ammar Ridhauddin untuk
membacakan doa. Dipersilakan.
6) Seterusnya majlis diteruskan
dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah Ke Puncak Jaya. Semua
hadirin diminta berdiri tegak dan tangan di sisi.
LAGU BANGSA JOHOR
LAGU SEKOLAH
7)
Majlis
diteruskan dengan bacaar ikrar pelajar. Dijemput Siti Hazwany binti Zaini untuk mengetuai bacaan ikrar.
RUKUN
NEGARA
IKRAR PANDU PUTERI TUNAS
Kem Kom beri arahan kepada semua
– baris, senang..... diri
Semua
kumpulan bunga naik atas pentas
Komander
bagi arahan
Baris, baris sedia
Baris, senang diri,
Baris, rehatkan diri,
Baris, ke kanan lurus
Pandang..depan
Dari...kanan, nombor
Hentak kaki dengan nombor,
dari kiri hentak...
Nyanyi Lagu Dunia
Setiap kumpulan nyanyikan
lagu kumpulan masing-masing dalam bulatan
kecil.
Memperkenalkan diri, kami
kumpulan .......................
-kesidang
-melur
-cempaka
-teratai
-siantan
-kenanga
Nyanyi lagu
Di Sini Suka Di sana Suka
Ini Tari Pandu
8) Terima kasih atas persembahan
daripada kumpulan uniform Pandu Puteri Tunas sebentar tadi. Diharap semua
hadirin terhibur.
9) Majlis diteruskan dengan
menjemput ketua guru yang bertugas pada minggu lepas untuk membuat laporan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu .........................
10) Majlis mengucapkan terima
kasih kepada Cikgu .................................. atas laporan itu tadi.
Semoga setiap teguran dan kata nasihat yang disampaikan tadi memberi kesan
kepada kita semua.
11) Seterusnya dijemput Yang
Berusaha / Yang Dihormati
....................................................... Guru Besar / Penolong
Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.
12) Terima kasih, tuan/puan atas
ucapan sebentar tadi. Diharap setiap kata dalam ucapan tadi memberi pengajaran
yang manfaat buat kita semua.
13) Sebelum bersurai, diminta
semua hadirin berdiri tegak dan bersedia untuk sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku.
14) Akhir sekali, dijemput
......................................................... untuk mengetuai
bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.
15) Puan Rozita berkebaya merah,
Lenggang lenggok meniti titi,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.
16) Sekian, wabilah hi taufik wal
hidayah, wassalammualaikum warah matullahi wabarakatuh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan