Jiwang Corner :)

Memaparkan catatan dengan label aktiviti koko. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti koko. Papar semua catatan

Sabtu, 20 April 2013

Sukantara 2013

Hari ini sukantara dijalanlan diperingkat sekolah. Semua murod dari tahun 3 hingga tahun 6 diwajibkan menyertai acara yang dipertandingkan iaitu lumba lari 100m dan lompat jauh.
Tahun ini rumah sukan aku dah bertukar. Jika sebelum ini aku mewakili guru penasihat rumah Jengking tapi kini aku mewakili rumah Tebuan.

Jumaat, 19 April 2013

Mari Beli : Jambu Batu, Air 100+ dan Roti

Malam ini aku usahakan memotong 30 biji jambu batu yang akan diniagakan pada esok hari. Ini bukan bisnes aku tapi bisnes kelab Didik Bistari. Sebagai salah seorang guru pembimbing, aktiviti jualan ini merupakan antara aktiviti yang perlu diusahakan.


Selari dengan objektif kelab, murid2 ini memang dibimbing untuk menjadi seorang usahawan. So mereka memang dah biasa dengan aktiviti jual beli malahan tertunggu2 untuk mereka bertugas.

Pagi ini, ahli Kelab Didik Bistari terutamanya tahun 5 diamanahkan untuk berniaga. Pengurusannya nampak cekap biarpun ramai murid yang menyerang meja jualan kami. Maklumlah lepas acara larian dan lompat jauh,  murid2 nescaya akan haus.


Menu jualan kami hari ini adalah roti pizza, roti kacang merah, roti sosej, roti serunding, jambu batu potong dan air 100+. Alhamdulillah lebih kurang setengah jam jualan kami dah habis. Semua 102 bungkus jambu, 170 bungkus roti dan 96 tin air 100+ telah licin di meja jualan. Alhamdulillah syukur Allah permudahkan urusan kami.



Rabu, 17 April 2013

Hari Bistari : SKTM muncul Naib Johan Anugerah Kecemerlangan DB Negeri Johor

Pagi ini aku dan dua orang sahabat bersedia menjadi guru pengiring peserta Didik Bistari lagi. Hari ini merupakan hari kemuncak bagi program Didik Bistari, Tunas Bistari dan Siswa Bistari anjuran Johor Corporation dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor.

Semalam pihak penganjur telah berpesan kepada kami agar membawa semua sepuluh pemain Cilik Bistari. Hah, bukan je 10 orang malah kami tambah lagi 2 orang peserta menjadikan 12 orang kesemuanya. Alhamdulillah, moga 2 orang pelapis ini akan cuba mengutip pengalaman sebaik mungkin semasa dalam majlis nanti.

Kira2 jam 9.15 pagi kami pun sampai ke Persada Johor. Selepas pendaftaran setiap guru diberi cenderamata berbentuk beg, sebotol mandian secret garden dan vaucer KFC PIZZA bernilai RM5. Alhamdulillah rezeki di pagi hari. Kemudian kami dihidangkan dengan Bihun Singapura, sandwich, kuih muih dan air kopi. Aku? Tak kan nak tengok jerk. Pinggan ada, sudu garfu ada, cawan pun ada, maka cedok  makan je lah. Hikhikhik....


Selesai makan, kami masuk ke Dewan Tanjung Puteri untuk sama2 meraikan majlis perasmian bersama Ketua Eksekutif Johor Corporation dan Pengarah Pelajaran Negeri Johor bersama ahli2 korporat yang lain. Wah, rasa macam enggang dengan pipit jerk!

Apa yang aku nak kongsikan adalah kegembiraan pada hari ini. Tanpa disangka, rezeki kami datang tanpa diduga. Jika semalam kami kecewa dan bersedih tapi hari ini Allah anugerahkan kejayaan yang lebih besar kepada kami. Syukur sangat2 atas apa yang kami capai. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, yang penting kita kena bersabar.
Hadiah disampaikan semula pada perhimpunan sekolah

SKTM NAIB JOHAN KESELERUHAN DIDIK BISTARI PERINGKAT NEGERI JOHOR 2012? Kenapa? Tak percaya? Itulah anugerah atas penah lelah kami selama ini. Peserta 10 orang itu dianugerahkan jam tangan BUM setiap seorang, pingat dan baucer KFC PIZZA bernilai RM 200. Terharu dalam gembira mengiringi aku semasa bersama2 peserta tampil naik ke atas pentas bagi menerima anugerah dan sijil. Atas tugas yang lebih penting, wakil pentadbir SKTM tidak dapat hadir untuk bersama2 meraikan kejayaan kami.


Nampaknya selepas ini, perjuangan Didik Bistari SKTM perlu terus diperluaskan. InsyaAllah atas berkat usaha bersama semua perkara yang dirancang akan dipermudahkan olehNya. Amin...


Nak kabor nih! Ada yang nak join ke? Iskh...malu le sikit. Nak kabor mende nih! Hahahaha....gimiklah pulak. Actually baucer KFC PIZZA kami semakin bertambah. Johan Daerah RM 150, tempat ketiga negeri RM 80 dan Naib Johan keseluruhan RM200. So jumlah keseluruhan : RM 430.



# Mood : Jom, MAKAN BESARRR!



Cabaran Catur Cilik Bistari : Gosip Musykil Terlampau

"Cikgu, cikgu jadi banker di kumpulan SKPZ tadi kan?" tanya aku kepada guru lelaki itu. " Ya, cikgu," jawabnya ringkas sambil tersenyum. Mungkin dia dah tahu apa yang aku nak tanya padanya. " Maaflah, saya cuma nak tanya skit. Macamana budak2 tu main sampai leh dapat RM 3.3b ek? Macam pelik jerk. Peserta johan sekolah menengah yang main Catur Bistari itu pun baru kutip RM 336 juta. Hiskh....musykil nih!

" Saya tengok diorang main macam biasa jerk. Ikut flow yang betul. Tp tak tau le bila jumlahkan leh dapat jumlah sebanyak tu," kata guru lelaki itu lagi. Sebenarnya hanya 6 buah sekolah sahaja mendapat banker dalam kalangan guru. Ini disebabkan bilangan pelajar STF yang sepatutnya menjadi banker kontrak tidak mencukupi. " Murid diorang tak habis pun beli aset daripada kad Pilihan Bistari. Seingat saya, aset diorang ada RM 300 ribu sahaja. Tapi seorang daripada pesertanya dapat mengumpul hampir 2 bilion, " tambahnya lagi.

Tiga dari kiri : Guru yang menjadi banker SKPZ

" Aik? Saya memang musykil la. Tak puas hati sebab peserta sekolah saya disingkirkan. Samalah macam sekolah cikgu, kan? " Aku cuba meluahkan rasa kecewa. Rakan2 yang lain turut bercerita dan bertanya dan bercakap dan dan dan.... perkara yang sama. Datang pula guru yang menjadi banker Team B SKTM.  Dia menggamatkan lagi suasana di situ. Walaupun peserta sekolah dia tidak beroleh kemenangan, namun dia berpihak kepada kami kerana musykil dengan jumlah aset SKPZ.


Sebelum itu kami ada meluah rasa tidak puas hati itu kepada pihak penganjur namun dia tidak berpihak kepada mana2 kerana dia terpaksa akur dengan pihak juri. Apakan daya, kami dah tak upaya, tak mampu nak buat apa2,  selain berserah pada yang Esa walaupun telah berusaha. 

Bercakap punya bercakap akhirnya guru lelaki yang menjadi banker SKPZ itu dipersalahkan. Dalam gurauan, banker itu diperli habis2an. Kahkahkahkah......suasana menjadi riuh dengan gelak tawa hingga masuk ke dalam lif. Tempat makan pun masih bicara gelak bersama mereka. Secara tak langsung kami jadi berbaik pula.


Lastly kami rasa happy sikit lepas bergelak ketawa. Kuranglah sikit rasa bengkek kecewa bengang pada awal tadi. Kakak banker itu nak hubungi pihak penganjur kemudian hari untuk meluah dan mencadang bagi perjalanan program akan datang. Ini bertujuan agar kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi kerana ia melibatkan pertandingan peringkat negeri.


Kami pulang kira2 jam 5.45 petang setelah aku dan sahabat menghantar semua peserta sampai ke rumah masing2. Aku sampai di rumah kira2 jam 6.20 petang. Cuaca yang panas menyebabkan rasa keletihan menguasai diri. Namun aku perlu ke sekolah semula pada jam 7.30 malam kerana kelas tuisyen Matematik tahun 6 akan bermula pada jam 8.00 malam.


# Mood : Berkorban apa sahaja untuk anak bangsa :)

Cabaran Catur Cilik Bistari : Team B SKTM mara tempat ke-3 peringkat negeri Johor

Perasaan bengkek bin bengang masih menghantui. Kepala mula nak berdenyut. Muka peserta team A diperhati satu persatu memikirkan bagaimana perasaan mereka setelah tahu tentang penyingkiran itu nanti. Ketua Team A dipanggil lalu perkara yang sebenar diperjelaskan. Dia agak panik namun masih dapat mengawal perasaan.

Dia memberitahu rakan2 lain dalam pasukannya. Mereka nampak sedih sambil memerhatikan aku dan sahabat. Aku memang turut simpati dengan nasib mereka. Disebalik itu aku positifkan minda bahawa ketentuan itu Allah SWT dah tulis. Mungkin rezeki mereka tidak dicatatkan di situ. Allahu Akbar!

Dalam pada itu pengacara majlis memulakan tugasnya. Kami memang tidak dapat fokus apa yang disampaikan olehnya. Selepas ucapan perasmian oleh Ketua Eksekutif Johor Corporation acara penyampaian hadiah diteruskan. Pengacara mengumumkan nama2 sekolah yang menjadi pemenang cabaran Cilik Bistari. Kami telah sangkal Team B SKTM memang akan ada dalam senarai pengacara.

Alhamdulillah nama SKTM Team B disebut lantang oleh Mr MC. Pemain Team B, aku dan sahabat tampil ke atas pentas bagi menerima hadiah. Actually cikgunya jadi pengiring je pun.Hahahahaha....So pemenang menerima medal, baucer KFC PIZZA sebanyak RM80 dan sijil penghargaan.

Semasa turun dari pentas, ramai rakan2 guru yang mengucapkan tahniah. Ada juga yang berkata, " Lepas ni SKTM naik pentas lagi. " Ceh, ayat itu buat kami terbakar semula kerana mereka tidak tahu yang Team A kami telah disingkirkan. Aku hanya tersenyum pahit biarpun ada kemenangan di situ.

Persoalannya di sini,  bagaimana sekolah yang menjadi Johan Cilik Bistari itu mampu membuat kutipan aset dan wang tunai sejumlah RM 3.3 bilion? Jauh sangat bezanya dengan peserta daripada kumpulan sebagaimana catatan aku :

Johan : SKPZ daerah Muar ( RM 3.3 b )
Naib Johan : SK Convent Muar ( RM 59 juta )
Ketiga : SK Taman Molek, daerah Pasir Gudang ( RM 41 juta )
Keempat : SK Sg Tiram, daerah Pasir Gudang ( RM 34 juta )
Kelima : SK Kg Sawah Pekan Nenas daerah Pontian ( RM 31 juta )

# Mood : Musykil Terlampau!

Selasa, 16 April 2013

Cabaran Catur Cilik Bistari : Hampa + Kecewa

Selesai tunaikan solat Zohor, kami ke ruang pertandingan semula. Hati mula berdebar- debar menantikan keputusan. Adakah SKTM layak bergelar Johan atau Naib Johan atau tempat ke-3 atau tempat ke-4 atau ke-5? Sangat mencemaskan!

Tidak lama kami duduk tiba-tiba urusetia memanggil nama SKTM dan SKS untuk tampil menemui urusetia. Encik A berkata, " Boleh kita berjumpa di tempat yang agak tersorok sikit?" Kami berenam masih terpinga2 sambil memerhatikan borang jumlah aset pemain di tangannya. Tanpa berlengah kami pun bergerak ke bahagian penjuru tepi pentas.

" Cikgu, sekolah cikgu merupakan top 5 yang dapat mengumpul aset tertinggi tapi....tapi cikgu......pihak kami terpaksa membatalkan penyertaan daripada kumpulan cikgu." " Saya tau cikgu mungkin dah dapat meneka sekolah cikgu akan menang. Begitu juga harapan murid2 cikgu yang menjangkakan mereka akan menang," sambungnya lagi.


Aku mula berkerut. Terkejut pun ada. Sahabat aku yang merupakan orang kuat pasukan kami mula berubah muka. " Tapi kenapa??? " Encik A cuba menerangkan, " Jumlah aset dalam permainan catur ini sepatutnya tidak melebihi RM 1.7 juta. Sekarang ni, jumlah aset sekolah cikgu mencatatkan nilai lebih daripada itu. SKS pun saya terpaksa batalkan atas sebab yang sama."

Aku terus terdiam. Hampa kecewa dan tak terkata kerana kumpulan itu adalah harapan kami. Cikgu2 dari SKS turut terpinga2 namun nampak redha dengan keputusan juri. Sahabat saya terus mencelah, " Mana boleh buat macam ini? Tadi saya turut membantu banker mengira semua jumlah aset dan wang tunai daripada kumpulan saya. Saya rasa tidak ada masalah. Semuanya dicatat oleh banker. Kalau perkara begini berlaku, ia telah menjatuhkan semangat anak murid saya. "

Encik A terus menegakkan keputusannya lalu menunjukkan borang tersebut. " Murid cikgu telah menurunkan tandatangan pengesahan di dalam borang ini. Jadi pihak juri telah mengambil keputusan untuk membatalkan penyertaan kumpulan cikgu. Aku terkedu lalu terpacul dari mulut aku, " So, it means disqualified? " " Yes, disqualified, tambah Encik A. Sahabat aku nampak kecewa dan marah lalu menyambung kata2, " Encik tidak boleh buat macam ni. Banker tadi pun tak tahu dan tak pernah main catur Cilik Bistari ni. Tengok pun tak pernah. Macamana dia boleh jadi banker? Tadi saya ada tanya pada dia sendiri, " tambahnya lagi.


Encik A menjawab, " Saya dah cuba cari dan hubungi banker itu tadi tapi tak dapat. Jadi kami dah buat keputusan dan nak buat cikgu maklumlah. Takut cikgu terkejut dan tertunggu2 kenapa sekolah cikgu tidak diumum menang nanti walaupun jumlahnya tinggi. InsyaAllah perkara macamni tidak berulang pada masa akan datang. Kami akan cuba perbaiki kelemahan."

Akhirnya kami terpaksa akur dengan keputusan juri biarpun rasa tidak puas hati menguasai dalam diri. Kami berlalu dan duduk di tempat kami semula dengan rasa kecewa, marah, bengkek dan segala bagai perasaan negatif yang lain.


Bersambung....

Cabaran Catur dan Cilik Bistari Peringkat Negeri Johor

Hari ini hari yang penuh mendebarkan. Pagi tadi aku dan 2 rakan lain berkumpul di kantin sekolah untuk mengiringi 10 orang peserta pertandingan Cilik Bistari peringkat negeri Johor bagi sesi 2012. Untuk pengetahuan, 10 orang murid ini bertanding mewakili daerah Pasir Gudang yang mana mereka telah menjadi Johan dan tempat ketiga dalam daerah pada akhir tahun 2012 yang lalu.

Pemanduan berjalan dengan lancar. Kami sampai di Galeria atau lebih dikenali dengan kompleks Kotaraya JB pada jam 9.10 pagi. Pendaftaran dibuatkan di ruang legar pintu masuk kompleks. Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki masuk ke kompleks ini. Nampaknya kompleks Galeria ini masih belum siap diubahsuai sepenuhnya.

Selesai taklimat oleh pihak JCorp, banker yang terdiri daripada pelajar Sekolah Tun Fatimah mengambil tempat masing2. Rasa lega juga sebab aku terselamat daripada menjadi banker. Lagipun matlamat aku nak tengok dan sokong murid2 aku bermain disamping meninjau corak permainan pasukan lain.


Perlawanan dimulakan pada jam 11.30 pagi dan dijadualkan berakhir pada jam 1.30 petang. Aku berdiri memberi sokongan di meja pasukan SKTM B sementara seorang rakan lagi di meja SKTM A. Perjalanan permainan berjalan lancar. Aku cuba memberi isyarat muka kepada peserta aku jika perlu berbuat sesuatu. Banker yang ditugaskan di kumpulan SKTM B ini merupakan guru pengiring dari SK Kota Jaya. Nampaknya dia ada banyak pengalaman bermain dan agak tegas.

Aku rasa lega bila pasukan aku merupakan antara enam peserta yang awal naik ke laluan Jihad Bisnes dan seterusnya ke laluan. ......Aku cuba jalan meninjau ke meja2 kumpulan lain untuk melihat perkembangan pergerakan permainan mereka. Rasa macam ada keyakinan sebab corak permainan peserta yang lain agak perlahan. Ermmmm....perasanlah plak.


Permainan ditamatkan tepat pada jam 1.30 petang. SKTM A berjaya mengumpul aset dan wang ringgit berjumlah RM 69 juta sementara SKTM B mengumpul RM 41 juta. Aku harap dan yakin bahawa kedua2 pasukan SKTM yang mewakili daerah Pasir Gudang ini akan memperoleh nombor lima teratas dari hampir 30 kumpulan.


Kami berhenti rehat untuk makan nasi ayam KFC yang diedarkan sekotak seorang. Selepas itu kami diberi masa untuk menunaikan solat Zohor.

Mood : Tak sabar nak dengar pengacara umumkan pemenang.


Bersambung...

Sabtu, 6 April 2013

Cilik Bistari : SKTM mara ke peringkat negeri

Pagi ini aku dan 2 rakan mengiring 10 orang peserta yang akan bertanding dalam Cabaran Cilik Bistari ke peringkat daerah Pasir Gudang. Pertandingan diadakan di SMK Agama Johor Bahru. Kira-kira 20 kumpulan peserta daripada sekolah-sekolah dalam daerah Pasir Gudang menyertai pertandingan ini. Ada yang menghantar murid-murid tahun 4, 5 mahupun 6.


Sebelum pertandingan dijalankan, pihak JCorp mengadakan kursus simulasi dan asas keusahawanan kepada semua peserta termasuk guru. Setiap murid dibekalkan fail dan tag peserta. Alhamdulillah semua peserta dari SKTM nampak tenang biarpun baru kembali darip
ada perkhemahan unit unifrom di Kluang semalam.

Perlawanan dijalankan mengikut kumpulan masing-masing. Team A dan Team B SKTM bermain dengan lancar. Maklumlah mereka memang sudah ada pengalaman bermain berbanding ada sesetengah peserta yang memang tidak biasa bermain. Aku ditugaskan menjadi banker SKTPP B manakala rakan aku di SKST. Guru dari SKST telah menjadi banker Team A SKTM manakala guru dari SKTPP telah menjadi banker Team B SKTM.

Permainan dijadualkan berlangsung selama sejam setengah. Semua pemain bermain dengan baik. Selesai pertandingan, kami diberi makan dan ruang masa untuk solat Zohor. Selesai itu kami kembali ke dewan SMKAJB untuk mengetahui keputusan Cabaran Cilik Bistari dan Catur Bistari disamping mengikuti kursus yang berkaitan dengan keusahawanan. 

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah sampai kira2 jam 3.00 petang bagi merasmikan majlis disamping menyampaikan hadiah kepada pemenang. Perasaan semakin berdebar-debar kerana terlalu percaya yang peserta SKTM akan mendapat tempat. Ternyata apa yang telah dijangka Team A SKTM telah diumum menjadi Johan Cilik Bistari peringkat daerah Pasir Gudang manakala Team B hanya mendapat saguhati. Peserta Johan menerima sijil dan baucer KFC Pizza bernilai RM150.00 Alhamdulillah...

Keputusan :

Johan : SK Taman Molek ( RM18juta+ )
Naib Johan : SK Tmn Pasir Putih ( RM16juta+ )
Ketiga : SK Kota Masai ( RM1juta+ )


Rabu, 3 April 2013

Selamat Tinggal Warga Molek

Pagi yang cerah memudahkan perjalanan kami. Sebanyak 5 buah bas persiaran dijadikan pengangkutan kami ke Kluang. Aku mengetuai bas ketiga mengiringi 38 orang murid. Aku sorang je beb. Cikgu2 yang lain ada yang membawa kenderaan sendiri.

Pemandu bas yang nampak muda belia lagi itu menggerakkan bas kami pada jam 8.45pagi. Hopefully pemanduannya berhemah apatah lagi membawa kanak2 nih. Masing2 excited nak berkhemah. Bising yang amat!  Lelaki dan perempuan sama becok.  Aku? Biasalah layan perasaan sendiri. Yang penting aku happy juga bila sesekali dapat keluar dari sekolah. Takdelah nak mengadap papan tulis, pegang marker, pen merah pen hitam setiap hari. Hikhikhik...

Lastly aku harap kami semua dapat sampai ke tapak perkhemahan dengan selamat. Semoga setiap apa yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

Penangan Perkhemahan

Hari ini aku terpaksa bangun awal pagi iaitu pada jam 4.30 pagi. Rasanya aku hanya sempat tidi selama 4 jam sahaja. Korang tau kenapa? Inilah gara-gara penangan perkhemahan unit uniform SKTM.

Kenapa perlu bangun awal? Apa kena mengena? Huh...mestilah kena mengena sebab aku tak siap packing barang lagi! Malam tadi selepas pulang dari mengajar kelas tuisyen di sekolah, aku terus buka laptop. Tapi kenapa? Itulah tugas ketua aliran. Aku terpaksa siapkan jadual guru ganti untuk PdP mulai hari ini, esok dan lusa. Maklumlah ramai guru yang keluar ( guru 20+ orang dan murid -+ 200 orang ). Mereka yang tinggal di sekolah perlu menjalankan PdP seperti biasa.

Aku siap packing barang kira2 jam 6.00 pagi. Mata mula mengantuk. Jika aku rebahkan badan pasti mata pun pejam. Oh, tidakkkk! Bangun, chaiyok2x!

Selasa, 19 Mac 2013

Mesyuarat Geng Teasure Hunt

Sebelum pulang ke rumah tadi geng treasure hunt bermesyuarat seketika. Kami bincangkan aktiviti yang sesuai kepada murid2 semasa perkhemahan koko di Kluang nanti.

Antara dapatan aktiviti pada 8 check point yang kami dapat bincangkan adalah :

1) mencari telur sebagai barang amanah - disembunyikan di bawah kon2 tertentu. Telur tersebut perlu dibawa sepanjang aktiviti.

2) mendapatkan dan mengumpulkan potongan kertas yang sama warna - ditabur mengikut pelbagai warna

3) mengumpul daun kering untuk dijadikan aksesori.

4) membuat sambungan tali terpanjang

5) menyanyikan lagu mengikut huruf vokal iaitu aeiou. Contohnya pilih satu vokal sahaja. Jika o maka perkataan cinta akan jadi cinto.

6) membuat asas simpulan seperti buka sila atau simpul manuk.

7) menamakan 5 jenis pokok yang ada di kawasan tersebut.

8) semua ahli kumpulan perlu nengikat kaki mereka antara satu sama lain menggunakan tali untuk menuju ke garisan penamat.

# moga apa yang dirancang dipermudahkan. Aku pilih untuk jadi check point ditugasan nombor 5. Tak sabar nak dengar mereka nyanyi. Yeahaaaa....