Jiwang Corner :)

Memaparkan catatan dengan label aktiviti sendiri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti sendiri. Papar semua catatan

Sabtu, 31 Disember 2011

Walimatul Urus Seorang Sahabat

Sampai di Wakaf Bharu, saya dan rakan tinggal di sebuah rumah tamu milik seorang rakan. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Kebetulan rumahnya itu memang dekat sangat dengan Stesen KTM wakaf Bharu itu.

Selepas merehatkan diri beberapa jam, kami bertolak ke majlis persandingan sahabat pula di Machang. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam suku dari rumah. Sampai di sana, kelihatan ada juga 3 orang sahabat yang telah mendahului kami.

Selepas jumpa dengan sahabat dan ibu bapanya, kami pun terus makan. Almaklumlah, perut pun memang sedang berkeroncong. Hehehehe...memang tak senonohnya orang Johor ni. Hishk...senonoh lah. Sopan lagi tau ! 

Gulai kawah kambing segar

Jantung pisang masak pe ek ? Saya makan jerk...

Jamuan yang diberi, memang berbeza dengan jamuan yang diberi oleh orang Johor. Tapi saya tiada masalah. Asalkan namanya makanan ( yang halal ok...) saya makan jerk kecuali ada beberapa jenis lah yang saya tak boleh makan atas sebab-sebab tertentu. Menu kali ini adalah nasi putih, kambing gulai kawah, jantung pisang, serawa keledek, dan acar timun nenas. Sedap kambing tu... Memang kegemaran hamba apatah lagi kambing segar. Erm...yum,yum...( makan sampai kenyang nampaknya )

Sebelum pengantin lelaki sampai

Kira-kira jam 3.00 petang pengantin lelaki pun sampai. Mereka dijamu terlebih dahulu. Biasalah, adegan makan bersuap oleh pasangan pengantin dah jadi adat. Saya tumpang gembira...semoga jodoh mereka berkekalan dan bahagia hingga ke akhir hayat. InsyaAllah, amin...


Selepas siap makan, mereka naik ke atas pelamin lantas imam membacakan doa. Sesi bergambar terus berlangsung sementara kami mula bersiap untuk pulang semula ke Wakaf Bharu. Perancangan kami untuk aktiviti seterusnya ialah membeli belah ( lebih indah lagi jika saya gunakan istilah pergi menipiskan duit di dompet ) di Pasar Malam Wakaf Che Yeh yang dibuka hingga ke pagi.


Main Masak-masak dan Berkebun

Hari ini saya tinggalkan dulu isu-isu semasa dalam dunia pendidikan terutamanya SPBA. Saya nak kongsikan pula cerita santai bersama aktiviti saya semasa cuti akhir tahun persekolahan. Di kampung aktiviti saya tidak lain tidak bukan adalah memasak dan berkebun.

Seperti yang saya angankan, saya telah berjaya menanam semula pokok-pokok bunga arwah mak saya. Banyak yang telah mati disebabkan tidak ada siapa yang sempat untuk menjaganya. Kesian pokok-pokok itu. Dahulu, arwah mak memang suka menanam pokok-pokok bunga di sekitar rumah. Sayalah yang selalu membantunya.

Kali ini, cuti yang agak panjang saya manfaatkan sepenuhnya. Selain hari-hari kena jadi chef ( tapi memang tak layak masuk program MasterChef Malaysia pun ), saya usahakan membeli tanah, arang dan batu untuk tanam semula orkid arwah mak. 

 Antara menu yang saya masakkan untuk abah. Hehehe...laris nampaknya :)

Resepinya mudah je. Ni saya sertakan bahan-bahannya :

6 ekor ketam - dibelah dan dibersihkan
3 cwn santan 
2 biji bawang besar *
3 biji bawang merah *
2 inci kunyit hidup *
2 batang serai - diketuk
2 helai daun kunyit
Segenggam cili padi - jika suka pedas boleh ambil bergenggam2x
Garam
Asam keping
sedikit perasa


Dibantu oleh Mak Su yang kebetulan tidak ada kerja, pasu-pasu bunga di tepi-tepi rumah saya angkat dan kumpulkan di satu tempat. Saya punggah dan tanam semula. Alhamdulillah, siap juga projek saya. Walaupun badan terasa sakit-sakit akibat aktiviti menyangkul dan mengangkat pasu, namun saya gagahkan juga. Kalau tidak, tak jadi lah projek tanaman saya nih :)

 Walaupun tak seberapa apa yang saya hasilkan, mudah-mudahan pokok-pokok itu dapat mendoakan kesejahteraan saya kerana telah memberi nafas baru kepadanya :)


Khamis, 15 Disember 2011

Abah Dilanggar !

Alhamdulillah kita dapat bertemu semula di alam maya ini. Terima kasih atas kunjungan korang menerusi blog aku yang tidak seberapa ini. Hari ini aku terpanggil untuk mencoret kisah yang berlaku tengah hari tadi. 

Selesai masak kira-kira jam 11.55 pagi, hatiku mula rasa gelisah. Tidak tahu apa yang aku fikirkan. Tidak lama kemudian, jam dinding menyanyi-nyanyi menunjukkan jam 12.00 tengah hari. 

Sambil mengelap kabinet dan dapur, tiba-tiba kendengaran, “ Dum !!! ” Saya tersentak seketika. Dalam hati berkata, “ Siapa pula yang berlanggar di depan rumah ini ? ”. Mata meliar melihat jarum jam memandangkan abah masih tidak sampai rumah lagi. Biasanya abah dah sampai untuk pulang makan di rumah. 

sumber gambar ihsan Pak Google

Saya keluar ke muka pintu rumah. Mak cik di sebelah turut keluar. Kelihatan beberapa orang ada di jalan depan rumah. Jiran-jiran yang lain mula menuju ke tempat kejadian. Anak-anak saudara pula sibuk mahu ke sana juga. 

Hatiku berdebar-debar. Namun, masih berasa di garaj rumah. Mata masih tidak dapat mengesan siapa yang dilanggar dan siapa yang melanggar. Di hadapan rumah ada pokok bunga kertas yang agak besar melindungi jalan. Jadi, terlindunglah pandangan saya. 

Tiba-tiba kakak sepupu yang merupakan jiran depan rumah melambai-lambaikan tangannya lalu berkata, “ Sini, sini, abah kena langgar !” “ MasyaAllah, abah rupanya !”. Sepantas kilat saya mencapai tudung dan segera ke jalan. 

Kelihatan abah sudah bangun. Rupa-rupanya seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal telah melanggar abah semasa abah nak belok masuk ke jalan rumah. Abah beritahu dia memang menunggang dengan laju. Berdekatan dengan rumah aku pula ada selekoh. Mungkin abah tak perasan tetiba mamat tu dah muncul dan tak sempat brek. 

Argh…geramnya aku. Kawan-kawannya ada memberhentikan motosikalnya di situ. Namun, remaja lelaki itu telah pun beredar semasa aku berjalan menuju ke tempat kejadian. Tak sempat aku sekolahkan dia. 

Mujurlah abah tidak luka teruk. Tapi kasihan abah. Jatuh dari motor pastinya ada bahagian tubuhnya yang sakit. Namun, abah tidak mahu tunjukkan pada aku. Dipendekkan cerita, abah pun memimpin motorsikal hadiah daripada aku 7 tahun yang lalu itu. Kelihatan lampu hadapan tercabut, pedalnya bengkok, ekzosnya kemek dan rim belakang agak mereng. Huhuhu… 

Kira-kira sejam selepas kejadian, remaja itu dating bersama rakannya dalam hujan. Dia risaukan abah. Sebelum itu, abang aku sempat sekolahkan dia. Dia kelihatan pucat. Lastly, abah redha dengan kejadian dan meninggalkan beberapa pesanan pada mamat itu. Nak minta ganti rugi sekalipun, dia masih bersekolah. Erm…tak berbaloi. ( Kalau nak merempit, g la ke litar lumba. Baru best !!! )

Selasa, 1 November 2011

Coklat & Langkawi

Ekoran cerita pasal stress semalam, seorang rakan baru pulang dari Langkawi membawa ole-ole coklat untuk saya. Siap dengan bungkusan lagi. Alhamdulillah....rezeki. Maklumlah dapat coklat free !!! Orang kata, makan coklat ni boleh hilangkan stress ! Betul ke ?

Coklat Kisses Badam. Yum, yum, yum, sedappp....

Cerita-cerita tentang coklat Langkawi ni, teringat pula akan penerbangan ke Langkawi beberapa tahun yang lalu. Itu adalah kali pertama saya jejakkan kaki ke pulau itu. Saya sampai dengan 1 beg tapi balik dengan 3 beg ! Adeh...leh tahan juga bershopping. Maklumlah, ada Ismail Group, Idamansuri, dll. Nasib baiklah  ada yang simpati nak tolong angkat beg-beg saya tu. Kalau tidak, merengkek di buatnya. Maklumlah, saiz badan ni pun comel-comel je ( perasanlah pulak ).

Kunjungan kali kedua pula, saya dah faham yang tak boleh nak shopping lebih-lebih. Bukan pe, takde saper nak tolong angkat beg nanti. Nak minta tolong orang, mereka pun nak shopping juga. Lagipun rombongan Cik Kiah kali ni menaiki feri. Hajat hati nak ke sana lagi walaupun tak tahu bila masa yang sesuai. Tentu banyak perubahan yang ada di sana. 

Oklah, berbalik kepada tujuan asal entry kali ini adalah tentang : Coklat Hilangkan Stress, Betul Ke ?  



Sebelum ini, saya memang penggemar coklat. Bila keluar shopping, pasti beli coklat. Dapat sepapan pun jadilah...macam ketagih gitu :) So, untuk mendapatkan kepastian tentang coklat menggemukkan @ tidak, saya pun mulakan aktiviti menggoogle. 

Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. 

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS). 

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan. 

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan. 

Terima kasih, Pak Google. Terjawab dah pun soalan saya. Banyak rupanya keistimewaan coklat ni...Bagaimana dengan pendapat anda di luar sana ?

Ahad, 30 Oktober 2011

Akuarium Puyu Dah Bersih

Aktiviti saya sebelum pulang ke tempat bertugas tadi adalah membersihkan akuarium ikan puyu di dapur rumah. sebelum ini, akuarium ini dipenuhi oleh ikan-ikan emas. Namun, disebabkan masing-masing tidak ada kesempatan menjaga ikan-ikan tersebut, maka kesemuanya telah disemadikan...



Jadi, sekarang ini terbentuklah akuarium ikan puyu yang dipancing oleh abang saya. Apapun ada baiknya juga membela ikan puyu ini.



 Inilah akuarium yang saya bersihkan tadi. Lupa pulak nk ambil gmbr sebelum cuci td. Boleh juga saya banding sebelum dan selepas.


Orang-orang tua ada pesan memang elok untuk kita bela ikan puyu di rumah. Katanya ikan ini dapat menghalau hantu atau makhluk halus. Selain itu ikan ini dapat menghalang perbuatan pukau dan sihir yang hendak ditujukan pada penghuni dalam rumah itu. 




Terbaca pula sebuah cerita ini. Jom, kita baca...



Seorang polis yg ditugaskan setiap waktu perbicaraan dalam mahkamah jenayah di Hulu Selangor berkata:


Ada kes dimana melibatkan siri kecurian berantai di Serendah Hulu Selangor. Kes ini sangat lama dah akhirnya tertangkap dan dibicara di mahkamah Hulu Selangor. Hakim bertanya kepada pencuri warga Indon tersebut. “ Kenapa kamu masuk 3 rumah sekali gus pada satu malam ? Dan kenapa kamu tak masuk rumah yang di tengah yang lebih besar?” “Saya tidak boleh masuk Pak kerna dalamnya ada ikan puyu ( tuan rumah ada bela ikan puyu ) dan ilmu saya tidak menjadi”, jawab pemuda Indon tadi. Seluruh mahkamah riuh dengan kenyataan Pak Indon ini.

Benar atau tidak dan mungkin juga adalah kebetulan saja kisah yang diceritakan tadi. Wallahhualam tetapi yang pasti hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mampu menjadi pendinding sihir.

Walaubagaimana pun jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga.

Wallahulam...




Singgah Nurseri Bunga

Pagi-pagi lagi hajat di hati nak singgah ke nursery bunga sekitar bandar BP. Lama sungguh tidak ke sana. Kalau tidak, arwah mak rajin betul ajak saya kunjung ke sana. Arwah mak memang suka tanam pokok-pokok bunga. Mungkin saya ada sedikit pengaruhnya :)


Ini nursery yang saya pergi tu. Suka tengok pokok-pokok orkid ni...

..


Sampai rumah, terus tanam pokok. Benih kacang dan terung yang sedia ada di rumah kurang elok pula. Lastly, tanamlah pokok bawang, pokok daun sop, dan pokok kesum. Pokok limau purut, kunyit, limau kasturi memang dah hidup subur hasil tinggalan arwah mak. 


Sebenarnya kita akan rasa seronok bila lihat tanaman kita hidup subur 
tambahan pula membuahkan hasil. Selain untuk kegunaan sendiri, 
ia dapat disedekahkan pada jiran-jiran.

Bukan tak pernah tanam pokok-pokok ni tapi usianya tak panjang. Nampak gayanya hajat nak tanam pokok-pokok lain terpaksa ditunda  pada cuti sekolah akan datang. Harap-harap hajat kali ini tercapai selain kemaskini pokok-pokok bunga tinggalan arwah mak. Banyak yang dah terbiar. Huhuhu...



Rabu, 26 Oktober 2011

Di sini Ada Rawatan Tradisional Siri 2

Dah baca entry sebelum ini tentang rawatan tradisional di Kampung Permatang Duku ? Jika belum, sila klik entry tersebut dan baca yea. Jika ada pengalaman lain yang nak dikongsikan, sila tinggalkan komen anda. Terima kasih...( dah macam buat pengumuman budak hilang kat pasar raya pulak, hihihihi...)

Baiklah, saya akan teruskan dengan cerita pengalaman membawa abah membuat rawatan batu karang di Kampung Permatang Duku ni. Sampai sahaja diperkarangan rumah, Tuan Haji Ramdzan menyambut kami.
Selepas menjawab salam, dia bertanya, " pernah datang sini ?" Abah pun menjawab, " belum pernah. " "Kalau belum pernah, ada apa datang ke sini ?" soalnya pula. Saya dan abah terpinga-pinga seketika.

Gambar Pintu Gerbang Menara Kembar Petronas yang diperbuat drp botol minyak masak 5kg. Sempat juga saya rakamkan.

Kemudian, dia mempelawa masuk. Abah menyatakan tujuan sebenar. " Kalau nak keluarkan batu karang kenapa datang sini ? Pergilah hospital, " tegas Haji Ramdzan. Dalam hati saya, memang macam ni ke cara dia bercakap ? Abah terdiam. Saya menyampuk sedikit sambil melihat sekitar tempat dia duduk itu. Kelihatan pelbagai jenis ubat herba yang telah dibotolkan  dan beberapa bingkai gambar sijil-sijil kejayaan beliau.

" Saya takda buat rawatan buang batu karang. Saya hanya jual ubat herba. Orang yang bagitau itu pembohong je, " katanya lagi. Waktu itu, saya seakan hampir melangkah pulang. Huhuhu...

Dipendekkan cerita...

Melihatkan abah terdiam dan hanya tersenyum, beliau pun membelah sebiji limau nipis. Kemudian dia menyelak belakang baju abah di bahagian pinggang. Dia pun menyapu limau tersebut sambil bercerita pengalamannya bersama orang-orang yg datang berubat dengannya. Rupanya-rupanya atuk ni sangat peramah orangnya. 

Selepas menyapu sekitar pinggang abah, atuk itu pun berkata, " sakit awak ni dah lama." Abah pun menjawab, " Ya, tapi sebelum ini ada yang dah keluar juga. Saya ambil ubat-ubat daripada produk kesihatan lain." Haji Ramdzan yang membahasakan dirinya sebagai atuk kepada saya kemudiannya mengambil sebiji telur.

Telur itu digolek-golekkan pada kedua-dua bahagian pinggan abah. Tidak lama kemudian, beliau pun memecahkan telur itu ke dalam pinggan. " Nah, cuba rasa dengan tangan kat telur yang dah dipecahkan ni. Ada tak batu tu ? "  katanya. Abah pun merasa-rasa dengan jarinya pada isi telur yg telah dipecahkan dalam pinggan itu. Kelihatan sebahagian isi telur tadi 1/4 masak. 

Saya hampir muntah di situ. Maklumlah, saya memang agak elergik dengan bau telur. Tiba-tiba, jari abah tersentuh batu di dalam pinggan itu. Ada 2 biji batu yg ukurannya kira-kira 0.5 cm ! Saya pun terkejut. Atuk itu berkata, " Hah, itulah batu karangnya. Dah keluar dah pun. " 

Sambil itu atuk membuka buka pendaftaran pesakit yang pernah sampai ke rumahnya. Dia menyuruh saya meneliti alamat-alamat pesakit tersebut. Tidak dapat dinafikan ada yang datang dari jauh iaitu dari utara tanah air, termasuklah Sabah, Sarawak, Brunei, dan Indonesia. Menurutnya lagi buku log itu adalah buku yang ke-4. Nampaknya atuk ini memang insan hebat yg dipilih oleh Allah untuk membantu orang lain.

Alhamdulillah, batu karang abah dah keluar. Abah turut rasa pelik dan membelek-belek batu itu. Selepas membuat sumbangan, abah turut membeli 100 kapsul herba ginseng penawar batu karang daripada beliau dengan harga RM 2 sebiji. Banyak kapsul herba lain yang dijual olehnya sebagai penawar penyakit kencing manis, darah tinggi, tiroid, jantung, kanser, sukar mendapat zuriat dan banyak lagi. Kapsul-kapsul ini telah pun mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan ianya diproses oleh cucunya sendiri yg merupakan seorang doktor perubatan.

Namun, hingga sekarang saya masih rasa musykil akan kejadian terkeluarnya batu karang dari tubuh abah hanya menggunakan telur. Apapun, moga kelebihan yang Allah berikan pada atuk tersebut tidak disalahgunakan. Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah. Amin...

Sumber gambar : Pak Google

Sumber gambar : Pak Google. 
Yang berkopiah itulah Tuan Haji Ramdzan yg sedang merawat pesakitnya dari Brunei.

Kepada yang mengalami masalah kesihatan berkaitan, bolehlah mendapatkan rawatan daripada  beliau. Mudah-mudahan masalah kesihatan dapat diatasi. InsyaAllah...

Selasa, 25 Oktober 2011

Di sini Ada Rawatan Tradisional

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia....

Alhamdulillah kita dapat bertemu di alam maya ini lagi. Sedar tak sedar kita sudah berada di penghujung tahun 2011. Nampaknya masa memang tidak pernah menunggu kita. Terkejarkah kita akan masa-masa itu ? Mungkin tidak...

Oklah, entry saya pada kali ini adalah tentang rawatan tradisional. Semalam, saya telah membawa abah ke sebuah kampung untuk mendapatkan rawatan batu karang. Sebenarnya dah lama abah mengidap batu karang ini. Tapi, maklum sahajalah batu karang ini tidak pernah habis walaupun telah keluar sebelum ini.

Sebenarnya abah telah menerima alamat seorang pengamal rawatan tradisional ini beberapa bulan yang lalu melalui seorang rakannya. Namun, disebabkan kesuntukan masa, niat untuk ke tempat itu terpaksa tertangguh. Mungkin abah sendiri hampir lupa kerana sakit akibat batu karang itu macam chipsmore ( kejap ada kejap takda. Hehehe....)

Misi saya dan abah bermula jam 8.00 pagi. Destinasi kami ialah Kampung Permatang Duku, Benut, Pontian. Nama kampung ini mmg tidak asing bagi saya kerana ada rakan sekelas semasa di sekolah dahulu yang tinggal di situ. Tapi untuk sampai ke sana, memang belum pernah !

Dari Batu Pahat, pemanduan yang cermat dan berhemah ( puji diri sendiri nampaknya aku ni, padahal kekadang tak berhemah jugak ! ) menyusuri Pekan Senggarang dan Rengit. Kemudian, papan tanda menunjukkan arah Parit Betak terpapar. Itu menunjukkan pemanduan saya perlu diperlahankan. GPS pun berkata, " turn left". GPS guna mulut dan suara sendiri je la. Hehehe...


Pemanduan diteruskan hingga sampai ke Pekan Parit Betak. Tidak jauh dari pekan, kelihatan sebuah tugu berbentuk tangan yang sedang menadah berisi buah duku. Itulah mercu tanda Kg Permatang Duku selain Menara Kuala Lumpur yang dibina menuju pintu gerbang kampung mereka. 



Kampungnya memang cukup cantik dan indah dihiasi dengan lanskap di bahu jalan. Tak mustahillah jika kampung ini dinobatkan sebagai kampung contoh peringkat negeri sekaligus peringkat kebangsaan. Sultan Johor sendiri pernah sampai ke kampung ini. Memang penduduk kg ini membanggakan !


NAJIB  bersalam dengan  Ketua Kampung Permatang Duku, Pontian, Abd Samad Sikon (tiga dari kanan) selepas  dipilih memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010, di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Mohd Shafie  dan Ahmad.
NAJIB bersalam dengan Ketua Kampung Permatang Duku, Pontian, Abd Samad Sikon (tiga dari kanan) selepas dipilih memenangi Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2010, di Kuala Lumpur.          ( 13.10.2010 )


foto oleh Hairul Abu Bakar
Menteri Besar, Dato' Abdul Ghani Othman sedang menjirus pokok duku yang ditanam sebelum menyampaikan anugerah desa cemerlang di kampung Permatang Duku, Benut. 
( 11 Januari 2010 )

Alhamdulillah, destinasi telah sampai. Rumah yang dituju ialah rumah Tuan Haji Ramdzan Mandir. Kalau tak silap beliau ialah imam di kampung tersebut. Nak tahu trademark rumah beliau, senang jerk....Rumahnya bersebelahan surau ke-2 di kampung itu. Nak mudah lagi, di depan rumahnya terdapat gerbang Menara Berkembar Petronas. 



Bagi mereka yang berhajat ke sana, tentu mudah untuk kenalpasti rumah beliau kan ? Ini baru cerita perjalanan, belum lagi rawatannya yg pelbagai. Menurut sumber rujukan,                       ( http://www.ktaktelecentre.my ), Tuan Haji Ramdzan Mandir juga merupakan tukang urut yang popular di seluruh Malaysia antaranya Kuala Lumpur, Johor Bahru, Sabah dan Sarawak serta Brunei dan Indonesia. 


Beliau menjalankan perubatan tradisional sejak tahun 1943 dan mempelajari kaedah rawatan tradisional di Beijing, China. Beliau menjalankan rawatan bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan 2.00 petang hingga 4.00 petang. 

So, nampaknya promete habis tentang kampung ini. takda kena mengena dengan saya ek. Suka-suka jerk. Perkara yang baik mesti diketengahkan. Tak gitu ? Hehehe...

Apapun, cerita lanjut tentang tujuan utama ke kampaung ini akan bersambung pada entry akan datang. Tunggu...

Ahad, 23 Oktober 2011

Nasi Baryani Mohd Shah Batu Pahat

Hari ini bermulanya cuti sekolah sempena sambutan Deepavali. Semua rakan-rakan telah pun pulang ke kampung halaman masing-masing. Jadi, saya pun tidak ketinggalan pulang ke kampung halaman sendiri di Batu Pahat. 

Perjalanan menggunakan laluan lebuhraya hanya mengambil masa 2 jam untuk sampai ke kampung. Semasa memandu, terfikir pula menu untuk santapan tengah hari memandangkan abah yang tinggal bersendirian ( sure tak masak ). Keluarga abang yang tinggal bersama abah telah pun pulang ke kampung mertuanya.


Akhirnya menu tengah hari dapat dikenalpasti iaitu nasi baryani Mohd Shah di Medan Selera Benteng Peserai. Lokasinya mudah sahaja iaitu berhadapan dengan Hospital Putra Batu Pahat selepas jambatan Batu Pahat. Hehehe....mungkin kalian juga pernah singgah ke sana. Rata-rata yang menikmati nasi baryani tersebut tak menyesal. Lagipun mmg telah popular di segenap lapisan masyarakat. Perghh...ayat power plak aku ni. Bukan pe, tolong promote untuk orang kampung sendiri :)


Kira-kira jam 12 tengah hari, saya pun sampai ke destinasi. Kelihatan dah ramai yang duduk makan. Berselera sungguh saya tengok mereka makan ditambah pula yang melihat ini perutnya sdg berkeroncong. Dugaan... So, saya pun berbaris menunggu giliran. 


Harga  sebungkus nasi baryani berlaukkan kambing adalah RM6.00 sementara lauk ayam pula harhanya RM5.50. Berbaloi-baloi...


Apa tunggu lagi ? Yang berhajat bolehlah singgah cuba. Sure dah duduk makan nak bungkus bawa balik. Hehehe...

Isnin, 17 Oktober 2011

jom, isi kad pelaporan latihan !

kad pelaporan latihan

Cikgu-cikgu ada isi lagi tak kad ini ? Mungkin ada dalam kalangan cikgu yang dah isi kad ini. Tapi di sekolah saya masih mengamalkan merekod nama-nama kursus yang dihadiri dalam tahun semasa. Maklumlah, dalam setahun kita perlu ada 7 latihan yang perlu kita hadiri. Tak kiralah dah berapa hari cikgu pergi. So, cikgu-cikgu di luar sana, dah berapa banyak kursus yang cikgu hadir sepanjang tahun 2011 ni ? Jom kongsikan ilmu yg telah kita terima bersama-sama di sini :)

Ahad, 16 Oktober 2011

melawat sekitar rumah abah

salam sejahtera semua...

Merujuk kepada perkara di atas, saya ................... ingin melaporkan aktivti saya pada hari ini. Hehehe...macam buat surat rasmi lah pulak ek.

Oklah, saya hanya nak kongsikan tentang aktiviti saya dua hari berhujung minggu di kampung. Petang semalam, selepas cuci kereta saya sempat berjalan cuci mata melihat keliling rumah abah. Banyak lagi tanaman orkid dan pokok-pokok bunga lain yang ditinggalkan oleh arwah mak. Nampaknya masih hidup subur menunjukkan abah masih siram pokok-pokok itu setiap hari.


Kemudian, terlihat pula tanaman keladi, pisang dan buah mangga di tepi rumah. Nampaknya buah mangga yang besar tu berbunga lagi. Minta-minta adalah rezeki pada kali ini. Almaklumlah, pada musim buah yang lepas, kami hanya sempat makan sebiji sahaja. Nak tau kenapa ??? Saya sendiri tak tau ke mana buah-buah itu. Sama ada di curi oleh tupai @ monyet ataupun manusia bertopengkan monyet. Huhuhu...

 Ini pokok pisang nangka yg usia berapa hari pun xpasti

 pokok keladi

rumah abah

Pokok keladi dan pisang masih baru ditanam abah. InsyaAllah, ada rezeki bolehlah makan nanti. Inilah istimewanya bila ada kampung. Dapatlah bercucuk tanam malah berbudi pada tanah. Ternampak pula pokok delima kat tepi garaj. Banyak juga putiknya. Isi dalamnya warna merah. Rasanya manis dan buah delima ini tak bermusim kot. Bila saya pulang ke kampung, pasti ada buahnya. Jom dapatkan sedikit maklumat tentang buah delima.

buah delima 


Delima kaya dengan Sodium ,riboflavin, thiamin, niacin, vitamin c, kalsium dan fosforus. Antara khasiat delima ialah ia merupakan tonik yang sangat baik untuk jantung. Ia juga membantu mengurangkan sakit jantung. Ia merupakan antara penawar yang baik untuk membantu masalah keradangan perut.Ia membantu melegakan cirit birit dan disentri. Ia juga membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Pesakit anaemia atau kurang darah juga mendapat manafaat daripada buah delima. Delima yang dimabil bersama madu merupakan penawar homopati yang berkesan untuk menangani masalah darah gemuruh dan panik.Amalan makan buah delima juga merupakan amalan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan fungsi mata.

Saya pernah dengar juga, petua daripada org-org lama/tua.Kalau nak anak yang dikandung cantik manis sedap mata memandang, kena makan buah delima. Cara makannya pula, kena seulas-seulas. Kenalah bersabar ek sebab ulasnya kecil-kecil. Menurut petua itu juga, kita tak boleh kongsi dengan sesiapa masa makan buah itu walaupun seulas. Kepada yang mengandung, bolehlah cuba petua ni. Hehehe...


Sabtu, 15 Oktober 2011

menu sempoi-sempoi rasa...

Assalammualaikum dan selamat petang kepada semua pengunjung...

Petang ni saya nak share skit tentang aktiviti pada hari ini. Awal pagi tadi, saya sempat singgah ke kubur arwah mak. Kebiasaannya apabila pulang ke kampung pasti saya akan ke kubur arwah untuk bacakan surah Yaasin.

Kemudian, saya ke pasar borong berhampiran untuk membeli sedikit lauk dan sayur-sayuran untuk di masak sebagai juadah tengah hari. Setelah siap menyiang ikan, udang, ayam,  dan sayur-sayur tadi, maka hasillah menu sempoi-sempoi rasa saya pagi hari ni. Hehehe...menu sempoi-sempoi rasa saya hari ini : ikan gelama masak sup, sayur campur-campur, sambal udang petai, ikan goreng, dan ikan kering kapak.


Agak-agaknya korang pernah tak jumpa atau makan ikan kering kapak ? Ini bukan ikan kering cap kapak tau! Tapi ikan kapak yang telah dikeringkan menjadi ikan masin. Saya tak pasti pula kalau ikan kering kapak ini hanya ada di Johor. Hehehehe...

berhujung minggu di kampung halaman

Alhamdulillah, saya telah selamat sampai ke kampung halaman. Dapatlah berjumpa dengan abah, anak-anak buah, mahupun abang dan adik yang turut pulang ke kampung untuk berhujung minggu. Sebenarnya telah dua minggu saya tidak pulang ke kampung. Tugas mengatasi segalanya ekoran aktiviti pada hari Sabtu di sekolah.

Alhamdulillah...Abah sihat-sihat sahaja. Cuma skrg ni, saya lihat hidup abah agak sunyi sejak mak meninggalkan kami 10 bulan yang lalu. Pemergian arwah mak dalam usia 53 tahun memang tidak di duga. Namun, apakan daya saya untuk menghalang urusan Yang Maha Esa. Al Fatihah buat arwah mak iaitu Salamah binti Baba. Doa saya setiap hari agar roh arwah mak sentiasa dicucuri rahmat. Amin...

saat-saat terakhir bersama arwah emak di majlis perkahwinan sepupu saya di Singapura


Jumaat, 14 Oktober 2011

messages from Celcom, arghhhh !!!

Rakan-rakan pernah tak dapat mesej macam kat bawah ni. Huahua....inilah mesej yang pihak Celcom hantar kat saya. Dah dua kali saya terima. Apapun, sendiri mau ingat la ek        ( ditujukan kpd diriku sendiri )

Number: 25222
Content:
Friendly Reminder: Yr Broadband usage is reaching the allocated 5GB/mth. Pls purchase additional volume or reduce your usage to avoid having yr speeds managed
Time: 08/10/2011 19:16:37


Name:
Number: 25222
Content:
Dear customer, you have exceeded the 5GB/mth usage (Celcom FUP). Pls purchase additional volume or we reserve the right to control yr broadband speeds. TQ
Time: 13/10/2011 18:05:07


Khamis, 13 Oktober 2011

Kembali Pulang

Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua...

Hari ni saya nak citer skit tentang salah  seorang murid sesi petang yang hadir ke sekolah pada sesi pagi tadi. Sebenarnya dia salah masa. Petang ni mereka ada aktiviti sukan. Mungkin kerana terlalu bersemangat nak bersukan, dia bangun awal dan ke sekolah. 

Dia kelihatan menangis di bangku berhampiran pondok pengawal keselamatan. Bila PK HEM tanya , dia jawab, " Mak yang suruh datang pagi." Adehh...Nampak gayanya saya lah yang kena hantar dia pulang semula ke rumahnya memandangkan minggu ni giliran saya bertugas.

sekadar gambar hiasan

Kira-kira jam 7.30 saya menghantarnya ke rumah. Ibunya kelihatan selamba lantas mengucapkan terima kasih dari dapur sahaja. Huhuhuhu....

Selasa, 11 Oktober 2011

Rentetan Kisah Di Sebuah Bank

Kalau ada yang terbaca kisah saya di bank pada bulan lalu, pasti tahu apa yang berlaku. Hari ni saya nak kongsi rentetan kisah di bank tersebut. Hehehe...xsangka macam ada episod 2 pulak

Tadi saya ke bank itu lagi. Membawa sejumlah duit untuk di depositkan ke akaun PIBG. Saya terkejut melihat wanita tersebut masih berada di kaunter yang sama. Erm...tak apalah. Mungkin boss dia beri peluang terakhir untuk dia berkhidmat di kaunter tersebut.

Saya mengambil nombor giliran. Sampai masa, giliran saya terkena dengan wanita itu lagi. Saya pun membawa beg berisi duit dan menghulurkan kepadanya. Tanpa melihat wajah saya, dia pun bangun dan membawa beg itu ke dalam pejabat. 

Tidak berapa lama kemudian, dia keluar bersama casher yang bertugas. Casher itu memanggil saya dengan senyuman dan bertanyakan beberapa soalan. Kemudian, saya kembali ke tempat duduk. 


Tiba-tiba muncul lah pengurus bank tersebut di tepi saya. Dia menegur saya dan sempat duduk berbual dengan saya. Dia turut meminta maaf dengan saya atas perkara yang berlaku sebelum itu. Saya mengangguk dan hanya sempat menyatakan yang saya terkilan dengan apa yang berlaku.

Apa yang saya nak gelak, pengurus itu berkata, " Hari itu, saya ada datang ke sekolah jumpa Guru Besar awak. Saya datang untuk minta maaf. Saya bawa payung untuk pujuk hatinya, " Sambil itu dia tersenyum-senyum. Dia ingat hati guru besar saya tu menangis sampai kena pakai payung ke ? Hahahaha...( just joke )





Isnin, 3 Oktober 2011

Taman Negara Tanjung Piai & Pulau Kukup

Lewat petang ni nak kongsi plak pengalaman bersama rakan-rakan ke Taman Negara Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Walaupun dah beberapa bulan lalu kami pergi, tapi rasanya kesempatan ni saya nak tolong promote negeri kelahiran saya sendiri. Boleh pulak gitu ? Hehehe...
Tempat ni terletak di Pontian, Johor. Terletak di Mukim Serkat, dan kira-kira 90km dari pusat bandar Johor Bahru. Tanjung Piai memberi peluang kita untuk menikmati pemandangan indah Selat Melaka. Bagi pecinta alam, kunjungilah Taman Negara Tanjung Piai dan Pulau Kukup ini. ( Iklan nampaknya aku ni )

Salah satu habitat bakau terbesar di dunia, kawasan ini juga merupakan rumah kepada pelbagai spesies burung, ikan tembakul kecil, ketam bakau pelbagai warna, dan monyet,lokan, kerang dan biawak . Burung laut Shoreline juga akan berhenti di kawasan pantai sebelum memulakan laluan penghijrahan mereka.
 Ini glob menunjukkan kami berada di penghujung Selatan Tanah Besar Asia
 Poster ni sesuai agaknya kalau kita tampal kat dalam kelas ek. Hehehe...
 Antara ukiran kata-kata yang menarik perhatian kami

 
 Bot yang kami naiki menuju ke Pulau Kukup
 Jambatan gantung...gayat juga saya. Penakut katakan :)
 Bot yang dinaiki oleh pengunjung untuk menyusuri Sungai Ular di Pulau Kukup
 Ketam biru...Cantikkan ??
 Pemandangan dari Pulau Kukup. Di tengah-tengah tu tempat penternakan ikan
 Bos sampai untuk mengambil kami pulang dari Pulau Kukup
 Ikan belacak. Ia pun pandai fokus kamera kami. Bijak, bijak....
Obor-obor...Kami diberi peluang menyentuh obor-obor tersebut. Ia sebenarnya keras bila ia tidak berada di dalam air. 
Penunjuk arah dari Pulau Kukup ke negara lain. Kelihatan juga kapal merentasi Selat Melaka.

Hah, tiba masanya kami makan-makan. Kami sempat singgah di Mandela Seafood.  Sesiapa nak mencuba makan di sini saya cadangkan pergi secara berkumpulan/berkeluarga. Antara sebab makanannya agak banyak walaupun untuk seorang makan. Menu yang kami nak cadangkan nasi putih, Ikan Siakap 3 rasa, Siakap stim limau, Tomyam campur, Udang goreng kunyit, Sotong goreng tepung, Sayur Kailan goreng ikan masin dan minuman Fresh Orange 1 jag. Menu macam ni boleh makan 6 – 8 orang. Rasa sedap harga memang terbaik. Berbaloi2x dan berpatutan. 

Kalau tak percaya, jom singgah !!! Yum,yum,yum...hingga menjilat jari...