Jiwang Corner :)

Selasa, 1 November 2011

Coklat & Langkawi

Ekoran cerita pasal stress semalam, seorang rakan baru pulang dari Langkawi membawa ole-ole coklat untuk saya. Siap dengan bungkusan lagi. Alhamdulillah....rezeki. Maklumlah dapat coklat free !!! Orang kata, makan coklat ni boleh hilangkan stress ! Betul ke ?

Coklat Kisses Badam. Yum, yum, yum, sedappp....

Cerita-cerita tentang coklat Langkawi ni, teringat pula akan penerbangan ke Langkawi beberapa tahun yang lalu. Itu adalah kali pertama saya jejakkan kaki ke pulau itu. Saya sampai dengan 1 beg tapi balik dengan 3 beg ! Adeh...leh tahan juga bershopping. Maklumlah, ada Ismail Group, Idamansuri, dll. Nasib baiklah  ada yang simpati nak tolong angkat beg-beg saya tu. Kalau tidak, merengkek di buatnya. Maklumlah, saiz badan ni pun comel-comel je ( perasanlah pulak ).

Kunjungan kali kedua pula, saya dah faham yang tak boleh nak shopping lebih-lebih. Bukan pe, takde saper nak tolong angkat beg nanti. Nak minta tolong orang, mereka pun nak shopping juga. Lagipun rombongan Cik Kiah kali ni menaiki feri. Hajat hati nak ke sana lagi walaupun tak tahu bila masa yang sesuai. Tentu banyak perubahan yang ada di sana. 

Oklah, berbalik kepada tujuan asal entry kali ini adalah tentang : Coklat Hilangkan Stress, Betul Ke ?  



Sebelum ini, saya memang penggemar coklat. Bila keluar shopping, pasti beli coklat. Dapat sepapan pun jadilah...macam ketagih gitu :) So, untuk mendapatkan kepastian tentang coklat menggemukkan @ tidak, saya pun mulakan aktiviti menggoogle. 

Coklat adalah kaya dengan antioxidant seperti catechins an phenols. Ia membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser. Kandungannya sama seperti dalam teh hijau, jus oren, bayam, bawang, jagung dan pisang.

Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Untuk makluman, satu kajian menyatakan, minumlah teh tanpa susu untuk mendapat khasiat antioxidant teh.

Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung. Antioxidant yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.

Coklat tidak mengemukkan. Tidak ada satu jenis makanan akan menyebabkan gemuk. Pengambilan berlebihan sesuatu jenis makanan meningkatkan kalori. Jika kalori ini tidak dibakar sebanyak ia diambil, ini yang menyebabkan kegemukan. Makanlah coklat dalam kadar yang sederhana, bukan sekadar coklat malah semua jenis makanan.

Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh mendapati coklat tidak menyebabkan migrain seperti yang disangkakan sebelum ini. Mereka yang sering mengalami migrain atau sakit kepala boleh memakannya tanpa perlu risau ia akan menyebabkan sakit kepala.

Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang, yang menjadi penahan sakit dan meningkat tahap rasa sihat. Coklat keluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.

Makan seberapa banyak dan kerap, coklat bukanlah bahan ketagihan. Permakanannya boleh dihentikan bila-bila masa.

Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan. Ini boleh mengurangkan risiko jangkitan selsema dan flu.

Coklat bukanlah penyebabkan jerawat. Jerawat disebabkan oleh perubahan hormon dan genetik. Jangan streskan diri, makanlah coklat. Ia boleh tenangkan anda sewaktu stres.

Coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac. Phenylethylamine adalah kimia yang berkait dengan amphetamines. Ia meningkatkan aliran darah, kadar glukos dalam darah, jadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas. 

Coklat berwarna hitam merupakan sumber tembaga (copper) dan dalam kadar sedikit adalah perlu untuk kesihatan metbolisma dan membantu menghalang penyakit Alzhemier's dan osteoporosis.

Bagi wanita yang menghadapi PMS, makan coklat dapat membekalkan magnesium yang diperlukan oleh badan. Datang bulan mengurangkan kadar magnesium dalam badan dan ini meningkatkan masalah kesakitan waktu haid (PMS). 

Selain coklat, mengambil soya 40mg ke 80mg sehari boleh melegakan masalah yang timbul akibat datang haid kerana soya mengandungi phytoestrogens, struktur kimia yang hampir sama dengan estrogen. Mampu menolong mengurangkan ketegangan. 

Bagi wanita, coklat menggalakkan pengeluaran kimia endorphins bagi otak wanita, yang menggalakkan rasa gembira dan mengurangkan stres.Makan coklat adalah baik untuk kita, namun seperti mana-mana makanan janganlah ambil berlebihan. 

Terima kasih, Pak Google. Terjawab dah pun soalan saya. Banyak rupanya keistimewaan coklat ni...Bagaimana dengan pendapat anda di luar sana ?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan