Hari demi hari semua calon setia menanti keputusan UPSR diumum. Tanggal 17 November 2011, sedia maklum keputusan rasmi UPSR diumum diperingkat sekolah. Bukankan sahaja murid yang berdebar-debar, malah guru-guru mengajar turut merasainya.
Kira-kira jam 10.00 pagi semua murid telah dikumpulkan untuk menerima keputusan masing-masing. Ibu bapa yang sempat hadir turut resah menantikan keputusan anak-anak mereka diumumkan. Muka-muka calon pula ada yang cemas, gelisah, cool dan selamba pun ada. Waktu itu, saya risaukan juga keputusan murid-murid saya. Maklumlah, ini adalah tahun pertama saya mengajar tahun 6. Usaha telah dibuat, maka redha seadanya.
Sebahagian ibu bapa yang hadir
Keputusan diumumkan oleh Guru Besar. Seramai 13 orang mendapat 5A sementara 21 orang mendapat 4A 1B. Perarus keseluruhan meningkat pada tahun ini iaitu 10%. Saya jangkakan ini berpunca daripada subjek Bahasa Inggeris yang meningkat. Tahniah, saya ucapkan kepada guru-guru Bahasa Inggeris.
Guru Besar menyampaikan keputusan kepada murid cemerlang 5A
Bagi subjek Bahasa Melayu, peratus tetap kekal cemerlang. Subjek Sains dan Matematik mengalami sedikit penurunan. Nampaknya guru-guru Sains dan Matematik perlu fikirkan satu strategi baru termasuklah saya. Apapun syukur, murid-murid kelas ke-6 yang saya ajar lebih separuh yang lulus berbanding peperiksaan percubaan lalu.
Ramai yang datang menghampiri saya mengucap terima kasih berbanding kelas ke-4 yang saya ajar. Mereka terharu kerana dalam ujian-ujian sebelum ini ada yang tidak pernah lulus. Syukur alhamdulillah...Namun dalam hati, rasa kesal turut menghantui diri saya. Ini berikutan ada murid daripada kelas ke-6 itu ada yang gagal disebabkan subjek yang saya ajar.
Hendak mengajar murid di kawasan pinggir bandar yang terdiri daripada warga asing dan penduduk tetap ( anggaran 60% ) ini bukannya satu perkara yang mudah. Perlu banyak bersabar dan perlukan semangat yang kuat. Tambahan pula ramai murid di sini berlatarbelakangkan keluarga yang rendah sosioekonomi, masalah keluarga, dan masalah2 lain.
Hendak mengajar murid di kawasan pinggir bandar yang terdiri daripada warga asing dan penduduk tetap ( anggaran 60% ) ini bukannya satu perkara yang mudah. Perlu banyak bersabar dan perlukan semangat yang kuat. Tambahan pula ramai murid di sini berlatarbelakangkan keluarga yang rendah sosioekonomi, masalah keluarga, dan masalah2 lain.
Saya kuatkan semangat agar perkara tersebut tidak menjadi alasan supaya saya berputus asa membantu mereka yang lemah. Mudah-mudahan apa yang diusahakan pada tahun ini menjadi pengajaran yang lebih bermakna untuk peningkatan prestasi pada masa akan datang. InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan