Berjimba-jimba ? Hehehe...perkataan popular
masa kini. Maksudnya bersuka ria ( kalau salah, betulkan saya ). Bagi mengisi
masa sebelum pulang bercuti, saya dan rakan-rakan mengambil peluang terakhir
bermesra bersama seorang rakan yang akan bertukar tempat bertugas pada sesi
persekolahan akan datang.
Malam tadi, selepas menghantar seorang
rakan ke Terminal Bas Larkin ( pulang ke Kuala Terengganu ), kami
meneruskan menikmati udara malam di Teluk Danga. Sebenarnya, perjalanan ke
Teluk Dangan ini tidak dirancang. On the sport idea, sehh...
First, kami jalan-jalan melihat pelbagai
jenis permainan di situ. Agak ramai juga pengunjung waktu itu. Kelihatan juga
ada rombongan pelajar-pelajar sekolah. Dari mana, saya tak pastilah pulak.
Hajat hati nak interview budak-budak tu, tapi tak kesampaian. Hehe..kepoh la
pulak aku ni !
Hampir letih berjalan, kami menaiki kereta
api yang disediakan di situ. Dapatlah meringankan kepenatan. Tapi ia bukanlah
percuma tau. Berbayar....RM 5 seorang. Anyaway, duit saya tak laku malam itu
kerana yang dirai telah belanja kami. Terima kasih, Kak Muni, tapi malu pun
ada. Huhuhu :(
Malam ni rakaman gambar hanya menggunakan
kamera telefon bimbit saya. Agak kurang jelas tapi masih memuaskan. Hehehe...
Kami berhajat nak kayuh basikal ni tapi
batalkan niat. Bukan pe, takut plak basikal tu patah menampung beban
lemak-lemak kami. Ahakss...
Selepas mengelilingi kawasan, kami lepaks
di Bistro Bawang Merah. Membasahkan tekak yang kering disamping menikmati
juadah ringan-ringan perut as otak-otak, tahu bakar dan sate.
Kelihatan Danga Cruise bercahaya. Teringat
pula tahun lepas warga staf sekolah kami meraikan majlis makan
malam di atas kapal ini. Macam2 harta karun yang kami bawa turun
selepas selesai majlis. Periuk ada, ion board ada, mangkuk tingkat pun
ada.Ahakss :)
Makan ringan-ringan malam tadi membuatkan
perut kami cukup penuh. Akhirnya, kami beredar jam 11.30 malam. Pertemuan yang
singkat itu cukup bermakna bagi saya. Lebih-lebih lagi itulah kenangan terakhir
bersama Kak Muni sebelum dia bertukar ke Subang Jaya. Persahabatan ini tetap
saya hargai. Moga tidak luput dalam ingatan & Kak Muni sentiasa dalam
ingatan :))
Kelihatan Danga Cruise bercahaya. Teringat
pula tahun lepas warga staf sekolah kami meraikan majlis makan
malam di atas kapal ini. Macam2 harta karun yang kami bawa turun
selepas selesai majlis. Periuk ada, ion board ada, mangkuk tingkat pun
ada.Ahakss :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan