Jiwang Corner :)

Memaparkan catatan dengan label aktiviti kokurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti kokurikulum. Papar semua catatan

Selasa, 11 November 2014

Hadiah lagi @ Jaya Jusco

Hah, macam nilah bila jadi Ketua JK Hadiah. Berhari-hari juga nak selesaikan pembelian hadiah. So hari ini aku dan dua sahabat fokuskan kepada hadiah murid yang memenangi anugerah pasukan sukan dan permainan terbaik. Anggarannya dalam RM10 untuk 12 orang pemain bola tampar lelaki. Pasukan ini mewakili permainan hingga ke peringkat negeri Johor. 

So, pusing punya pusing akhirnya kami memilih tuala sebagai hadiah. Senang nak bungkus dan mungkin ia boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang. Kemudian kami selesaikan juga pembelian hadiah kepada guru yang melatih murid yang membuat persembahan pada Hari Anugerah Fiesta Gemilang yang akan diadakan pada hari Sabtu nanti. Esok, misi membeli hadiah untuk murid-murid yang membuat persembahan pula. Huhuhu...

Sebenarnya aku agak serabut skit dengan pertindihan tugas sebagai JK Majlis Graduasi Tahun 6 juga. Itu yang loading semacam je. Banyak urusan pembelian yang nak diurus. Tambahan pula, semuanya melibatkan kewangan yang diuruskan oleh aku. 

Aku harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. Moga kesihatan aku turut tidak terjejas. Inshaa Allah.

Isnin, 10 November 2014

JK Hadiah @ Jaya Jusco

Hari ini bermulanya tugasan membeli belah hadiah sempena Hari Fiesta Gemilang Kokurikulum. Nampaknya setiap tahun aku ditugaskan sebagai JK Hadiah ni. Tahun lepas tugas JK Hadiah agak ringan sedikit memandangkan hadiah telah disediakan oleh unit koko. Tapi tahun ni nampaknya hadiah perlu dibeli oleh JK Hadiah sendiri.

So, berbekalkan wang yang telah diperuntukkan, aku dan seorang sahabat menuju ke Jaya Jusco Tebrau untuk proses pemilihan dan pembelian hadiah. Hari ini aku fokus untuk membeli hadiah kepada guru yang memakai uniform seragam lengkap sepanjang tahun. Akhirnya, kami memilih untuk membeli set mug beserta tangkai sebagai hadiah sesuai dengan buget yang diberikan.

Mujurlah di Jusco ni ada perkhidmatan pembungkusan secara percuma. So, kami tinggalkan barang-barang kami untuk kerja-kerja pembungkusan. Esok, kami akan menyusul untuk membuat pungutan. Hohoho...

Sabtu, 15 Mac 2014

Teks Perhimpunan Bulanan Uniform Tunas Puteri 2

Ini aku kongsikan pula teks pengerusi majlis untuk perhimpunan bulanan kami yang akan di adakan pada hari Rabu 19 Mac 2014 nanti. Jika rakan-rakan guru ada yang lebih baik untuk dikongsikan, boleh lah kongsi sama :)

Perhatian...

1)      Diminta semua guru mengambil tempat masing-masing.
2)      Semua murid diminta bersedia kerana perhimpunan akan dijalankan sebentar lagi

Komendan bagi arahan sedia kepada semua murid

Baris, baris sedia
Baris, senang diri,
Baris, rehatkan diri,
Baris, ke kanan lurus
Pandang..depan

3)      Yang berusaha, Tn Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman Molek, Pn Rosni binti Gani, PK Pentadbiran, Pn Soh Rosie, PK Hal Ehwal Murid, Pn Hjh Rokiah binti Md Isa, PK Kokurikulum, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

4)      Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih dapat bertemu pada pagi ini. Walaupun negara dalam keadaan kesulitan dengan fenomena kemarau, jerebu dan kehilangan MH370, kita masih mampu berdiri di sini dengan aman. Mudah-mudahan setiap apa yang kita usahakan dipermudahkan oleh Allah.

5)      Bagi memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, dijemput  Ammar Ridhauddin untuk membacakan doa. Dipersilakan.

6)      Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah Ke Puncak Jaya. Semua hadirin diminta berdiri tegak dan tangan di sisi.

LAGU BANGSA JOHOR
LAGU SEKOLAH

7)    Majlis diteruskan dengan bacaar ikrar pelajar. Dijemput Siti Hazwany binti Zaini untuk mengetuai bacaan ikrar.

      RUKUN NEGARA
      IKRAR PANDU PUTERI  TUNAS

            Kem Kom beri arahan kepada semua
            – baris, senang..... diri


Semua kumpulan bunga naik atas pentas

Komander bagi arahan
                                                                                                                              
Baris, baris sedia
Baris, senang diri,
Baris, rehatkan diri,
Baris, ke kanan lurus
Pandang..depan
Dari...kanan, nombor
Hentak kaki dengan nombor, dari kiri hentak...

Nyanyi Lagu Dunia

Setiap kumpulan nyanyikan lagu kumpulan masing-masing dalam bulatan
kecil.

Memperkenalkan diri, kami kumpulan .......................

-kesidang
-melur
-cempaka
-teratai
-siantan
-kenanga

Nyanyi lagu

Di Sini Suka Di sana Suka
Ini Tari Pandu


8)      Terima kasih atas persembahan daripada kumpulan uniform Pandu Puteri Tunas sebentar tadi. Diharap semua hadirin terhibur.

9)      Majlis diteruskan dengan menjemput ketua guru yang bertugas pada minggu lepas untuk membuat laporan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu .........................

10)  Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu .................................. atas laporan itu tadi. Semoga setiap teguran dan kata nasihat yang disampaikan tadi memberi kesan kepada kita semua.

11)  Seterusnya dijemput Yang Berusaha / Yang Dihormati ....................................................... Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

12)  Terima kasih, tuan/puan atas ucapan sebentar tadi. Diharap setiap kata dalam ucapan tadi memberi pengajaran yang manfaat buat kita semua.

13)  Sebelum bersurai, diminta semua hadirin berdiri tegak dan bersedia untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

14)  Akhir sekali, dijemput ......................................................... untuk mengetuai bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

15)        Puan Rozita berkebaya merah,
            Lenggang lenggok meniti titi,
            Kalau ada silap dan salah,
            Jangan disimpan di dalam hati.

16)  Sekian, wabilah hi taufik wal hidayah, wassalammualaikum warah matullahi wabarakatuh








Teks Perhimpuan Bulanan Kokurikulum Tunas Puteri 1

Hari ini aku nak kongsikan teks perhimpunan bulanan Kokurikulum unit Pandu Puteri Tunas. Teks ini sebenarnya aku gunakan pada tahun lepas. Persembahan kokurikulum ini sebenarnya berlaku mengikut giliran unit masing-masing. So, sebagai ketua pemimpin akulah yang bertanggungjawab nak urus perjalanan persembahan ni. Mujurlah, rakan-rakan banyak membantu.


Pemasangan khemah dan backdrop banyak diusahakan oleh guru-guru sesi petang. Kami guru-guru sesi pagi uruskan persembahan. Masa yang singkat membataskan aksi yang cemerlang tapi tetap bersyukur.



Ralat tahun lepas :
1) Tak dapat sediakan doa pada masa yang ditetapkan
2) Lagu rasmi perhimpunan tiada dalam simpanan


Harapan untuk mendapat persembahan tebaik unit uniform terpaksa dikuburkan. Namun aku puas hati sebab ramai yang memuji persembahan daripada unit Pandu Puteri Tunas. Lain daripada yang lain. Suasana perkhemahan, gitu. 

Teringat juga komen daripada PK Koko, " Sayangnya awak tak bersedia 100%. Kalau tidak, saya memang nampak unit awak yang akan menang." Aku tersenyum redha. " Takda rezeki, puan. Latihan saat akhir. Bertindih pula dengan aktiviti lepas UPSR," jawab aku. Huhuhu...

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Perhatian...

1)      Diminta semua guru mengambil tempat masing-masing.
2)      Semua murid diminta bersedia kerana perhimpunan akan dijalankan sebentar lagi

........kem komendan bagi arahan sedia kepada semua murid..........
........bunyi ayam hutan kokok diiringi bunyi unggas dalam hutan....
( pukul 5.30 pagi )
........kem kom tiup wisel, bagi arahan bersiap .....................
.......murid keluar dr khemah, bersiap........

LAGU DI SINI KITA BERKUMPUL

.......kem kom bagi arahan senaman pagi.......
.......senarobik........


Peserta senamrobik turun
Peserta koir naik

Kem kom – arahan kawat kaki

3)      Bagi memberkati majlis perhimpunan kita pada pagi ini, dijemput ........................................... untuk membacakan doa. Dipersilakan.
4)      Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. Semua hadirin diminta berdiri tegak dan tangan di sisi.

LAGU BANGSA JOHOR
LAGU SEKOLAH

5)    Majlis diteruskan dengan bacaar ikrar pelajar. Dijemput Yasmin Batrisya untuk mengetuai bacaan ikrar.

RUKUN NEGARA
IKRAR PANDU PUTERI  TUNAS

Kem Kom beri arahan kepada semua – arahan senang diri
Kem kom beri arahan sedia untuk persembahan

LAGU UNDANG-UNDANG TUNAS PUTERI
LAGU SAYONARA

Kumpulan koir turun

6)      Terima kasih atas persembahan daripada kumpulan uniform Pandu Puteri Tunas sebentar tadi. Diharap semua hadirin terhibur.

7)      Majlis diteruskan dengan menjemput ketua guru yang bertugas pada minggu lepas untuk membuat laporan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu .........................

8)      Majlis mengucapkan terima kasih kepada Cikgu .................................. atas laporan itu tadi. Semoga setiap teguran dan kata nasihat yang disampaikan tadi member kesan kepada kita semua.

9)      Seterusnya dijemput Yang Berusaha / Yang Dihormati ....................................................... Guru Besar / Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

10)  Terima kasih, tuan/puan atas ucapan sebentar tadi. Diharap setiap kata dalam ucapan tadi memberi pengajaran dan manfaat buat kita semua.

11)  Sebelum bersurai, diminta semua hadirin berdiri tegak dan bersedia untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku.

12)  Akhir sekali, dijemput ......................................................... untuk mengetuai bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr.

13)   Cik Rozita berkebaya merah,
        Lenggang lenggok meniti titi,
        Kalau ada silap dan salah,
        Jangan disimpan di dalam hati.

14)  Sekian, wabilah hi taufik wal hidayah, wassalammualaikum warah matullahi wabarakatuh


Rabu, 3 April 2013

LDK dan Tidur Berjemaah

Lewat petang hujan mula reda dan akhirnya berhenti. Operasi memindahkan beg bermula. Kami seakan bekerja di bagasi lapangan terbang. Membantu peserta mengangkat dan menyusun beg. Beg2 yang basah itu kami susun di ruang dapur dewan itu. Macam2 bau ada sehhh...faham2 jelah bila pakaian yang basah terperap dalam beg.
Hujan yang lebat membuatkan kami tempias di dalam dewan yang menjadi tempat teduh kami. Dewan yang saiznya hampir menyamai gelanggang badminton itu kini dipenuhi oleh 200 orang peserta dan 20 orang guru pemimpin. Subhanallah...
Malam ni hujan renyai2 masih turun. Selepas solat maghrib dan makan malam, peserta mendengar ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh kaunselor. Selepas itu LDK dijalankan dengan aktiviti pembentangan tentang kekuatan dan kelemahan bulan kelahiran masing2. Di sini kami sangat lucu bila ada yang tulis mengenai keserasian pasangan antara bulan. Kahkahkah....kecik-kecik dah pandai tuh!
Minum malam kami adalah bubur kacang, roti dan air teh O. Selesai makan semua murid disusun rapat2 untuk tidur di dewan itu. Keadaan waktu itu sememangnya tidak selesa. Kedudukan tempat tidur murid perempuan dan lelaki disekat menggunakan kain batik murid yang digantung menggunakan tali. Semua murid nampak gusar  namun diminta bersabar walaupun ada ketikanya kami terpaksa meninggikan suara.
Akhirnya semua peserta dapat diredakan dan lena kira2 jam 2.00 pagi. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat.

Sabtu, 23 Februari 2013

Rentas Desa 1M1S1M 2013

Gaya dan aksi guru dan anak-anak molek semasa acara rentas desa peringkat sekolah 2013. Syabas dan tahniah kerana semuanya dapat dijalankan dengan lancar.

Senamrobik bertemakan lagi Gemuruh Faizal Tahir . 

" Gemuruh jiwa semangat membara...."

Cikgu-cikgu jadi polis trafik !

Guru Besar menjadi pelepas di garisan mula


Cikgu Asmawi mengiringi murid-murid tahun 1 berlari. Chaiyok2...


Hari ini Cikgu Idzham jadi doktor


Anak-anak molek berlari dengan penuh semangat untuk menyumbang mata kepada rumah sukan
masing-masing

Sebahagian anak-anak molek

Khamis, 7 Februari 2013

Aksi Juara Sofball Daerah Pasir Gudang

Antara rakaman terindah juara sofball perempuan bawah 12 tahun peringkat daerah Pasir Gudang 2013. Tahniah buat jurulatih dan semua pemain kerana telah mengharumkan nama sekolah :)





Jurulatih tersohor :)

Sabtu, 2 Februari 2013

Pagi Gemuruh

Pagi tadi aku bersemangat hadir ke sekolah menghadiri aktiviti kokurikulum kali kedua. Walaupun aku diminta menghadiri ke bengkel Matematik oleh Ketua Panitia, amanah daripada PKKo tetap aku tunaikan.
Lagu Ke Puncak Jaya dan lagu Bangsa Johor dinyanyikan dengan penuh semangat biarpun kehadiran hanya memuaskan. Kami dimaklumkan ramai murid yang hadir ke majlis maulidur rasul di sekolah agama mereka.
Seterusnya lagu Gemuruh berkumandang. Aku dan tiga orang rakan lain mula menggerakkan kaki dan tangan. Empat orang murid aku juga turut membuat aksi tersebut sambil menyanyi bersama-sama.
Lagu Gemuruh ini akan terus berkumandang di astasa Dataran DeMolek kiranya ada aktiviti koko pada hari Sabtu. Hah...nampaknya tugas kami sekumpulan masih belum selesai hingga perjumpaan akhir aktiviti koko nanti :)