Lewat petang hujan mula reda dan akhirnya berhenti. Operasi memindahkan beg bermula. Kami seakan bekerja di bagasi lapangan terbang. Membantu peserta mengangkat dan menyusun beg. Beg2 yang basah itu kami susun di ruang dapur dewan itu. Macam2 bau ada sehhh...faham2 jelah bila pakaian yang basah terperap dalam beg.
Hujan yang lebat membuatkan kami tempias di dalam dewan yang menjadi tempat teduh kami. Dewan yang saiznya hampir menyamai gelanggang badminton itu kini dipenuhi oleh 200 orang peserta dan 20 orang guru pemimpin. Subhanallah...
Malam ni hujan renyai2 masih turun. Selepas solat maghrib dan makan malam, peserta mendengar ceramah kepimpinan yang disampaikan oleh kaunselor. Selepas itu LDK dijalankan dengan aktiviti pembentangan tentang kekuatan dan kelemahan bulan kelahiran masing2. Di sini kami sangat lucu bila ada yang tulis mengenai keserasian pasangan antara bulan. Kahkahkah....kecik-kecik dah pandai tuh!
Minum malam kami adalah bubur kacang, roti dan air teh O. Selesai makan semua murid disusun rapat2 untuk tidur di dewan itu. Keadaan waktu itu sememangnya tidak selesa. Kedudukan tempat tidur murid perempuan dan lelaki disekat menggunakan kain batik murid yang digantung menggunakan tali. Semua murid nampak gusar namun diminta bersabar walaupun ada ketikanya kami terpaksa meninggikan suara.
Akhirnya semua peserta dapat diredakan dan lena kira2 jam 2.00 pagi. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan selamat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan