Selepas selesai mengadakan kelas tambahan tahun 6 pada jam 2 petang tadi, aku dan dua orang rakan lain bersiap sedia menuju ke Bangunan Kementerian Dalam Negeri di Setia Tropika JB. Hah, dah tentu ke Bangunan Blok 1 untuk ke Pejabat Imegresin.
Aku dan rakan beratur sebelum mendapatkan borang. Selepas mengisi borang aku mendapatkan nombor giliran di kaunter. Encik yang dalam lingkungan 50an itu melayan kami dengan baik. Dia memberi nombor giliran dan mengarahkan kami naik ke tingkat 3. Alhamdulillah...
Sampai di Aras 3, kami terus menuju ke kaunter kerana nombor giliran kami telah sampai. Kelihatannya tidak ramai orang yang membuat urusan di situ. So selepas mendapatkan pengesahan melalui kad pengenalan dan cap jari, kami membuat bayaran sebanyak RM100 di kaunter berikutnya.
Resit dikeluarkan dan pegawai yang bertugas memberitahu agar dapat kembali semula ke kaunter yang berkenaan selepas 1 jam berikutnya. Masa dicatatkan di resit pembayaran. So kami ada masa selama 1 jam untuk merehatkan minda di kafe bangunan tersebut :)
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan