Jiwang Corner :)

Sabtu, 20 April 2013

Penangan Politik

Lepas pulang dari sekolah semalam, aku ke Pasar Borong Smart untuk membeli jambu batu. Kepala berdenyut2 la pulak. Bila cuaca panas begini migrain mulalah menyerang. Huhuhu....

Aku menuju ke kedai buah yang aku biasa singgah. Aku mula membelek dan memilih buah jambu batu yang akan dijual pada hari esok- Didik Bistari. Selesai memilih kira2 30 biji jambu, aku ke tempat buah pisang. Aku memilih pisang emas sebab teringin pula nak makan cekodok.

Tiba2 pakcik yang sedang memilih pisang di sebelah aku merungut dalam bebelan. " Apalah UMNO ni. Mentang-mentang dah lama memerintah, dah mula kurang ajar pulak!, " kata pakcik itu. Dia mula menyambung rungutannya namun aku tak ambil fokus dan tidak dengar dengan jelas apa yang sedang diperkatakannya.


Selepas dia membayar harga pisangnya, abang yang menjual pisang itu berkata," Panatik sangat pakcik tu. Jadi emosi plak dibuatnya. Akak sokong mana?" Alamak, dia dah mula tanya aku soalan. Aku tersenyum lalu dia berkata, " Akak tak mengikuti politik ke?" Aku pantas menjawab," Eh, undi adalah rahsia."

"Eh, mana ada rahsia2, kak! Akak pilih apa? ¨ Jawapan aku ringkas," Undi pemimpin yang betul lah,"Aku tersenyum lalu membuat bayaran harga pisang yang aku beli tadi. Hah...penangan PRU13 sampai ke Pasar Borong!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan