Jiwang Corner :)

Selasa, 16 April 2013

Cabaran Catur Cilik Bistari : Hampa + Kecewa

Selesai tunaikan solat Zohor, kami ke ruang pertandingan semula. Hati mula berdebar- debar menantikan keputusan. Adakah SKTM layak bergelar Johan atau Naib Johan atau tempat ke-3 atau tempat ke-4 atau ke-5? Sangat mencemaskan!

Tidak lama kami duduk tiba-tiba urusetia memanggil nama SKTM dan SKS untuk tampil menemui urusetia. Encik A berkata, " Boleh kita berjumpa di tempat yang agak tersorok sikit?" Kami berenam masih terpinga2 sambil memerhatikan borang jumlah aset pemain di tangannya. Tanpa berlengah kami pun bergerak ke bahagian penjuru tepi pentas.

" Cikgu, sekolah cikgu merupakan top 5 yang dapat mengumpul aset tertinggi tapi....tapi cikgu......pihak kami terpaksa membatalkan penyertaan daripada kumpulan cikgu." " Saya tau cikgu mungkin dah dapat meneka sekolah cikgu akan menang. Begitu juga harapan murid2 cikgu yang menjangkakan mereka akan menang," sambungnya lagi.


Aku mula berkerut. Terkejut pun ada. Sahabat aku yang merupakan orang kuat pasukan kami mula berubah muka. " Tapi kenapa??? " Encik A cuba menerangkan, " Jumlah aset dalam permainan catur ini sepatutnya tidak melebihi RM 1.7 juta. Sekarang ni, jumlah aset sekolah cikgu mencatatkan nilai lebih daripada itu. SKS pun saya terpaksa batalkan atas sebab yang sama."

Aku terus terdiam. Hampa kecewa dan tak terkata kerana kumpulan itu adalah harapan kami. Cikgu2 dari SKS turut terpinga2 namun nampak redha dengan keputusan juri. Sahabat saya terus mencelah, " Mana boleh buat macam ini? Tadi saya turut membantu banker mengira semua jumlah aset dan wang tunai daripada kumpulan saya. Saya rasa tidak ada masalah. Semuanya dicatat oleh banker. Kalau perkara begini berlaku, ia telah menjatuhkan semangat anak murid saya. "

Encik A terus menegakkan keputusannya lalu menunjukkan borang tersebut. " Murid cikgu telah menurunkan tandatangan pengesahan di dalam borang ini. Jadi pihak juri telah mengambil keputusan untuk membatalkan penyertaan kumpulan cikgu. Aku terkedu lalu terpacul dari mulut aku, " So, it means disqualified? " " Yes, disqualified, tambah Encik A. Sahabat aku nampak kecewa dan marah lalu menyambung kata2, " Encik tidak boleh buat macam ni. Banker tadi pun tak tahu dan tak pernah main catur Cilik Bistari ni. Tengok pun tak pernah. Macamana dia boleh jadi banker? Tadi saya ada tanya pada dia sendiri, " tambahnya lagi.


Encik A menjawab, " Saya dah cuba cari dan hubungi banker itu tadi tapi tak dapat. Jadi kami dah buat keputusan dan nak buat cikgu maklumlah. Takut cikgu terkejut dan tertunggu2 kenapa sekolah cikgu tidak diumum menang nanti walaupun jumlahnya tinggi. InsyaAllah perkara macamni tidak berulang pada masa akan datang. Kami akan cuba perbaiki kelemahan."

Akhirnya kami terpaksa akur dengan keputusan juri biarpun rasa tidak puas hati menguasai dalam diri. Kami berlalu dan duduk di tempat kami semula dengan rasa kecewa, marah, bengkek dan segala bagai perasaan negatif yang lain.


Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan