Ulangtahun kemerdekaan Malaysia akan tiba beberapa hari je lagi. So, setiap sekolah mesti menjalankan program bagi menyemarakkan lagi sambutan di samping memupuk semangat patriotik dalam kalangan murid. Tahun ini, aku dilamar lagi untuk mengacarakan majlis setelah dua tahun aku direhatkan. So, apalah daya aku untuk menolak selain cuba yang terbaik.
1) Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Gani, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati Puan Soh Rosie, Pen Kanan HEM, Puan Hajah Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Esok adalah hari raptai. So, lega aku dapat menyiapkan teks ini dalam pada aku kalut menyiapkan tugasan sebagai SUP UPSR. So, aku kongsikan teks pengara ini untuk rujukan kalian, jika perlulah yea. Sharing is caring :)
1) Yang berusaha, Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Molek, Yang dihormati Puan Rosni binti Gani, Pen Kanan Kurikulum, Yang dihormati Puan Soh Rosie, Pen Kanan HEM, Puan Hajah Rokiah binti Md Isa, Pen Kanan Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
2)
Assalammualaikum
dan salam 1Malaysia….
3) Ceria
wajah dalam majlis,
Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.
4) Selamat
datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Taman Molek. Sama-sama
kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.
5)
Anak-anak
Molek,
6) Hakikatnya,
sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik
di sekolah ini bersam melangkah seiring menggenggam iltizam menjadi warganegara
yang patriotik.
7) Dengan
tema "MALAYSIA... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta" , secara
rasminya menunjukkan Malaysia akan meraikan ulangtahun yang ke-57 ,
sekaligus menjadi lambang kematangan negara di bawah kepimpinan yang mantap,
berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan,
kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
1) Ulangtahun
kemerdekaan Malaysia yang ke-57 ini, hakikatnya menjadi refleksi keada tarikh
keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957. Justeru, kita perlu mencerminkan
impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi
rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia
pada hari ini, terutamanya golongan muda.
9) Ekoran
itu, bangsa 1Malaysia yang melata di muka bumi Malaysia, terutama golongan muda
inilah yang mampu membentuk ke mana hala tuju Malaysia. Sehubungan itu, sebagai
rakyat Malaysia, kita perlu memainkan peranan penting untuk mempertahankan
kemakmuran, keharmonian, dan keselesaan, yang sedia ada sekarang.
10) Anak-anak molek,
11) Ada pepatah mengatakan, nak
tengok negara kita akan datang, lihatlah anak remaja sekarang. Jika baik, maka
baiklah kelak. Jika sebaliknya, maka bersedialah. Lantaran itu, fikirlah
sejenak apa akan jadi pada negara pada zaman kalian menjadi dewasa kelak.
12) Jika kita lihat, pelbagai
perubahan dari segi pembangunan dan teknologi yang sedang kita lalui. Kita
semestinya bersyukur dengan kemerdekaan negara kita. Negara Malaysia aman,
damai dan bebas daripada sebarang ancaman dan jajahan seperti Palestin.
13) Hadirin sekalian,
14) Sempena bulan kemerdekaan
kali ke-57 ini, pihak penganjur program akan menjalankan beberapa aktiviti bagi
menyemarakkan sambutan. Untuk tujuan itu majlis diteruskan dengan menjemput
.................................................... selaku penyelaras program
bagi memberi penjelasan lebih lanjut.
15) Tanpa membuang masa, majlis
diteruskan dengan ucapan Tuan Syed Sulaiman bin Ariffin, Guru Besar SK Taman
Molek, sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan Malaysia yang
ke-57. Dipersilakan....
16) Terima kasih atas ucapan
perasmian itu tadi.
17) Keris Melayu Lambang Pusaka,
Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.
Ayam Jantan Lawan Berlaga,
Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.
Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.
Ayam Jantan Lawan Berlaga,
Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.
18) Hadirin sekalian,
19) Percayalah, Jika kita seluruh
rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita nikmati dan kecapi sekarang ini
akan terus berkekalan..Sama-samalah kita berdoa agar negara dan rakyat Malaysia
terus selamat dan terhindar daripada sebarang bala bencana.
20) Bagi memeriahkan acara pada
hari ini, majlis diteruskan dengan acara persembahan. Dipersilakan kumpulan
koir ............................... dengan lagu Parajurit Tanah Air dan
Warisan, diikuti dengan sajak ............................................ yang
akan dibacakan oleh Siti Hazwany binti Zaini.
21) Terima kasih atas persembahan
tadi. Diminta semua murid berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu-lagu
patriotik Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Negaraku.
22) Mengakhiri majlis, diminta
................................................... untuk membacakan doa.
23) Sekian sahaja Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf andai ada salah dan
silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan
keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran
mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan
negara tercinta ini.
24) Sekian, terima kasih