Jiwang Corner :)

Memaparkan catatan dengan label info sihat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info sihat. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mac 2012

Perkara Yang Merosakkan Otak

Kali ini aku kongsikan pula 10 perkara yang merosakkan otak. Perkara ini aku sering kongsikan pada anak didik aku terutamanya murid tahun 6.

1) Tidak mengambil sarapan pagi
2) Terlebih makan
3) Merokok
4) Mengambil gula berlebihan
5) Menghidu udara yang tercemar
6) Tidur yang berlebihan
7) Tidur dengan penutup muka
8) Kurang berimaginasi
9) Jarang berfikir
10) Tidak membaca Al-Quran


Khamis, 10 November 2011

Keburukan Menahan Kencing

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.


Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.

PERBEZAAN keadaan pundi kencing normal dan pundi kencing yang aktif.

SEKALIPUN terpaksa menghadiri mesyuarat penting atau memandu untuk jarak yang jauh, menahan air kencing bukanlah satu tindakan yang bijak. Air yang ditahan itu hakikatnya kotoran beracun yang perlu dikeluarkan daripada badan.

Menurut Pakar Urologi, Kesihatan Lelaki dan Pembedahan Robotik, Pusat Perubatan Prince Court, Datuk Dr. Sahabudin Raja Mohamed, menahan diri daripada membuang air kecil akan memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Namun, perkara itu mempunyai kesan yang berbeza mengikut jantina dan usia.

“Kanak-kanak yang menahan kencing terlalu lama boleh menyebabkan masalah besar. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, ia boleh meningkatkan kejadian jangkitan saluran kencing.

“Dalam kes yang lebih buruk, ia akan mengakibatkan inkontinens iaitumasalah hilang kawalan untuk menahan kencing,” kata Sahabudin.

Masalah itu menyebabkan penghidap tidak mampu menahan kencing daripada terkeluar sendiri terutamanya ketika batuk, bersin atau meneran.

Seseorang juga sukar untuk menahan kencing sehingga dia boleh terkencing di mana-mana sahaja sebelum sempat pergi ke tandas.


Antara tanda-tanda seseorang itu mendapat masalah inkontinens adalah sering berasa tidak puas ketika membuang air kecil atau aliran air kencing yang lemah.

Masalah itu boleh terjadi kepada mereka yang mengalami kerosakan ginjal, uretra yang tersumbat ataupun kerosakan saraf akibat diabetes.

Dalam pada itu, Sahabudin menjelaskan, membuang air kecil sebanyak di antara lima hingga enam kali sehari merupakan situasi yang normal.

Namun, mereka yang membuang air kecil melebihi lapan kali sehari menunjukkan keadaan yang sebaliknya.

“Kencing kurang daripada lapan kali sehari merupakan keadaan yang normal. Urin mereka akan berwarna jernih seperti air paip,” ujarnya.

Pundi kencing yang berfungsi secara normal ditunjukkan apabila seseorang membuang air kecil dalam tempoh tiga hingga empat jam sekali iaitu tidak lebih lapan kali sehari.

Mereka yang normal akan membuang air kecil hanya sekali pada waktu malam.

Jelas Sahabudin lagi, mengurangkan minum air masak bagi mengelakkan seseorang itu kerap ke tandas adalah satu tindakan yang salah.

Mereka tidak seharusnya mengurangkan pengambilan air kerana bahan tersebut penting kepada tubuh bagi mengelakkan dehidrasi.

“Jangan mengurangkan kuantiti air yang diminum. Sebaliknya pergilah berjumpa dengan doktor untuk mengatasi masalah itu.

“Jika terdapat jangkitan, pesakit perlu dirawat terutamanya mereka yang mengalami pundi kencing terlalu aktif,” katanya lagi.

Antara tanda kencing terlalu aktif adalah sukar menahan kencing, kencing tidak puas, pergi ke tandas melebihi 10 kali sehari dan berlaku kebocoran jika menahannya.

Masalah ini boleh terjadi lebih kerap dalam kalangan wanita muda. Seseorang yang menghadapi masalah ini akan membuang air lebih daripada 10 kali sehari serta tidak dapat menahan kencing.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah itu adalah senaman otot untuk mengawal kencing, latihan pundi kencing dan penggunaan ubatan.

Jelas Sahabudin, masalah tersebut sering berlaku akibat kesibukan kerja yang mengundang masalah malas ke tandas selain ketiadaan kemudahan tandas yang bersih.

Sementara itu, melakukan aktiviti seperti memandu sambil menahan air kencing boleh mengundang bahaya. Perbuatan menahan kencing didapati mempunyai kesan yang sama dengan keracunan alkohol atau tidak tidur selama 24 jam secara berterusan.

“Apabila manusia sampai kepada titik kesakitan, mereka tidak mampu berfikir dan membuat keputusan lagi. Ia sama seperti mabuk,” kata profesor neurologi di Universiti Brown di Providence, Pulau Rhode, Amerika Syarikat (AS), Peter Snyder.

Kajian Synder bersama kumpulan penyelidiknya itu memenangi kategori perubatan anugerah Ig Nobel anjuran majalah Annals of Improbable Research (AIR) di AS baru-baru ini. Ig Nobel memberikan anugerah untuk pelbagai kajian yang dianggap melucukan tetapi kemudian membuatkan orang mula berfikir.

Khamis, 3 November 2011

Awas! Telefon Bimbit Rosakkan Sperma

Golongan lelaki mungkin perlu berhati-hati apabila menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar selepas ini berikutan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa tindakan itu boleh membawa kesan kepada sistem reproduktif mereka.


CAP mendakwa perbuatan menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar yang sering dilakukan kaum lelaki menyebabkan mereka berdepan risiko kerosakan sperma serta mati pucuk.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, keputusan itu berdasarkan hasil kajian pihaknya tahun lalu yang menunjukkan kaitan di antara sperma yang berkualiti rendah dengan tempoh penggunaan telefon bimbit dalam sehari.


Jelas beliau, hasil kajian itu menunjukkan pengguna yang membuat panggilan lebih daripada empat jam sehari mempunyai bilangan sperma yang paling kurang dan paling rendah kualitinya.

“Penemuan itu menyarankan bahawa berjuta-juta lelaki di dunia kemungkinan menghadapi kesukaran untuk menjadi bapa kerana penggunaan telefon bimbit yang meluas.

“Oleh itu, penggunaan telefon bimbit secara berlebihan menjadi satu faktor yang menyumbang kepada penurunan bilangan sperma selain obesiti, merokok, stres, pencemaran dan bahan kimia yang mengganggu hormon,” katanya pada sidang akhbar di pejabat CAP di sini hari ini.

S.M. Mohamed berkata, lelaki yang membawa telefon bimbit yang diletakkan di bahagian tali pinggang atau dalam poket dengan ‘keypad’ mengarah ke luar pula akan menghadapi kesan yang tinggi kerana antena berada di belakang dan lebih hampir dengan tubuh.

Katanya, wanita yang sering meletakkan telefon bimbit di dalam beg sandang yang tergantung di sebelah payu dara turut mendapat kesan terhadap kesihatan dalamannya.

Beliau mendakwa pihak pengeluar alat komunikasi itu sendiri telah mengeluarkan peringatan mengenai risiko penggunaannya terhadap kesihatan pengguna.

“Misalnya, syarikat Apple dalam buku panduannya telah memberi amaran kepada pengguna agar menjauhkan Iphone dalam jarak sekurang-kurangnya 15 milimeter daripada tubuh.

“Syarikat Blackberry pula menasihatkan pelanggannya supaya menggunakan telefon bimbit bebas wayar atau menjarakkannya seinci dari tubuh wanita hamil dan bahagian bawah perut remaja. Bagaimanapun, pengguna masih tidak mempedulikan kesan yang akan mereka tanggung itu,” katanya.

Justeru, S.M. Mohamed menggesa para pengguna supaya tidak menggunakan telefon bimbit kecuali dalam kes-kes kecemasan dan sekiranya perlu gunakan pembesar suara pada jarak 20 sentimeter dari kepala.

Sumber : Utusan Malaysia

Selasa, 1 November 2011

Tips Hilangkan Stress

Minggu peperiksaan telah bermula di peringkat negeri Johor. Rakan-rakan di negeri-negeri lain, apa khabar yea ? Dah selesai menanda ke ? Kepada rakan-rakan guru di negeri Johor terutamanya, sudahkah anda sediakan pen merah yang secukupnya untuk menanda jawapan murid-murid cikgu ?


Siap tanda, jangan lupa pula untuk masukkan markah pada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) secara online. Nampaknya sistem ini telah di upgrade banding sebelum ini yang menimbulkan kemarahan daripada pihak guru. Alhamdulillah...syukur. InsyaAllah, kerja kita akan jadi mudah.

Bagi guru-guru di negeri Johor, kita masih mengekalkan Sistem Analisis Peperiksaan Rendah ( SAPR ). Oleh itu dua perkara yang sama akan dilakukan iaitu mengisi markah murid dalam SAPS KPM dan SAPR PPD. Kepada guru kelas terutamanya, jangan lupa untuk cetak keputusan murid dan serah kepada mereka. Huhuhu....

Penyaringan murid mengikut kelas tahun hadapan juga akan dijalankan sebelum cuti sekolah bermula. Buku teks yang dipinjamkan perlu dipulangkan. Buku teks untuk sesi persekolahan tahun 2012 pula perlu serahkan. Wah, nampaknya banyak kerja guru-guru pada hujung-hujung tahun begini ! Maklumlah, nak bercuti panjang....

Apapun, saya nasihatkan agar kita tidak sampai ke peringkat stress untuk menyelesaikan semua kerja-kerja ini. Lakukan dengan tenang dan cekap agar semua kerja jadi mudah. Tapi, jika anda stress juga jom kita sama-sama baca perkongsian di bawah ini.

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan stress atau tekanan hidup. Antaranya ialah :


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk


Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.


Semoga bermanfaat :)

Jumaat, 28 Oktober 2011

Cerita Tentang Kuku Siri 3

Tak sangka cerita tentang kuku ini berlarutan hingga siri ketiga. Kali ini, saya kongsikan pula tips penjagaan kuku dan tanda-tanda pada kuku untuk kenalpasti sama ada anda ada masalah kesihatan atau tidak.


Enam Tips Penjagaan Kuku

  • Jangan gunakan kuku jari untuk mencungkil atau menyucuk sesuatu benda. Kuku akan cepat rosak.
  • Elakkan dari menggigit kuku atau cungkil kutikel pada kuku. Ia akan merosakkan dasar kuku anda. Kecederaan juga boleh berlaku.
  • Kuku mestilah kering dan bersih. Ianya untuk elakkan bakteria dan kuman dari membiak. Bawah kuku perlu dibersihkan dengan kerap, dan pastikan ia sentiasa kering terutama selepas mandi atau selepas membasuh tangan.
  • Rapikan kuku anda dengan kerap. Gunakan alat khas seperti gunting manikur atau pengetip kuku untuk merapikan kuku. Jangan gunakan pisau belit, gunting yang bukan untuk tujuan ini. Kayu pengasah kuku digunakan untuk meratakan kuku, dan lakukan selepas mandi atau selepas merendam kaki.
  • Jangan tarik kuku yang terkeluar atau tergantung. Ia akan menyebabkan anda tertarik tisu hidup.
  • Gunakan pelembap untuk lembapkan kuku dengan kerap, bukan basahkan dengan air!
Saya harap anda di luar sana telah pun faham tentang tips penjagaan kuku yang saya kongsikan pada kali ini. Semoga ianya menjadi pedoman untuk anda supaya memelihara kesihatan kuku anda. Bagi seorang muslim, adalah tidak digalakkan menyimpan kuku panjang kerana dikhuatiri membawa penyakit selain boleh memberikan mudarat yang lain.

Sekarang, cuba lihat kuku anda, apa yang anda nampak? Ketahuilah bahawa masalah kesihatan anda boleh diketahui dengan melihat kuku. So, jangan terkejut apabila anda berjumpa dengan doktor, ada masanya mereka akan suruh anda hulurkan jari untuk tengok kuku anda.

Kuku terbentuk daripada satu lapisan protein keras yang dinamakan keratin. Ia merupakan protein yang sama yang membentuk rambut dan kulit. Kerana keratin, kuku juga antara anggota badan yang paling lambat diuraikan sekiranya ditanam.

Kuku boleh menjadi petunjuk kepada kesihatan pemiliknya. Perubahan rupa bentuk serta warna boleh memberi gambaran tentang jenis penyakit yang ada pada tuan punya kuku. Di sini, saya akan kongsikan 10 tanda-tanda pada kuku yang boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius.


10 Tanda Pada Kuku Kenalpasti Masalah Kesihatan


  • Kuku putih - Penyakit hati seperti hepatitis.
  • Kuku kekuningan, tebal dan tumbuh perlahan - Penyakit peparu seperti emfisema.
  • Kuku kekuningan dengan dasar sedikit merah - Diabetes.
  • Kuku separuh warna putih dan separuh merah jambu - Penyakit buah pinggang.
  • Dasar kuku warna merah - Penyakit jantung.
  • Dasar kuku pucat atau berwarna putih - Penyakit anemia.
  • Permukaan kuku berlekuk - Psoriasis atau radang arthritis.
  • Clubbing, iaitu penebalan tisu pada dasar kuku - Penyakit paru-paru.
  • Garisan merah tidak sekata pada dasar lipatan kuku - Lupus atau penyakit pada tisu penyambung.
  • Garisan hitam bawah kuku - Melanoma.
Moga dengan sedikit info ini, anda akan sentiasa memberi perhatian kepada keadaan kuku-kuku anda, baik yang ada di tangan mahupun kaki. Jangan abaikan kebersihan kuku anda.

Sumber: http://www.hasrulhassan.com melalui Majalah Kesihatan

Cerita Tentang Kuku

Pejam celik, pejam celik hari ini dah hari Jumaat. Dah hampir seminggu berada di kampung halaman. Nak pergi bercuti namun cuaca tidak mengizinkan. Jadi, buatlah apa yang patut di rumah. Apapun bersyukur kita dapat berjumpa lagi dengan hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. Bergandalah pahala ibadah yang dilakukan jika dituruti dengan niat yang betul. InsyaAllah...



Memandangkan hari ini hari Jumaat, saya cuba kongsikan cara mendapatkan pahala sunat dalam adab memotong kuku dalam kaedah Islam.


Inilah cara memotong kuku yang betul mengikut sunnah Nabi. Moga kita sama-sama dapat mengamalkannya.



Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi oppss khinzir ( lembutlah sikit bahasanya yea ). So, jika kesemua jejari anda menyimpan kuku yang panjang, berapa ekor khinzir yang anda ternak ? Bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk menternak kesemua khinzir tersebut ? Makan, potonglah kuku anda :)

Jangan ada niat simpan kuku panjang walaupun hanya 1 mm atau pun hanya pada jari kelingking ( yang kebanyakannya saya ternampak ). Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.


Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang ada di kuku jari emaknya. Perkara ini berlaku terutamanya semasa si emak tadi menyediakan makanan untuk anak-anakanya. Biasanya mereka memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepung, dan sebagainya menggunakan jari yang berkuku panjang tadi. Menurut sumber pembacaan juga, ilmu yang di ajar kepada anak tersebut turut sukar diterima masuk ke dalam otak. Wallahulam...


Kepada golongan bujang-bujang diluar sana, ( termasuklah diri saya sendiri ) sama-samalah kita beringat. Bukan apa, jika hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai, dan mendengar kata, maka pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek.
( sudah semestinya saya tidak pilih yang berkuku panjang )


Khamis, 27 Oktober 2011

SMK Jeram, Kubang Bemban juara kantin bersih


PASIR MAS 26 Okt. - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeram, Pasir Puteh dan SMK Kubang Bemban di sini diumumkan sebagai juara kategori kantin serta dewan makan bersih pada Pertandingan Kantin dan Dewan Makan Sekolah Menengah Bersih Peringkat Negeri Kelantan 2011.


Tempat kedua kategori kantin dimenangi oleh SMK Pengkalan Chepa dan ketiga, SMK Kubang Golok, Bachok manakala kategori dewan makan pula, naib johan SMK Cherang Ruku, Pasir Puteh dan SMK Badak, Bachok di tempat ketiga.

Majlis yang diadakan di Dewan Bestari SMK Kubang Bemban di sini, disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Datuk Hanapi Mamat. Kemenangan itu melayakkan SMK Jeram, Pasir Puteh dan SMK Kubang Bemban mewakili Kelantan ke Pertandingan Kantin dan Dewan Makan Sekolah Menengah Bersih Peringkat Kebangsaan.



Sementara itu Wan Mansor berkata, secara keseluruhan tahap kebersihan kantin dan dewan makan sekolah-sekolah menengah di negeri ini meningkat. Turut hadir, Timbalan Pengarah Kesihatan Kelantan, Dr. Wan Mansor Hamzah.


"Bagaimanapun masih ada ruang yang boleh diperbaiki dan ditingkatkan agar makanan yang disajikan benar-benar bersih. Jabatan Kesihatan negeri akan terus memantau dan memberi kerjasama kepada Jabatan Pelajaran negeri bagi memastikan aspek kebersihan dapat ditingkatkan," katanya.

Utusan Malaysia Online: 27 Oktober 2011

Tahniah daripada saya. Semoga sekolah-sekolah yang lain turut mencontohi kantin sekolah SMK Jeram.

Pangkat-pangkat Perokok


Kali ini, saya kongsikan pula entry tentang rokok. Bila cerita bab rokok ni saya memang berkobar-kobar sebab saya memang tak suka rokok. Bau asapnya sahaja dah buat saya sesak nafas apatah lagi mahu mencubanya ? Ohhh, tidak !!!


So, kat bawah ni saya kongsikan pada anda semua terutamanya kepada perokok-perokok. Tak sangka pula, perokok-perokok ini ada pangkat tersendiri. Huhuhu....

1. Newbie

Orang yang baru belajar merokok, masih batuk-batuk lagi. Biasanya hisap rokok sebatang pun tak habis, hisap rokok berkongsi dengan orang lain. Kebanyakannya terjadi kepada kanak-kanak sekolah dan remaja.

Jumlah rokok dihisap: : 1-2 minggu sebatang sekali

2. Smoker sambilan

Orang yang sudah mengenali rokok, tapi masih rasa pahit-pahit kalau dah habis merokok , orang ini belum pernah membeli sekotak rokok, pasti dia hanya ‘mengepau’ kawan-kawannya.

Jumlah rokok dihisap: : Bergantung kepada keihklasan kawan-kawannya tapi biasanya 2/3 hari sekali

3. Aktivis smoke

Orang ini sudah membeli rokok di kedai. Biasanya sekali beli 1 batang atau 2-3 batang. Semasa merokok dia sudah tidak rasa pahit-pahit lagi apalagi batuk batuk.

Jumlah rokok dihisap: : 1 hari ~ 1-3 batang

4. Smokeholic

Orang ini sudah tahap ketagih merokok. Biasanya kalau rokok dia habis dia cepat-cepat ke kedai untuk membeli sekotak lagi walaupun sekotak biasanya habis dalam 2-3 hari. Namun jika dia menghisap rokok yang keras seperti m*rlboro merah dan sepertinya masih batuk-batuk lagi.

Jumlah rokok dihisap: : 1 kotak = 2/3/5 hari atau 5-6 batang sehari

5. Smoke addict /smoker

Kalau sudah menjadi penagih rokok memang susah nak berhentikan kebiasaannya ini. Semua jenis rokok sudah pasti dia boleh hisap. Orang ini sudah merasai nikmatnya rokok plus kopi.Biasanya di kalangan mahasiswa atau pekerja.

Jumlah rokok dihisap: : 1 kotak 2 hari malah boleh jadi sehari. Sehari tidak merokok hangin satu badan.

6. smoke maniac

Orang ini bukan lagi menjadi penagih tetapi boleh dinamakan perokok tegar. Hidupnya tanpa merokok seperti sudah tidak bermakna dan kekurangan sesuatu.

Jumlah rokok dihisap: : Sehari sekotak dan kadang-kadang lebih.

7. Smoke geek

Pangkat ini dah memasuki tahap awal dewa smoke. Sehari boleh 1 kotak lebih malah kadang-kadang 2 kotak, dia boleh habiskan. Sebelum atau selepas melakukan sesuatu pasti rokok di tangan, sudah terikat dengan rokok.Kalau dia tidak ada duit pasti melakukan apa cara untuk merokok.

Jumlah rokok dihisap: : 1 hari 1 atau 2 kotak.

8. Smoke freak

Sudah boleh dipanggil dewa buat pangkat ini. Seperti susah giler nak berhenti merokok. Mungkin juga untuk pangkat ini jika sakit jantung atau batuk-batuk darah baru boleh berhenti. Orang ini lebih memilih rokok dari makanan, sanggup tidak makan janji boleh merokok. Sehari boleh 2 kotak rokok dia habiskan.

Jumlah rokok dihisap: : 1 hari 2 kotak rokok kretek atau lebih

9. Made in smoke

Jika tidak ada duit rokok daun malah kertas pun boleh dihisap jika tidak ada duit nak beli rokok. Dalam sehari susah nak mengira berapa kotak batang sehari. Mungkin sejam boleh 3/4 batang dia merokok. Pendek kata kalau tengok orang ini pasti sedang pegang rokok

Jumlah rokok dihisap: : tidak diketahui banyaknya yang pastinya lebih dari 2 kotak sehari

FATWA ROKOK

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keputusan (English):

Smoking From The Perspective Of Islam

Decision:

The 37th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee National Council of Islamic Religious Affairs Malaysia held on 23rd March 1995 has discussed on smoking from the perspective of Islam. The Committee has decided that smoking is prohibited in Islam because it is harmful.

Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.


So…? Sendiri  mau ingat la ye ? Jangan marah Pak Perokok ek. Ini fakta bukan auta :)


Sumber : myfriend2u

Info Susulan Penyakit Batu Karang

Berakhirlah entry saya tentang rawatan tradisional di Kampung Permatang Duku. Harapan saya moga rawatan yg diperoleh beroleh kesihatan yang positif. InsyaAllah...

Susulan entry yg lepas berkisar rawatan batu karang tu, terlintas dalam fikiran untuk kongsikan sedikit maklumat mengenai penyakit batu karang ni. Ikuti maklumat lanjut di bawah. Apapun, terima kasih Pak Google.

PENYAKIT batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan untuk penyakit ini.


Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

Batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.

Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.

Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain.

Kemudian saya terbaca pula satu entry tentang petua nak mengelakkan penyakit batu karang  ni. Sebenarnya banyak rawatan lain untuk memecahkan batu karang ni selain daripada proses pembedahan.

Jom, kita lihat apa petua tersebut :

Untuk mengelakkan kencing kotor atau penyakit batu karang, amalkan selalu minum air bali



atau

lobak putih yang dihiris halus dan direbus . Minum airnya dan lobak putih selalu pagi dan petang



Rabu, 26 Oktober 2011

Di sini Ada Rawatan Tradisional Siri 2

Dah baca entry sebelum ini tentang rawatan tradisional di Kampung Permatang Duku ? Jika belum, sila klik entry tersebut dan baca yea. Jika ada pengalaman lain yang nak dikongsikan, sila tinggalkan komen anda. Terima kasih...( dah macam buat pengumuman budak hilang kat pasar raya pulak, hihihihi...)

Baiklah, saya akan teruskan dengan cerita pengalaman membawa abah membuat rawatan batu karang di Kampung Permatang Duku ni. Sampai sahaja diperkarangan rumah, Tuan Haji Ramdzan menyambut kami.
Selepas menjawab salam, dia bertanya, " pernah datang sini ?" Abah pun menjawab, " belum pernah. " "Kalau belum pernah, ada apa datang ke sini ?" soalnya pula. Saya dan abah terpinga-pinga seketika.

Gambar Pintu Gerbang Menara Kembar Petronas yang diperbuat drp botol minyak masak 5kg. Sempat juga saya rakamkan.

Kemudian, dia mempelawa masuk. Abah menyatakan tujuan sebenar. " Kalau nak keluarkan batu karang kenapa datang sini ? Pergilah hospital, " tegas Haji Ramdzan. Dalam hati saya, memang macam ni ke cara dia bercakap ? Abah terdiam. Saya menyampuk sedikit sambil melihat sekitar tempat dia duduk itu. Kelihatan pelbagai jenis ubat herba yang telah dibotolkan  dan beberapa bingkai gambar sijil-sijil kejayaan beliau.

" Saya takda buat rawatan buang batu karang. Saya hanya jual ubat herba. Orang yang bagitau itu pembohong je, " katanya lagi. Waktu itu, saya seakan hampir melangkah pulang. Huhuhu...

Dipendekkan cerita...

Melihatkan abah terdiam dan hanya tersenyum, beliau pun membelah sebiji limau nipis. Kemudian dia menyelak belakang baju abah di bahagian pinggang. Dia pun menyapu limau tersebut sambil bercerita pengalamannya bersama orang-orang yg datang berubat dengannya. Rupanya-rupanya atuk ni sangat peramah orangnya. 

Selepas menyapu sekitar pinggang abah, atuk itu pun berkata, " sakit awak ni dah lama." Abah pun menjawab, " Ya, tapi sebelum ini ada yang dah keluar juga. Saya ambil ubat-ubat daripada produk kesihatan lain." Haji Ramdzan yang membahasakan dirinya sebagai atuk kepada saya kemudiannya mengambil sebiji telur.

Telur itu digolek-golekkan pada kedua-dua bahagian pinggan abah. Tidak lama kemudian, beliau pun memecahkan telur itu ke dalam pinggan. " Nah, cuba rasa dengan tangan kat telur yang dah dipecahkan ni. Ada tak batu tu ? "  katanya. Abah pun merasa-rasa dengan jarinya pada isi telur yg telah dipecahkan dalam pinggan itu. Kelihatan sebahagian isi telur tadi 1/4 masak. 

Saya hampir muntah di situ. Maklumlah, saya memang agak elergik dengan bau telur. Tiba-tiba, jari abah tersentuh batu di dalam pinggan itu. Ada 2 biji batu yg ukurannya kira-kira 0.5 cm ! Saya pun terkejut. Atuk itu berkata, " Hah, itulah batu karangnya. Dah keluar dah pun. " 

Sambil itu atuk membuka buka pendaftaran pesakit yang pernah sampai ke rumahnya. Dia menyuruh saya meneliti alamat-alamat pesakit tersebut. Tidak dapat dinafikan ada yang datang dari jauh iaitu dari utara tanah air, termasuklah Sabah, Sarawak, Brunei, dan Indonesia. Menurutnya lagi buku log itu adalah buku yang ke-4. Nampaknya atuk ini memang insan hebat yg dipilih oleh Allah untuk membantu orang lain.

Alhamdulillah, batu karang abah dah keluar. Abah turut rasa pelik dan membelek-belek batu itu. Selepas membuat sumbangan, abah turut membeli 100 kapsul herba ginseng penawar batu karang daripada beliau dengan harga RM 2 sebiji. Banyak kapsul herba lain yang dijual olehnya sebagai penawar penyakit kencing manis, darah tinggi, tiroid, jantung, kanser, sukar mendapat zuriat dan banyak lagi. Kapsul-kapsul ini telah pun mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia memandangkan ianya diproses oleh cucunya sendiri yg merupakan seorang doktor perubatan.

Namun, hingga sekarang saya masih rasa musykil akan kejadian terkeluarnya batu karang dari tubuh abah hanya menggunakan telur. Apapun, moga kelebihan yang Allah berikan pada atuk tersebut tidak disalahgunakan. Semoga beliau dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah. Amin...

Sumber gambar : Pak Google

Sumber gambar : Pak Google. 
Yang berkopiah itulah Tuan Haji Ramdzan yg sedang merawat pesakitnya dari Brunei.

Kepada yang mengalami masalah kesihatan berkaitan, bolehlah mendapatkan rawatan daripada  beliau. Mudah-mudahan masalah kesihatan dapat diatasi. InsyaAllah...

Jumaat, 21 Oktober 2011

spa ikan membawa kesan negatif ???

Pakar perubatan memberi amaran rawatan kaki menggunakan gigitan ikan kecil sambil merendamkan kaki di dalam air yang kian popular termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak tahun lalu boleh memberi kesan negatif ke atas kesihatan.


Rawatan yang menggunakan ikan dikenali sebagai Garra Rufa atau juga dikenali dengan nama sepertiikan doktor, ikan digunakan untuk memakan sel kulit mati kaki dan buku lali pelanggan. Ikan berkenaan biasanya ditemui dari sungai terutama di Turki, Syria, Iraq dan Iran yang tidak mempunyai gigi tetapi menggigit kulit mati pada kaki.

Sebelum digunakan untuk rawatan beratus-ratus ekor ikan akan dibiarkan tanpa makan bagi membolehkan mereka memakan sel kulit apabila diperlukan.

Rawatan itu biasanya mengambil masa 20 minit diikuti dengan rawatan kaki tradisional kerana bukan semua sel kulit mati dikeluarkan ikan itu. Rawatan ini membabitkan kos kira-kira 95 Dirham (RM82).

Bagaimanapun pakar kesihatan dan doktor meminta pengguna menjauhkan spa ikan ini kerana air tangki terbabit mungkin menjadi tempat paling subur untuk pembiakan pelbagai jenis jangkitan bakteria dan kulat.

“Prosedur ini diharamkan di UAE kerana air yang tidak bersih boleh memindahkan penyakit seperti HIV,” kata Khalifa Mohammad Al Rumaithi, pengarah kesihatan awam di Perbandaran Abu Dhabi.

Seorang pakar dermatologi, Dr P Moham Kumar dari Lifeline Hospital berkata tiada manfaat saintifik daripada prosedur terbabit. – Agensi

Khamis, 20 Oktober 2011

Minuman Coke & Kesannya



Maklumat dikongsikan, sila ambil manfaat :)


" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.


Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang
dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6.
Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah
bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.

9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin
lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntahKenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi Disampaikan oleh seorang sahabat.....

Assalamualaikum kengkawan... last weekend, ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat Mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men & women. menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama keturunan, diorg tak nak le mandul!

kalau korang pernah terima forwarded email pasal bertapa cidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cucitoilet! and for ladies, kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late.

so kalau minum banyak & atthat time baru lekat zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies. Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Ahad, 9 Oktober 2011

Pernah Rasa Jus Pegaga ?

Setiap kali ke pasar, rakan serumah saya pasti membeli seikat pegaga. Erm..bagus betul mereka mengamalkan budaya makan ulam-ulaman ni. Tapi, apa yang saya nak kongsikan ialah tentang aktiviti rakan serumah saya dgn pegaga yang dibelinya. Hehehe...dah macam nak buat kisah dongeng plak ayat saya tuh :)

Oklah, dipendekkan cerita. Kawan ni akan bersihkan pegaga tersebut. kemudian dibuang batangnya yang agak panjang tu. Setelah dibersihkan, dia pun kisar pegaga tersebut dgn sedikit gula. Maka jadilah jus pegaga. Erm...tak taulah apa rasanya sebab saya hanya perhatikannya sahaja. Nak follow belum lagilah...huhuhu. 

Nampaknya dia selalu kata, dengan minum pegaga badannya akan rasa ringan dan segar. Cergas gitu !!! Wah, itu sudah cukup baik. Hanya RM1-RM2 seikat sahaja. Tak perlu berbelanja lebih tuh !!! Nampaknya saya juga kena cuba untuk menikmati khasiat pegaga ni.



Saya cuba menggoogle untuk cari khasiat pegaga ni. Kat bawah ni saya cuba kongsikan hasil carian saya.



Kegunaan:

Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.


Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.


Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk

revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.

Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :


1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan (mencegah nyanyuk)
15. melambatkan proses penuaan






Sifat dan Manfaat


Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal.Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.


Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka.


Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal.



Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.


Banyak sungguh khasiat pegaga ni rupanya. Semoga kita semua dapat menikmati khasiat pegaga ini bersama. Jom, ramai-ramai minum jus pegaga. Awet muda tuh !!!