Jiwang Corner :)
Rabu, 1 Januari 2014
Sesi Persekolahan Bermula
Khamis, 25 April 2013
Khamis, 21 Mac 2013
Maulidurrasul 1435H ( 2013 )
| Murid tahap 2 |
| Murid Tahap 1 |
| Ustaz dari Sekolah Agama mengiringi murid sambil berselawat |
| Sebahagian daripada guru-guru lelaki yang berzanji |
| Dr Adnan dengan gaya tersendiri menarik minat murid-murid |
| Murid-murid menikmati jamuan secara berempat di dalam dulang |
| Geng rewang bungkus berkat |
| Geng rewang |
| Geng minuman |
Rabu, 20 Mac 2013
Jom rewang!
Jumaat, 15 Mac 2013
Syukur, SKTM terima Bai'ah!

Khamis, 14 Mac 2013
Ujian Formatif 1
Sedar tak sedar dah 3 hari murid menjalani ujian formatif 1. Tahun ini aku ajarkan 4 kelas bagi subjek Matematik iaitu 2 kelas tahun 6 dan 2 kelas lagi tahun 4. Biarpun kertas matematik 2 telah berlangsung pada hari Selasa yang lalu aku hanya mampu siap menanda 40 set kertas sahaja. Bakinya yang berjumlah 118 set itu masih tersimpan rapi di dalam beg. Huh...chaiyok2!
* Semalam tidak dapat menanda. Cuaca yang panas membuatkan kepala aku sakit. Lastly makan panadol then menidurkan diri.
Isnin, 18 Februari 2013
Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul
Rabu, 30 Januari 2013
Perhimpunan Bulanan Kokurikulum ( Seni Silat )
| Persembahan pertama |
| Persembahan Kedua |
Jumaat, 11 Januari 2013
Yes, APDM kelas aku siap dikemaskini!
Alhamdulillah APDM kelas aku dah siap dikemaskini. Walaupun ada masanya pautan APDM ni meracau tak tentu masa, akhirnya aku berjaya kemaskini data murid kelas aku.
Penambahan murid baru sebanyak 5 orang turut berjaya aku tambah melalui arkib. Mujurlah tiada masalah kecuali 2 orang murid aku. Apabila aku papar maklumat nombor mykid dari Jabatan Pendaftaran Negara yang di paut sama dalam sistem ini, tercatat tiada maklumat dalam data. Warna merah pulak tu. Merah itu marah!Adeh...
Lastly aku cuba dapatkan maklumat yang tepat melalui salinan sijil lahir mereka. Hah...memang maklumat nombor mykid yang di taip oleh guru sebelum ini salah. So, aku cuba perbetulkan. Mudah-mudahan kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi.
Jika kesilapan ini berlaku, pasti ibu bapa mereka tidak boleh mengakses keputusan peperiksaan anak mereka melalui SAPS nanti.
Ada 5 hari lagi masa untuk mengemaskini maklumat APDM tersebut. Mana-mana guru kelas yang masih belum bertindak sila ke Pautan Pangkalan Data Murid seperti berikut:
http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia.
Sabtu, 5 Januari 2013
Pendaftaran tahun 2 - 6
31/12 - Pagi ini aku dah bersedia ke sekolah. Pendaftaran akan bermula pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Aku masih setia menjadi guru kelas 4 Arif sekaligus ketua aliran darjah 4. Nampaknya dah masuk tahun ke lima dah nih. Hehehehe...
Pendaftaran pagi ini agak tergendala. Semua guru terpaksa menunggu kerani menyerahkan resit pembayaran terlebih dahulu. Banding sebelum ni kami dah terima lebih awal. Mungkin ada masalah kot. Aku pun tak pasti.
Dalam pada itu ramai ibu bapa yang dah menunggu. Mereka tiba lebih awal kerana mungkin akan ke tempat kerja selepas itu. Aku mula lah nak kalut. Hehehe...
Ditambah pula dengan kehadiran murid2 baru yang pindah masuk. Aku juga yang nak kena urus. Waktu tu jugalah mereka nak bagi aku fail2 mereka. Lepas tu aku nak kena tentukan pula kelas murid2 baru tu. Argh....tak suka, tak suka...
Memandangkan ada 4 orang murid kelas aku yang berpindah, maka kelima2 murid baharu itu aku letakkan ke dalam kelas aku. Ini menjadikan kelas aku ada 41 orang murid. Argh...ramainya! Namun keadaan itu hanya sementara. Selepas ujian saringan diadakan nanti, murid2 ini mungkin akan berpindah ke kelas lain.
Jam 11.40 pagi aku dah tutup kedai. Ibu bapa pun dah tak kunjung tiba. Untuk apa aku tunggu lagi kan? Perut pun dah bunyi2. So, aku terus melangkah ke kantin untuk memenuhi kehendak perut aku. Hehehehe...
Alhamdulillah tugas pertama dah selesai. Tugas2 seterusnya akan menyusul selepas ini. Mudah2an Allah sentiasa mempermudahkan urusan aku dan rakan2 yang lain. InsyaAllah, ameen...
Khamis, 20 Disember 2012
PMR 2012 : Bilangan mendapat semua A sedikit merosot
JUMLAH PELAJAR CEMERLANG DAPAT SEMUA A PMR MEROSOT
PUTRAJAYA: Jumlah pelajar yang mendapat gred A bagi semua mata pelajaran dalam ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini merosot berbanding tahun lalu.Seramai 30,474 daripada 440,643 calon yang menduduki peperiksaan itu mencatat gred A bagi semua matapelajaran, menunjukkan penurunan sebanyak 0.85% berbanding 2011.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin Senin berkata keputusan itu perlu dianalisis dengan lebih lanjut untuk menjelaskan mengenai kemerosotan tersebut."Sama ada ia adalah prestasi keseluruhan atau pelajar cemerlang dalam mata pelajaran individu, kita perlu melakukan kajian secara menyeluruh untuk menerangkan pencapaian para pelajar," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan itu disini pada Rabu.
Sementara itu, hanya 241 calon memperoleh keputusan gred E dalam semua mata pelajaran berbanding 346 calon tahun lalu.- M STAR



