Alhamdulillah setelah cuti panjang akhir tahun, sesi persekolahan 2014 telah bermula. Tahun ini warga Johor membuka lembaran sejarah baharu kerana kami memulakan hari bekerja pada hari Ahad sama seperti negeri Kedah dan Kelantan. Perkara ini telah dititahkan oleh Sultan Johor sempena hari keputeraannya yang lalu.
Murid-murid hadir ke sekolah seperti biasa manakala murid tahun 4 melangkah ke sesi pagi. Ramai juga ibu bapa yang datang kerana masih bingung dengan jadual pendaftaran dan pembayaran keperluan pelbagai. Maklumkan tarikh persekolahan telah berubah. Apapun semuanya berjalan dengan lancar.
Tahun ini aku tidak lagi menjadi guru kelas 4 Arif mahupun Penyelaras tahun 4. Aku telah diamanahkan dengan tugas baharu iaitu sebagai Setiausaha Peperiksaan. So tugas sebagai guru kelas hanya tinggal kenangan. Aku terpaksa mengambil alih tugas SUP sebelum yang berpindah ke Terengganu. Apapun, aku terpaksa redha dengan ketentuan ini dan cuba memikul tugas baharu ini dengan sebaik mungkin. InsyaAllah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan