Jiwang Corner :)

Jumaat, 11 Januari 2013

Yes, APDM kelas aku siap dikemaskini!

Alhamdulillah APDM kelas aku dah siap dikemaskini. Walaupun ada masanya pautan APDM ni meracau tak tentu masa, akhirnya aku berjaya kemaskini data murid kelas aku.

Penambahan murid baru sebanyak 5 orang turut berjaya aku tambah melalui arkib. Mujurlah tiada masalah kecuali 2 orang murid aku. Apabila aku papar maklumat nombor mykid dari Jabatan Pendaftaran Negara yang di paut sama dalam sistem ini, tercatat tiada maklumat dalam data. Warna merah pulak tu. Merah itu marah!Adeh...

Lastly aku cuba dapatkan maklumat yang tepat melalui salinan sijil lahir mereka. Hah...memang maklumat nombor mykid yang di taip oleh guru sebelum ini salah. So, aku cuba perbetulkan. Mudah-mudahan kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi.

Jika kesilapan ini berlaku, pasti ibu bapa mereka  tidak boleh mengakses keputusan peperiksaan anak mereka melalui SAPS nanti.

Ada 5 hari lagi masa untuk mengemaskini maklumat APDM tersebut. Mana-mana guru kelas yang masih belum bertindak sila ke Pautan Pangkalan Data Murid seperti berikut:

http://apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan