Jiwang Corner :)

Khamis, 31 Januari 2013

Gara-gara Gemuruh

Hari ni aku dan 3 rakan lain meluangkan sedikit masa untuk berlatih pergerakan bagi lagu Gemuruh Jiwa  sempena aktiviti kokurikulum Sabtu nanti. disamping itu, kami turut melatih 6 orang murid dari kelas aku untuk sama-sama membuat pergerakan tersebut. PKKO juga sempat singgah melihat aktiviti kami tadi. Beliau turut sama melakukannya. Kami memang tidak kisah jika dia melakukannya kerana beliau memang dah biasa turun padang.

Setakat ini pergerakan yang telah dilatih tadi agak menarik walaupun agak meletihkan kaki aku. Ingatkan aku seorang je yang letih, rupa-rupanya kaki rakan-rakan yang lain turut lenguh. Mudah-mudahan apa yang dirancang akan dipermudahkan olehNYA. Amin...



Video ini merupakan antara rujukan kami

2 ulasan:

  1. Bila ramai-ramai macam ni nampak lebih menariklah... cuma rasanya kalau kaki tu tukar kanak dan kiri tak rasa penat sangat... TQ kepada yang melatih tak sempat nak turut serta ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perjumpaan seterusnya nanti bolehlah ganti tempat saya pula :)
      Tentang pergerakan kaki tu memang kami dah tukar ganti kiri dan kanan ikut pada korus lagu. InsyaAllah akan diperkemaskan lagi.

      Padam