Pagi ni perhimpunan seperti biasa. Secara langsung perasmian program NILAM diadakan. Memandangkan guru besar lewat sampai, atas urusan kerja, perasmian telah dilakukan oleh PKKurikulum.
PdP tahun 4 dan 6 ditangguhkan kerana ujian pengesanan. Hari ni murid2 tahun 4 menduduki ujian Sains dan Bahasa Melayu. Murid tahun 6 pula menduduki ujian Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Keputusan ujian pengesanan ini akan menentukan kelas sebenar murid mengikut aras masing2. InsyaAllah dengan adanya kaedah seperti ini akan banyak membantu pengurusan dan cara pembelajaran guru di dalam kelas masing2.
Good luck to all my students. Aku harap mereka dapat menjawab soalan dengan tenang dan mudah. Ujian untuk subjek seterusnya akan di sambung pada hari Khamis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan