Ini sambungan kisah2 pilihan ragam si ayah murid sekolah aku. Entry yang lepas aku telah kongsikan pendahuluan kisah bapa murid tahun 1 yang menjerit2 tuh. Nak tahu ceritanya? Jom layan kedua2 ibu jari aku menaip.
Setelah habis mesyuarat aku ke bilik guru. Hah, bukan lah kepoh sangat tp perasaan ingin tahu ini mengatasi segalanya. Hahaha...
So dipendekkan ceritanya bapa murid itu memarahi seorang guru lelaki. Cikgu itu dituduh melakukan kekerasan pada anak lelakinya itu. Adehhh....masalah betul jika ada ibu bapa yang terlalu manjakan anak hingga tak mahu ke sekolah nih.
Anaknya memang tidak mahu ke sekolah. Dia meronta2 nak keluar dari kelas. Cikgu lelaki yang cukup dikenali dengan wataknya yang tidak banyak cakap dan simple itu hanya memegang bahu murid itu dan menyuruhnya duduk. Dah budak itu meronta2 sudah tentu cikgu itu kena pegang murid itu dengan kuat. Dalam waktu yang sama mungkin suara cikgu Bahasa Inggeris itu agak tinggi dalam memberi arahan supaya duduk.
Tanpa disangka bapa murid itu sedang mengendap anaknya melalui tingkap kelas itu. Lantas dia segera tampil dan memaki cikgu itu. Sementara itu pintu kelas ditendang dengan kuat.
Dalam sejarah ada orang mengamuk sedemikian rupa. MasyaAllah!
Antara ayat2 yang digunakannya....." Sial, celaka punya cikgu! Aku tak pernah sentuh anak aku. Kurang ajar punya cikgu, bodoh! " tengkingnya. "Nasib baik dalam sekolah. Kalau kat luar dah lama cikgu kena dengan aku," jeritnya lagi.
Pergh...memang ganas bapa murid tu. Bagaimana anak nak jadikan ayah sebagai contoh yang baik? Subhanallah....astaqfirullah....jauhkanlah aku dari bertindak sedemikian rupa.
Guru Besar terpaksa meninggalkan mesyuarat dan cuba selesaikan masalah tersebut. Dalam pada itu cikgu lelaki itu cuba tenangkan si penjual ikan itu. Namun, darahnya yang masih panas terus memaki cikgu tersebut. Kasihan cikgu itu.
Aku tak sangka ada bapa yang boleh bertindak sedemikian rupa. Moga ada kesedaran dalam dirinya untuk belajar menghormati orang lain. Apa nak jadi dengan anaknya yang tidak mahu ke sekolah itu jika terus dimanjakan dengan cara yang salah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan