Jiwang Corner :)

Jumaat, 11 Januari 2013

Carca marba

Aktiviti tugas aku di sekolah hari ini agak carca marba. Awal pagi  Jumaat seperti biasa kami akan membaca surah Yaasin secara berjemaah. Selepas menguruskan murid masuk ke dalam kelas, semua guru diminta setting cap jari di mesin perakam waktu- thumb print. Melalui bulan depan penggunaan punch card dimansuhkan dan diganti dengan thumb print.

Lepas tu aku pastikan guru-guru yang menggubal soalan ujian telah sedia di mana  kertas-kertas soalan tahun 4 sudah dicetak terutamanya subjek BM dan Sains. Ujian akan bermula pada hari Isnin depan. Ujian pengesanan tahun 6 juga turut diadakan pada hari yang sama.

Setelah berbincang dengan SU PEP tentang masa ujian, jadual ujian pengesanan dicetak lalu di edarkan. Aku minta bantuan dua orang pengawas untuk mengedarkannya kepada semua murid tahun 4.

Dalam pada itu PKHEM muncul. Dia membawa surat edaran tentang penerimaan bantuan khas persekolahan daripada kerajaan kepada murid-murid. Penyerahan RM100 itu akan disampaikan kepada ibu bapa murid pada hari Rabu depan melalui guru kelas anak masing2.

Sekali lagi aku minta bantuan pengawas untuk  mengedarkannya. Kebetulan mereka ada dalam kelas aku waktu itu. Alhamdulillah...semuanya dapat diedarkan sebelum pulang.

# Misi untuk reso sendiri kertas ujian matematik gagal. Nampaknya misi perlu diusahakan pada hari Isnin memandangkan ujian Matematik akan dijalankan pada hari Khamis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan