Kira-kira jam 2.30 petang semalam aku bergerak ke Pejabat Jualan taman perumahan aku. Cuaca dah mendung semacam. Sampai di sana angin kencang ala ribut mula bertiup. Aku ditemani oleh dua rakan lain mula risaukan perjalanan pulang kami. Urusan serahan kunci rumah pun belum selesai.
Selepas menandatangani dokumen-dokumen yang berkaitan, staff itu menyerahkan aku cenderamata berupa sekaki payung dan beg serbaguna. Alhamdulillah...kebetulan payung aku memang dah rosak. Kemudian aku diarahkan ke pejabat Johor Land untuk mendapatkan kunci rumah daripada staff yang bertugas di sana.
Ribut mula reda. Syukurlah urusan aku dipermudahkan. Selepas mendapatkan kunci aku ke rumah baru aku. Kontraktor-kontraktor mula mengekori aku untuk projek ubah suai rumah. Hahaha...dah macam artis plak. Waku tu aku buat-buat sombong. Bukan pe biar nampak pandai skit. Takdelah nak kena tipu memanjang- belajar daripada pengalaman.
Lastly aku setuju memilih seorang kontraktor cina itu. Aku buat kabinet dapur pintu 3D, konis dan pendawaian. Tak lupa aku turut memasang tinted pada cermin rumah aku. Kosnya hampir 13k. Huahua...
Banyak lagi yang perlu aku belanjakan. Peralatan elektrik termasuklah lampu dan kipas, dapur, paip, perabot dan cat. Wah...berapa pula kosnya tuh. Aku harap semuanya dalam budget aku. InsyaAllah...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan