Pagi ini masih hujan. Sejak malam tadi hujan tak henti-henti turun. Namun motivasi bersama2 murid tahun 6 terus dijalankan. Nak bangun ke sekolah punyalah bertangguh. Maklumlah rakan lain yang tidak mengajar tahun 6 masih berselimut di atas katil. Huhuhu....
Calon UPSR sekolah aku tahun ni mencecah kira2 320 orang. Memang ramai. Nak kejar GPS yang baik memang agak sukar. Namun kami akan sentiasa berusaha demi kecemerlangan mereka. InsyaAllah...
Kehadiran ibu bapa murid tidak sampai separuh. Majoriti yang hadir adalah dalam kalangan ibu sahaja. Mungkin bapa mereka bekerja. Beginilah sikap ibu bapa murid yang kurang komitmen dengan program2 sekolah. Aku kira di sekolah2 lain pun turut merasai perkara yang sama.
Majlis pada hari ini membawa sedikit kelainan. Unit B&K telah menjemput ibu bapa murid cemerlang UPSR 2012. Alhamdulillah seramai 4 orang ibu murid tersebut hadir untuk berkongsi pengalaman cara mendidik anak jadi cemerlang.
Antara tips yang dikongsi oleh mereka adalah :
1) duduk bersama anak semasa mereka buat kerja sekolah
2) buat jadual untuk anak
3) dengar masalah anak dan sentiasa ambil tahu perkembangan mereka hingga mereka tidak tahu nak berahsia dengan ibu bapa.
4) tidak tinggal solat dan baca Quran
5) tidak putus asa dalam berdoa
6) puasa sunat semasa hari peperiksaan
7) pemakanan yang sihat dan elak makan makanan yang masam dan berjeruk, kepala ikan dan organ dalaman.
8) tanya hala tuju minat atau cita-cita anak. Kemudian bantu untuk merealisasikan cita2 anak tersebut.
9) wujudkan bilik yang selesa untuk anak belajar dan pilih warna yang sesuai.
10) sesekali cemburukan aktiviti anak-anak
11) gunakan wangian yang sesuai untuk menaikkan semangat anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan