Hari ini aku masih pulun menyiapkan ralat data dalam Sistem Maklumat Murid ( SMM ). Kadang-kadang jadi pening nak settlekan satu persatu. Maklumlah bila murid ramai maka semakin banyaklah ralat yang muncul. Mujur ralat itu tak main cak-cak dengan aku. Kalau betul berlaku mau pengsan plak aku. Hihihi...
Hakikatnya memang agak sukar nak mendapatkan maklumat yang tepat daripada ibu bapa terutamanya maklumat gaji. Ada masanya mereka tidak telis dalam memperakui jumlah gaji mereka yang sebenar terutamanya yang menjalankan perniagaan sendiri. Dah 10 tahun aku jadi penyelaras SMM ni. Namun, masalah yang sama sentiasa muncul.
Satu lagi masalah adalah sukar untuk mendapatkan maklumat kad pengenalan ibu atau bapa murid. Kes ini berlaku ekoran masalah penceraian ataupun masalah anak tidak sah taraf. Ada juga ibu yang tidak mahu kongsikan gajinya dengan menulis status tidak bekerja walhal bekerja. Ini memang kerap berlaku setelah siasatan dijalankan. Erm...no komen. Kalau nak bantuan daripada KPM sekalipun, janganlah sampai menipu. Adeh...
Aku akui ada masanya aku terpaksa meletakkan nombor kad pengenalan sementara. Perkara tersebut terpaksa aku lakukan untuk mengatasi jumlah ralat yang banyak. Murid sekolah aku hampir mencecah dua ribu orang. Kalaulah dalam satu kelas ada 2 ralat, didarabkan dengan 52 kelas, dah ada berapa ratus ralat ek ? Hah, cuba korang kira sendiri lah kan ?
Apapun, bila dah biasa dengan tugas ini, aku aku anggap alah bisa tegal biasa. Semuanya aku belajar melalui pengalaman sendiri. So, kat sini aku cuba kongsikan ralat yang biasa berlaku :
i) no kad pengenalan ibu atau bapa
ii) gaji
iii) bantuan KPM seperti buku teks, RMT dan KWAPM
iv) unit uniform ( murid tahap 1 yang tidak terlibat sepatutnya diisi dengan TIADA UNIFORM bukan dikosongkan tanpa status )
v) tanggungan ketua keluarga
Tanpa disangka dalam jam 3.00 petang Unit HEM telah menelefon ke sekolah kerana data belum masuk ke emailnya. Selepas pelbagai dugaan aku hadapi, akhirnya data SMM berakhir 21 Januari ini berjaya dihantar ke alamat email PPDPG pada jam 4.30 petang. Lega :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan