Jiwang Corner :)

Rabu, 2 Januari 2013

Lappyku sakit

Bila lappy sakit tuan punya lappy pun mula nak demam. Mana taknya kerja yang menanti tak surut2 ni jadi tergendala. Argh...
Masa cuti hari tu tak nak hantar. Padanlah muka sebab suka sangat bertangguh ( sesekali marah diri sendiri ).
Aku pun tak pasti apa kerosakan lappy aku. Bila on ia off. Kadang2 aku terpaksa on hingga 7 @ 8 kali barulah ia berfungsi. Pernah juga semasa aku buat kerja tetiba ia terpadam. Oh, tidak...dugaan...
Aku ada bertanya pada geng2 ICT sekolah aku. Sahabat itu bagitau yang kipas lappy aku kotor. Maybe ada banyak habuk or kertas. Arghhh...


So aku minta bantuan seorang rakan untuk temani aku untuk hantar lappy ke kedai. Aku dah redha lappy aku dirawat dan diwadkan. InsyaAllah lepas ni ia boleh berkhidmat kepada aku dengan lebih cemerlang.
Sampai di kedai, cina tu kata lappy aku bkn masalah pada kipas tapi pada motherboard. Oh...tidak! Macam nak pengsan aku dengar. Berapa kosnya? Menggigil dah nih.
Hah? Berapa? Mujurlah RM 240. Kalau lebih daripada tu menguap le. Maka terbanglah wang kertas aku ke tangan amoi tuh. Sekelip mata dompet aku susut. Huhuhu....
Namun rasa tak puas hati tetap ada. Mamat cina tu kata dia akan tunjuk cip yg rosak tu. Tapi waktu ambil lappy tu dia takde. So takde lah dia nk tunjuk. Geram jugak nih. By the way, amoi tu bagi aku warranty 3 bulan. Erm....harap2 aku tak tertipu. Huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan