Jiwang Corner :)

Rabu, 3 April 2013

Alhamdulillah, Kami Dah Sampai

Kira2 jam 11.00 pagi tadi rombongan perkhemahan kami sampai di tapak perkhemahan Hutan Lipur Gunung Belumut. Masuk ke dalam kawasan tersebut memang ala2 jalan di Cameron Highlands. Pemandangan hijau nan indah di  persekitaran jalan membuatkan mata menjadi segar.

Semua peserta nampak teruja bila mana ada air terjun di kawasan tersebut. Sementara menunggu cikgu lelaki sampai, kami geng naik bas membuat beberapa aktiviti. Antara aktiviti yang dijalankan adalah permainan kelopak jantung, nyanyian vokal, dan beberapa lagu lain. Mereka nampak seronok dapat melakukan aktiviti bersama-sama.

Aku harapkan tiada masalah2 besar yang akan timbul sepanjang perkhemahan nanti. Amin...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan