Malam ini perasaan rindu aku pada arwah mak tidak dapat dikawal lagi. Hanya sejadah ini menjadi saksi air mataku mengalir laju. Ya,Allah...cucuri rahmat ke atas roh mak. Kurangkanlah hisabmu terhadapnya. Lapang luaskanlah kuburnya di sana. Allah...rindunya aku pada mak. Rindu untuk memeluknya lagi....
Sebenarnya malam tadi arwah mak muncul dalam mimpi aku. Dia pulang ke rumah. Dia memandang aku. Waktu itu seakan aku nak membawanya ke suatu tempat dengan keretaku. Tapi bila mana aku memanggilnya untuk naik ke keretaku, dia tidak datang. Dia hanya memerhatikan aku dan dalam masa yang sama mak baru aku ada di situ. Tetiba aku terjaga daripada tidur iaitu pada jam 4.30 pagi. Aku terus tidak dapat melelapkan mata aku. Airmata mengalir. Alfatihah aku sedekahkan. Apakah tandanya itu?
Ya Allah...ampuni dosa2 arwah mak. Jangan Kau seksa mak kerana dosa2 aku. Ampuni aku Ya Allah. Kasihani mak. Saat wajah mak aku tatap dalam gambarnya, pasti airmata ini mengalir laju. Aku masih belum puas bersama mak. Dalam usianya 54 tahun dia telah pergi. Aku belum sempat membahagiakan mak. Belum sempat dan belum sempat untuk segala2nya namun Allah lebih menyayanginya.Al Fatihah untuk arwah mak - Salamah binti Baba ( 3.1.2011 )
Waktu ini aku bawa mak pergi makan KFC bersama anak buah di BP Mall. Kalau tidak silap gambar ini dirakam kira-kira dua bulan sebelum mak pergi buat selama-lamanya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan