Jiwang Corner :)

Sabtu, 19 November 2011

Pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam

Muhyiddin umum pemansuhan projek rintis pengajaran 9 jam


19/11/2011 - LABUAN : Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan projek rintis pengajaran sembilan jam yang sepatutnya bermula di empat negeri, tahun depan.


Timbalan Perdana Menteri berkata, ketetapan itu dibuat bagi mengelak kekeliruan di kalangan guru, selain tidak mahu menambah beban sedia ada.
Katanya, ketetapan itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Abu Bakar Abdullah).

Beliau berkata demikian pada sidang media di Lapangan Terbang Labuan di sini, sebentar tadi.

p/s : Alhamdulillah, syukur. Akhirnya pandangan dan luahan rasa guru-guru di ambil berat. Hanya guru yang memahami kerjaya sebagai seorang guru. Namun, orang di luar sana hanya mengeji, mengutuk dan menghina kerjaya guru.

2 ulasan:

  1. ya beda beduuu...terlepas juga saya dan kwn2.mmg kelakar projek tu.

    BalasPadam
  2. Memang elok sgt dimansuhkan. Hakikatnya guru dah lama bekerja lebih dari 9 jam. Org awam yg bukan kalangan warga pendidik tidak nampak sbb guru buat kerja di rumah :)

    BalasPadam