Assalam dan salam sejahtera. Rasanya lama betul saya tidak mengarang di blog ini. Namun, saya tidak membiarkannya sepi kerana saya masih sempat update dgn kenyataan2 akhbar tentang berita semasa dalam dunia pendidikan.
Hari ini saya cuba kongsikan tentang sekitar serahan RM100 kepada ibu bapa sebagai bantuan khas persekolahan sesi 2012. Macam-macam ragam dibuatnya.
Suasana sebelum jam 10.00 pagi. Guru Besar baharu je sampai sekolah dari bank. Ibu bapa dah mula ramai yang sampai. Huhuhu...
Suasana sekitar jam 11.15 pagi. semakin ramai ibu bapa yg hadir termasuk ibu bapa
yang tak pernah datang ke sekolah
Ada yang datang seawal pagi bersama anak2 mereka biarpun surat edaran meminta mereka datang pada jam 10.30 pagi. Siapa yang tak nak duit kan ? Kalau diberi pada saya, amat musykil jika saya tolak.Hehehe...
Guru-guru sentiasa ceria menunggu kepulangan Guru Besar bersama PK HEM mengambil wang diiringi oleh 3 anggota polis. Sesekali diberi peluang menjadi pegawai bank ni, seronok jugak. Itulah guru, serba serbi tugasan boleh dilakukan...
Sedia beratur panjang dengan wajah ceria sebelum menerima wang daripada PT Kewangan. Syabas, cikgu !
Teringat pula nak kongsikan kisah seorang bapa murid saya yang bertanya pada saya akan soalan berikut. " Cikgu, duit RM100 ni dapat setiap bulan ke ?" Kah,kah,kah...Wah,wah, wah...inilah yang dikatakan sudah diberi betis, mahukan paha pula !
Tersembul juga biji mata mata mendengarnya. Mungkin melihatkan keadaan dan reaksi saya, dia pun ketawa. Adeh...mahu bergurau pula dia. Elok juga agaknya jika saya bawa keratan akhbar yang menyatakan bantuan khas itu yang hanya diterima untuk sesi persekolahan 2012 sahaja.
Dikesempatan ini, saya sempat menunjukkan keputusan anak2 didik kepada ibu bapa mereka. Sempatlah saya ulas tentang perkembangan anak2 didik saya kepada ibu bapa mereka. Alhamdulillah, semua ibu bapa datang dan terima keputusan dengan baik biarpun ada anak mereka yang terpaksa diturunkan kelas kerana keputusan peperiksaan yang merosot.
Jam menunjukkan 12.50 tengahari. Waktu ini, saya menunggu seorang sahaja lagi ibubapa murid saya yang masih belum sampai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan