Jiwang Corner :)

Isnin, 31 Disember 2012

RM 1? Biar betul?

Malam tadi aku pulun menyiapkan keperluan yang patut aku sediakan untuk anak2 buah aku. Memandangkan kami tidak terima buku resit daripada kerani lagi, maka aku sediakan borang berserta nama murid untuk 7 orang anak buah aku.
Apa yang aku nak cerita di sini adalah tentang fail plastik nih. Aku beli di Carrefour yang berhampiran dengan rumah aku tu. Apa yang memusykilkan aku adalah harganya. Dalam paket itu ada 24 keping fail plastik. Memandangkan tiada jualan satu keping aku cuba ambil sepeket lalu scan harga.
"Aik, biar betul nih. Takkan RM 1 jerk? Musykil ni," kata aku pada sahabat yang menemani aku. Seorang lelaki yang turut berada di mesin pengimbas itu turut tersenyum lalu menyampuk,"Betul lah tu RM 1. Tak payah nak musykil," katanya. Aku tersenyum memandangnya.
Aku terus ke kaunter pembayaran. Aku bertanya kepada remaja juruwang itu," Dik, fail ni tak boleh beli satu ek? Kat rak semuanya dalam peket. Tadi akak ada scan harga sepeket ni. Harganya RM 1.Betul ke?" Remaja itu cuba buat rujukan pada seniornya di kaunter bersebelahan.
Kemudian dia kembali dan mengiakan soalan aku. Aku masih curiga. Biasanya harga fail itu RM1 untuk sekeping je. Ini dapat 24 keping! Huh...biar betik! Remaja itu pun scan harga pada mesin kiranya. "RM1, kak. Akak jangan risau. Kami akan tanggung," katanya lagi. Aku pun menghulurkan wang kertas RM1 kepadanya.
Rezeki aku kot. Fail ini aku kongsikan pada anak buah dalam aliran aku. InsyaAllah aku akan gunakan bakinya untuk keperluan murid2 aku. InsyaAllah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan