Semasa aku sedang memandu tadi satu mesej masuk ke telefon bimbit aku. Aku biarkan seketika. Dalam hati kecil ini berbisik, "siapalah yang mesej aku." Maklumlah sejak kebelakangan ni telefon aku memang jarang sekali berbunyi.
Sampai di kawasan yang agak selamat aku cuba baca mesej tadi. Mesej itu aku terima daripada teman tapi mesra satu ketika dulu. Catatan pada mesej itu aku baca dan buat aku tersengih sorang2.
Begini bunyinya, " Saya nampak awak kat Pudu tadi. Saya kejar dan panggil awak. Rupa2nya salah orang. Malunya saya...."
Hik3...memang melucukan. Aku balas mesej itu, " Ngeh3...awak buat saya sengih sorang2 nih."
Dia balas kembali mesej aku. Katanya, " Saya terlalu ingatkan awak kot. Bilalah kita dapat jumpa semula kan?"
Aku tidak membalas mesej itu lagi. Hah...nampaknya ada gula tumpah kat mulut dia kot. Tu yang bicaranya manis semacam. Ahaks...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan