29/11 Hari ini hari yang ditunggu. Aku akan pulang ke Johor Bahru untuk ke Kelantan bersama 3 orang rakan lain. Selepas selesai masak untuk abah, aku bersiap2 dan mulakan pemanduan ke Johor Bahru.
Hampir 2 jam di atas lebuhraya, aku pun sampai rumah sewa. Tidak lama kemudian, seorang rakan dari Seremban pula sampai. Kawan yang dulu bertugas di tempat yang sama tapi kini telah berkhidmat di kampung halaman sendiri.
Petang lepas Asar aku cuba hubungi teksi menuju ke Larkin. Nombor teksi yang ada dalam simpanan terus aku dail. Jawapannya negatif sebab tiada tekso yang lalu di kawasan itu. Fikiran jadi buntu seketika. Kepada siapa untuk aku sandarkan pertolongan? Arghh....
Terminal Bas Larkin, JB |
Mujurlah dengan bantuan smart phone ini aku cuba minta bantuan daripada Pak Google. Alhamdulillah ada petunjuk kemudahan pemecah kebuntuan aku sebentar tadi. Aku dail 3 nombor teksi. Akhirnya nombor yang ketiga itu memberi jawapan positif pada aku.
Kami bergerak ke Larkin kira2 jam 6.05ptg. Sekitar jam 6.30ptg kami pun sampai. Seorang rakan sudah menunggu di sana. So langkah pertama kami menuju ke surau An-Nur untuk solat Maghrib. En3 selanjutnya bab makan2 di Medan Selera Larkin. Nak tau menu apa yang sepesel? jom baca en3 aku lepas ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan