1/12 - Aku teruskan penceritaan. Mujurlah tak lama kami berada dalam bilik yang sesak tu. Kami truskan kepada agenda utama kami iaitu ke majlis kenduri kahwin sahabat aku.
Kami berkonvoi dengan tiga kereta. Perjalanan menuju ke rumah pengantin di Melor tidak mengambil masa yang lama. Ia masih berada dalam daerah Kota Bahru juga. Kami sama2 mencari rumah pengantin. Alhamdulillah jumpa juga.
Masuk rumah aku tengok sahabat aku dah di puankan. Nampak berseri2 maklumlah raja sehari. So kitaorg mula lah nak buat kecoh. Posing sana sini bersama pengantin mahupun single pose. Entah pe2 jerk. Nak ambik aura katakan. Hikhik...
Datang pula bro cameraman yang agak manis. Apa lagi kami arahkan pula supaya rakamkan gambar kami. Perghhh...bro tu memang sempoi!
Lepas syiok sendiri dalam bilik tibalah masa nak penuhkan perut pula. Hidangan yang disediakan adalah menu masakan kampung. Nasi putih, ulam-ulaman, ikan rebus goreng, ayam masak merah, gulai kawah, tapai, bubur kacang dan rambutan. Memandangkan aku agak kelaparan, banyak juga aku makan. Jangan marah ye encik tuan rumah. Hik3...
Selepas perut kenyang pengantin lelaki pun sampai. Sempatlah aku lihat pengantin lelaki tu. Sweet jugaklah...padanlah dengan sahabat aku tu. Hehehe...
Selepas tu kami gerak ke Bachok pula. Ke walimah yang kedua. Perjalanan ambil masa juga maklumlah masing2 tak biasa dengan situasi di situ. Masing2 mula tak selesa sebab kami memang tak kenal dengan tuan rumah tu kecuali salah seorang rakan aku tu. Hampir sejam perjalanan akhirnya kami pun sampai di kampungnya iaitu Beris Kubu Besar. Maka kami makan sekali lagi. Gulai kawah tetap ada. Pergh....memang hari makan2 nih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan