Malam yang sunyi
terjaga aku dari lenaku
kusyukuri kerana Kau kejutkan aku
panggilanMu mengajak aku menemuiMu...
Emosi ini mengganggu aku
Di manakah pengakhiran rasa cinta ini?
Ke manakah arah cinta ini nanti?
Adakah cinta layu berkubur
hanya menjadi debu?
Aku bukanlah boneka
yg bisa diperalatkan
mengikut kemahuan dikau
aku juga punya hati dan perasaan
jiwaku tulus mulus
mengapa mesti aku robekkan ia sendiri?
semata-mata hadirnya cinta...
Ya Allah
saat cinta ini menerjah di hati
berilah aku petunjukMu
dalam menemuikan aku dengan ketetapanMu
berilah aku peluang
untuk mendapat kekal bahagia
memperoleh dua puluh kali ganda kebaikan
menjejaki sunah RasulMu...
Aku hanya insan kerdil lagi hina
Begitu jauh antara aku denganMu
Ampuni aku Ya Allah
dosaku seakan aku tidak layak
menjadi khalifahMu di dunia ini
Ya Rabb
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
maka permudahkanlah urusanku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan